Gambar Hiasan |
Firman Allah SWT :
Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41) Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42) Serta naungan dari asap hitam (43) Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. (44) Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). (45) Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, (46) Dan
juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi
tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? (47) Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? (48) Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, (49) Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum. (50) Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), (51) Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (52) Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (53) Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54) Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. (55) Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. (56)
(Ingatlah), sesungguhnya pokok Zaqqum; (43) (Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam Neraka). (44) (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; (45) Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (46) (Lalu
diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang
berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. (47) Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (48) (Serta
dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya
engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan
masyarakatmu) (49) (Kemudian
dikatakan kepada ahli Neraka umumnya): Sesungguhnya inilah dia (azab
seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! (50)
(Surah Ad Dukhan : 43-50)
Katakanlah:
"Malaikat maut yang diserahi untuk [mencabut nyawa]mu akan mematikan
kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan." (11) Dan
[alangkah ngerinya], jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang
yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, [mereka
berkata]: "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka
kembalikanlah kami [ke dunia], kami akan mengerjakan amal saleh,
sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin". (12) Dan
kalau Kami menghendaki niscaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa
petunjuk [bagi]nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan [ketetapan]
daripadaku; "Sesungguhnya akan aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin
dan manusia bersama-sama. (13) Maka
rasailah olehmu [siksa ini] disebabkan kamu melupakan akan pertemuan
dengan harimu ini [Hari Kiamat]; sesungguhnya Kami telah melupakan kamu
[pula] dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu
kerjakan". (14)
(Surah AsSajadah : 11-14)
Pramugari koma di tanah suci...MESTI BACA!!!!!!!!
Untuk renungan bersama ......
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah
saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman
menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu
kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia
di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih
menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke
Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
cuma saya seorang saja tinggal dengan
nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji
Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak
sulung dalam keluarga.
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita
tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan
sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan
haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas
dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar
hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas
berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran
wanita terbabit.
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi
Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang
dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu,
saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit,"
kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta
bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri,
cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital,"
kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya
ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah
yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya
gagal. Sehinggalah ke petang, wanita
itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya
teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital
berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital
Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas,
maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti
itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut
sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding
hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula
ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.. Selesai haji, sekali lagi saya pergi
ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu
oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,
keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk
menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu
membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke
arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus
memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya
terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba
menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut,
"Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak
menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat,
betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?"
tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa
menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara , menceritakan
kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu
diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah
tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma
Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak
tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami
kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak
terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya
tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji,
kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai
macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya
lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,
"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung,
Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah di azab dengan seksaan yang benar-benar
pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh
Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan
balasan syurga. Kakak rasa seperti di azab di neraka. Kakak ni
seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai
balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya.
Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan
penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...
putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya
bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam
api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa
mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus
bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa
henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau
dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab
yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak
bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari
kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa
seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak
terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak
boleh nak diceritakan. " sambil bercerita,
wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal
dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.
Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni
nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak
main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah,
semasa tidaksedarkan diri itu kakak telah diberi makan
buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri
saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar.
"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan
bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan
pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja
buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak
masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti
terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini
tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak
minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan
minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum
sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa
kakak lalui... azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak
hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa
sungguh kebesaran Allah. "Masa di azab itu, kakak merayu mohon kepada
Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup
sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan
buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak
akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak
dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak
dahulu, kakak akan mengaji, akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu
Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima,
kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak
akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat
nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah.
Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal
ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada
waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk
ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu
kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak
makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam
Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang
yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya
mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana
ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi
saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah
merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah
merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul
bertaubat."
Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan
ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang
merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa di
azab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut
wanita Islam yang sengaja diperlihatkan
kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau
10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak
mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak
jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna
beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100
orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak
ni??? Allah..."
"Kakak berazam, balik saja dari haji ini,
kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa,
mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak,
suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak
sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak
pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita
tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita
yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong
kepada saya tentang ceritanya di azab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia
bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang
diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran
dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak
dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga
dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila
kita sudah di azab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang
betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal...." itu dah
terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM
SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP
SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU
AYAT...."
(sumber : rizalmat.blogspot.com)
Baca Juga :
BALIK2 PRAMUGARI JE YG KENA..ORG LAIN PUN ADA WAT MAKSIAT JGK..X SEMUA PRAMUGARI TU KAKI MAKSIAT
ReplyDeleteastagfirullah haladziiim..
ReplyDeletecerita ini benar2 menyentuh hati, semoga kita bisa menjadi jauh lebih baik lagi dari saat ini. amiin..
Rujuklh pada perawatan.Klik pada nama saya
ReplyDeletehttp://brillyelrasheed.blogspot.com/2014/06/taubat-yang-terhambat.html
ReplyDeletehttp://brillyelrasheed.blogspot.com/2014/06/pendosa-yakinlah-allah-maha-penerima.html
http://brillyelrasheed.wordpress.com/2013/08/29/tawadhu-dan-taubat/