Temuramah Eksklusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja
Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar
Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di
antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam
lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun.
Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.
Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.
Pengalamannya
sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok
belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah
memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup.
Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit
Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir
SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang
berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka,
baru-baru ini.
Menjadi Paderi di Vatican dan kembali ke Sabah
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas
Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah
Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali
iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan
Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas
sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya Saya memohon untuk kembali ke negara
asal saya iaitu Sabah.
Pada tahun 1988
saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi di Sabah. Saya
Bertugasdi Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah
yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada
agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar
saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya
mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak
lelaki tunggal dalam keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat
kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak
tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas
di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang
kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi
yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.
Konflik Diri
Tak Terbendung, berdialog dengan Pope John Paul
Setelah banyak
membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya
mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik
Diri Yang Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai
seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa
manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa
mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan
Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu
mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.
Apabila saya
diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi
masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia.
Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus
Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua
paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul.
Saya telah
berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang
saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, “Paul, saya sekarang rasa ragu
dengan agama yang kita ini”. Dia terkejut dan bertanya, “Apa yang kamu
ragukan?” Saya berkata, “Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang
manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad
saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang
mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para
Nabi pun tidak pernah melakukannya.” Beliau berkata, Wahai Paderi Thomas, kamu
ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak
mempunyai sebarang dosa,” Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai
dosa. Beliau seterusnya menyambung, “Memang kita manusia ini mempunyai dosa.
Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.
Apabila seseorang
yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus
Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak
mempunyai dosa.” Di situlah saya
mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian
tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu
pembohong. Dia terkejut lalu berkata, “Thomas, kamu telah dihantar hingga ke
peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba
kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong”. Saya menyoalnya,
“Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?” Beliau menjawab, “Dia Tuhan. “Saya bertanya
kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan
kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah).” Beliau
mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal
kembali, “Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?” Beliau menjawab,
“Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama.” Jadi saya katakan
padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah
menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil
berkata, “Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani
mempertikaikan Kristian.”Saya katakan padanya, “Kita seorang paderi yang suci,
bagaimana iblis boleh masuk?” Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa
dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan
anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya
terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya
seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
Selepas perdebatan
itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh
marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun
iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan – seseorang yang ingin memeluk
Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan – mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus – memakan tubuh Tuhan (Khusti
kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci – air suci
v. Ekaristi Krisma – penerima ekaristi Maha Kudus layak
menerima Krisma
vi. Ekaristi Imaman – menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan – hanya untuk penganut awam
(Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air
suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali.
Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan
iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum
menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh
rosak disebabkan air ini.
Kisah Perempuan
Melayu Tersihir Akibat Meminum “Holy Water”
Contohnya ialah
seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor.
Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah
tertutup.Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali
Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang
turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut
dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya
beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam
tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat
Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah
beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau
belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air
tersebut.
Beliau menyatakan
kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan
kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut
setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan
sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja
yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali
mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu
berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama
Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian,
tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari
Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa.
Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh
lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah
memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air
ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua
pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah
berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun
yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai
ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila
semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari
Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata
beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan
lagi.
Apa yang paling
merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia
seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy
Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang
baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan
bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan
Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai
dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia
berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam
keadaan fitrah (bersih).
Asal Agama
Kristian
Di dalam semua
kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang
oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya.
Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia
dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil)
tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai
kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun ’78, semasa itu saya terjumpa
kitab yang menyatakan kebenar dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak
begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad
iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya
masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat
mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga
sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di
situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga
kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari.”
Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana
beliau melarang saya membuka almari tersebutkan sedangkan kuncinya diserahkan
kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.
Ketika itu Semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan
turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab tersebut
ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan
saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi
rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang
Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya
ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak
berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan
pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut
sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara
mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi
akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang
diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi
kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas
kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya
dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.
Angkat Sumpah
Menggunakan Al Quran
Saya menafikan
dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk
tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.
Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai
pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah,
disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran
(yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang
hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi
tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika
kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya?
Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas
itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah
ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah.
Datang
Hidayah
Pada suatu malam
Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan
tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus
Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh
manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.’ Apabila saya selesai
sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata,
alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur
yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku? Turunnya Hidayah Malam itu,
selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya,
“Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui
semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga
agama ini yang benar bagiku”. Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana
mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang
lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur.
Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi
menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah
kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari
satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak
boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang
menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya
MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan
bumi.
Bermimpi
Saya bertanya
kepadanya, Negeri apakah ini?”Beliau berkata kepada saya, “Awak tidak layak
masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w.” Saya meminta
keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari
luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya
seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana
tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan
bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak
boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, “Awak tidak boleh masuk,
tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara
(Kristian). “Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian
yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut
dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja
azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.
