Tuesday 23 October 2012

JUTAWAN ARAB SAUDI ADA USD7.7 BILLION-MEMILIH UNTUK JADI MISKIN SEMULA




Pernah dengar tak Al- Rajhi Bank. Mungkin korang pun ada buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah yang kat atas ni ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi adalah Bank Islam terbesar di dunia. Nama Jutawan ni ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir pada tahun 1920 di Arab Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja dengan hasil usaha sendiri dan bukan berasal dari kerabat diraja.

Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :

1)  Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya didunia mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah seluruh hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan kebajikan.

2)   Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).

3)   Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan berhenti hingga waktu Isyak.

4)   Mula-mula membuka Bank Islam di London kemudian baru ke Timur Tengah.

5)   Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah menepati masa.

6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

7)   Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

8)   Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

9)   Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

12)  Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.



MORAL CERITA : NAK JADI JUTAWAN KENA KERJA KUAT DAN PANDAI CARI PELUANG. TIADA SHORT CUT NAK JADI KAYA.

Di bawah ialah petikan dari : syahrilkadir.wordpress.com :

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya. Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Baca seterusnya di sini :  syahrilkadir.wordpress.com

1 comment:

  1. Your way of describing the whole thing in this article is actually good, every one be capable of simply be aware of it,
    Thanks a lot.

    Here is my blog post - diets that work

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...