Friday, 16 November 2012

VIDEO OF THE WEEK : HAK ANDA BILA KENA TAHAN POLIS



Ketahui hak anda tonton Video di bawah :



Beberapa Akta Berkaitan :
  • Barang siapa dengan sengaja menghalang seseorang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit atau dengan kedua-duanya Seksyen 186 Kanun Keseksaan- Menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya.
  • Jika semasa diperiksa oleh pihak polis anda memiliki sebuah kenderaan (m/kar sakit atau m/sikal sakit @ piang, kenderaan tidak tukar nama pada geran, biasanya kenderaan yang dibeli dengan harga murah yang tidak munasabah dari penarik kereta) anda boleh ditangkap dibawah seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberikan keterangan atau memiliki harta tersebut secara haram. hukuman denda sebanyak RM1000 atau penjara tidak melebihi setahun.
  • Jika semasa diperiksa oleh pihak polis di tepi jalan dan sekiranya pada masa tersebut anda gagal untuk beri walaupun anda memiliki kad pengenalan tetapi tertinggal kad pengenalan anda di rumah. maka anda telah melakukan satu kesalahan dibawah Per 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 iaitu gagal kemukakan dokumen pengenalan diri sewaktu diminta untuk diperiksa membawa kepada hukuman denda sebanyak RM20,000 atau penjara.
  • Anda hanya boleh ditahan di dalam lokap 24 jam selepas tangkapan dan diberi hak jamin. bagi tahanan lebih dari 24 jam anda akan dibawa ke hadapan majistret daerah di mana ditangkap untuk ditahan reman. tempoh tahanan reman bergantung kesalahan yang dibuat. untuk kesalahan yang membawa hukuman kurang dari 20 tahun, permohonan reman selama 4 hari. kesalahan dengan hukuman lebih dari 20 tahun boleh dipohon reman pada kali pertama selama 7 hari. Permohonan selepas dipertimbangkana oleh Majistret.
 
Kesimpulannya :
 
Janganlah le kalau boleh buat kurang ajaq (eksen ) dengan polis walau anda tidak bersalah sebab dia ada powerr beb. Banyak lagi pak-pak polis yang baik-baik. Yang eksen tu segelintir aje. Bersopan santun ajelah kan amalan mulia. Yang penting tahu hak anda. Dan jangan lupa catat/ingat nama dan kalau 'freeman' (tak pakai uniform) tanya kad kuasa dia. Sesiapa yang kena tahan secara tak sah boleh saman balik polis dapat lagi duit. Kalau kena panggil polis untuk siasatan kalau takut boleh ajak lawyer teman. Dan yang paling utama ialah jangan buat perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.


Tengok juga ni :
Video of week- perbahasan parlimen tentang apco,arak
Warga Johor Tengok Ni Macamana Pakatan Rakyat Memerintah
Tan Sri Syed Mokhtar-Pencerahan Monopoli Perniagaan
Statistik Pengguna Internet -Mesti Kena Tahu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...