Saturday, 24 November 2012

20 CUBIC METER AIR INI BANYAKNYA [GAMBAR] RAKYAT JOHOR KENA BAYAR RM21.40

20 METER PADU (m3)  LORI TANGKI


Selain dari gelen atau liter , air disukat juga menggunakan meter padu (m3) terutamanya bagi jumlah yang besar.
Dan harga tarif air kita dirumah disukat menggunakan meter padu atau cubic meter. Kadang-kadang kita tak dapat gambarkan berapa banyak besar 1 cubic meter (m3) atau 1 meter padu air. Kita kena tahu jumlah tersebut agar kita dapat anggarkan berapa kegunaan air kita dalam sebulan. Jadi gambar di bawah  adalah isipadu bagi 1 cubic meter (m3) :

1 meter padu aka 1 cubic meter :

Rangka Satu Meter Padu (m3)





Harga Air bagi satu meter padu (m3) di atas berbezamengikut negeri  sebagai contoh kita ambil termahal dan termurah iaitu :

Termahal di Johor : 1 meter padu = RM1.07
Termurah di Pulau Pinang : 1 meter padu = 31 sen

Jika anda menggunakan air sebanyak 20 meter padu sebulan maka  :

Rakyat Johor kena bayar sebanyak :
RM1.07 X 20 (m3)  = RM21.40 sebulan.

Kalau anda warga Pulau Pinang :
31 sen X 20 (m3) = RM6.20 sebulan

Kalau anda duduk di Melaka :
75 sen X 20 (m3) = RM15.00 sebulan


Kalau anda warga Selangor paling beruntung kerana penggunaan 20 meter padu pertama adalah FREE. (yang kata tak dapat free tu sebab dia tak guna meter air sendiri)


Lain-lain tarif/harga boleh rujuk kat sini : KLIK SINI

Inilah adalah gambar bagi jumlah sebanyak 20 meter padu aka 20 cubic meter air:

20 meter padu air percuma yang diberi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor

Oleh itu kita boleh menilai Kerajaan mana yang menjaga kebajikan rakyat terutama rakyat yang kurang berkemampuan dan miskin. TEPUK DADA TANYA SELERA.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...