Saya bangun dan
membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa
saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke
satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju
ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah
menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka.
Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan
kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut
dan berkata kepada saya, “Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri
Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh
Sabah.” Saya katakan padanya,” Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang
ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu
peluk Islam.” Seterusnya imam tersebut berkata lagi, “Awak tak boleh masuk
Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah
dahulu, baru awak boleh masuk Islam.” Dengan agak kasar saya katakan kepadanya,
“Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian.
Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Mengucap Dua
Kalimah Sahadah
Untuk masuk Islam
pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan
ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada
saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?” Akhirnya imam tersebut menyuruh
saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah
sebagai seorang Islam.
Kekuatan Diri
Setelah Memeluk Islam, membuat pengumuman
Kekuatan Diri
Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui
kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara
pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali
lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya
keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan
kepada mereka, “Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi
bagus.” Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan.
Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga
sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika.
Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau
belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang
belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di
kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya
berkata sambil memandang ke arah bapa saya, “Saya hendak memberitahu kamu
sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu
banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa
agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah
Islam.” Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli
keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, “Tadi saya
telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna
hari ini saya sudah menjadi orang Islam.” Bapa saya berkata kepada saya, “Oh!
kamu sudah Islam! Tidak mengapa!” Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya
ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu.
Parang
Panjang, lari sehelai sepinggang
Saya tidak sedar
rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya.
Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke
bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam Tuhan masih mahu
memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai
sepinggang hingga ke hari ini.
Dari segi
pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama,
apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama
Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana
menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya
merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah
Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri
sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali.
Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya
diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan
juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka)
saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak
prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk
Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak
khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu
tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia
setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya.
Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun
setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi
perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa
indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang
Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan
bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad di anggap kotor dan mencemarkan maruah
agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad
kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya
beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun
baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi
orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang
Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang
tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah
mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai
pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya
katakan kepada seorang doktor, “Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji
bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan
rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor,
kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor
sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?” Saya memang
cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf
jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung
dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara
pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan
ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya
masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini
kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza
dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu.
Misi
Mengkristiankan Orang Islam
Mereka berkata
jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi
mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap
hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai
pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu
peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka
akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke
Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi
mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab
untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan
orang Islam. Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk
bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan
dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan
semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa
saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah
terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka
mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya
pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.
Setelah saya
periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka
berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya
sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk
Islam.
Masalah
Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya
terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan
pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad
dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang
boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang
pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah
menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada
kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;”Wahai Thomas, (dia tetap
memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada
mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk
syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara.” Sekarang kami
pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami
mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran
dan Hadis.
Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu.” Saya katakan
kepadanya, “Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti
apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini
jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil
yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran
mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada
awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran.” Saya katakan
lagi padanya, “Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran.” Maksud sebenar ayat
tersebut ialah “Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak
akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah
merupakan angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah, kata-kata itu
adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih
belum faham lalu bertanya, “Apakah angan-angan kosong itu?” Saya katakan,”
Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus
sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat
demikian?” Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah
padam. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah,
siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?” Hal itu tidak mengapa jika
diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan
bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah
pengetahuan agamanya?
Siapakah
Sasaran Kristian?
Program mereka
kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki
lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika
bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di
gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang
tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya
terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila
pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu
kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka
ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18
tahun ke atas bebas beragama.
Apa
ikhtiar kita?
Ada seorang wanita
berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya
menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal
berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya
memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak
sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu”. Dia
tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau
mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya
tanpa mempunyai niat apa-apa.
Saya katakan
padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya
saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke
pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak
remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada
juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah
paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki
Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara
asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam,
Keadilan Sejagat ‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah
Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata:
jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang
dijanjikan kepada kamu.’
(Sumber: tranungkite.net. , hasnulhadiahmad.com)Baca juga :
Kisah Mayat Keluar Ulat Najis Dari Mulut
Fakta Mengenali Jin Dan Iblis
Roh Zizan Dalam Filem Hantu Kapcai adalah Tahyul,Khurafat
Macamana Pakatan Rakyat Memerintah [Video]
Allahuakhbar.semoga lebih ramai orang yang mendapat hidayah Allah swt
ReplyDeleteberita terbaru
ReplyDeleteberita bola
berita nasional
berita jadwal bola
berita sports
news berita
cerita panas
cerita sex
cerita mesum
cerita bergambar sex
cerita sex sedarah
cerita sex selingkuh
cerita sex tante