Sunday 11 November 2012

STATISTIK PENGGUNA INTERNET- KORANG MESTI KENA TAHU

Pecahan Pengguna Internet Mengikut Benua


Statistik Pengguna Internet Sedunia
Salam sejahtera,
Semenjak tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia, semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang ada.

 
Namun, juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah tentu, jumlah ini amatlah besar. 
Kos menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai contoh, kos menjalankan laman RahsiaInternet.com hanya berharga RM13 sebulan (YA! tiga belas ringgit sebulan), namun menerima beribu-ribu pengunjug sehari! Bolehkah sebuah kedai mungkin dengan sewa bulanan RM1,000 menerima beribu-ribu pengunjung sehari? 
Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah! 




Jumlah Pengguna Internet Dunia
Benua
Jumlah Pengguna Internet
Asia
764,435,900
Afrika
86,217,900
Eropah
425,773,571
Timur Tengah
58,309,546
Amerika Utara
259,561,000
America Selatan / Caribbean
186,922,050
Oceania / Australia
21,110,490
JUMLAH
1,802,330,457


Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran
Negara
Jumlah Pengguna Internet
Malaysia
16,902,600
Singapura
3,370,000
Brunei
217,000
Indonesia
30,000,000


Ringkasan Statistik

Statistik tahun 2010 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:
  • Pengguna Internet di dunia pada 2010 adalah 1,802,330,457 pengguna mengikut Internet World Stats.
  • Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah 66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
  • Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
  • Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010.

    Ini menunjukkan peluang perniagaan Internet yang amat luas bagi kita di Malaysia oleh kerana pencapaian pelanggan Asia adalah lebih mudah!




Penduduk Dunia vs Pengguna Internet


China is number one



Laporan penggunaan bahasa di Internet

Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 17 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (30 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 50 juta pengguna Internet! Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.



Stats Pengguna Ineternet di Asia



Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!
Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu hampir 2 billion? Dan anda mempunyai akses untuk menjalankan perniagaan dengan hanya RM13 sebulan!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!

Sekiranya anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet, peluang perniagaan di Internet masih luas terbuka untuk penduduk Malaysia. Jangan berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi!


Pengguna Internet vs Belian Online


Berbagai-bagai peluang perniagaan terdapat di Internet. Sebagai permulaan, kami telah mengumpul 55 Idea perniagaan di Internet. Untuk mengikuti laporan 55 Idea Perniagaan Menjual Produk dan Perkhidmatan di Internet, sila klik di sini. Semoga laporan yang diberikan dapat membuka fikiran anda kepada peluang perniagaan di Internet. (sumber :www.RahsiaInternet.com)


MY ULASAN : 

SO APA TUNGGU LAGI JOM MULA KAN BISNES ONLINE. KALAU TAK TAU KENA LE BELAJAR ATAU BERGURU DENGAN IRFAN. PAKCIK CUMA NAK BAGI MOTIVASI AJE SUPAYA KORANG SAMBIL-SAMBIL BLOGGING/SURFING CUBA LE PULAK NIAGA INTERNET. ADA 50JUTA PENGGUNA INTERNET BAHASA MELAYU/INDONESIA. 16 JUTA PENGGUNA INTERNET DI MALAYSIA AJE. NAK JUAL APA? LU FIKIR LAH SENDIRI.

KALAU KORANG TERER BAHASA INGGERIS, ADA 1500000000 (1.5BILLION) PENGGUNA INTERNET SELURUH DUNIA. SATU DUNIA BOLEH BUAT SALE. MEMBER PAKCIK JUAL RAYBAN KAT INTERNET SEKARANG SIAP BOLEH GAJIKAN STAFF 2 ORANG UNTUK BANTU DIA. PENDAPATAN DIA TAK KURANG RM5000 SEBULAN. WOW .

Sila baca juga :
Tan Sri Syed Mokhtar-Prinsip 
Syed Mokhtar- Latar Belakang Perniagaan 
Jutawan Arab Saudi -Pengasas Al Rajhi Bank
Layan Sport Cars- Part 2
Kehebatan Solat Tahajjud -kisah benar
Filem Hantu Kapcai-cerita tahyul

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...