Friday 2 November 2012

RESTOREN JOM MAKAN DI TOKYO, LONDON BUNGKUS-RM16.4JUTA DUIT RAKYAT HANGUS?




Restoran Jom Makan di Tokyo, London bungkus- RM16.4Juta Duit Rakyat dikhuatiri Hangus.



Satu rancangan untuk menubuhkan rangkaian restoran Malaysia di lokasi antarabangsa melalui projek MyFranchise berakhir apabila hampir kesemua pelaburan berkenaan mengalami kerugian, menurut laporan Ketua Audit Negara 2011. Audit berkenaan mendapati syarikat Malaysia International Franchise Sdn Bhd (MyFranchise) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Bhd, "tidak berpengalaman" dan ini membawa kepada penutupan kedainya di Tokyo dan London.




Rancangan untuk membuka restoran mewah di New York akhirnya dihentikan dan restoran di Tokyo pula dikendalikan oleh seorang individu yang membuat "tuntutan palsu" – yang akhirnya terpaksa ditanggung MyFranchise. Rangkaian restoran Jom Makan itu, meliputi restoran "quick service" di London, restoran "specialty" di Tokyo dan restoran "fine dining" di New York, merupakan prototaip kepada program Malaysia Kitchen yang dilancarkan pada 2006.


Projek itu dimulakan dengan geran kerajaan berjumlah RM20 juta, namun hanya RM16.4 juta digunakan dan bakinya dikembalikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 22 Februari 2012. Audit berkenaan mendapati restoran berkenaan gagal kerana "lokasi tidak strategik, pengusaha tidak berpengalaman, menu terlalu banyak, harga tidak berpatutan, serta kualiti dan rasa makanan kurang enak".

Dalam maklum balasnya kepada Jabatan Audit, MyFranchise berkata syarikat itu hanya diberi masa dua minggu untuk membuka restoran di Tokyo dan tidak dapat menemui lokasi sesuai.

Restoran di Tokyo itu bertukar pengurus beberapa kali, termasuk seorang yang menggunakan restoran tersebut untuk menipu sebuah lagi syarikat sebanyak 7.3 juta Yen (RM278,904 mengikut kadar pertukaran Disember 2009).


Menurut laporan itu, individu berkenaan membuat tuntutan bayaran dengan menggunakan dokumen palsu dan MyFranchise kemudiannya memremitkan sepenuhnya bayaran tersebut.

Mengikut laporan audi 2011 :


68.5. PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2011 mendapati prestasi
kewangan syarikat bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010 mencatatkan kerugian
berturut-turut bagi tiga tahun tersebut. Pada keseluruhannya, pengurusan aktiviti, pengurusan
kewangan dan tadbir urus korporat MyFranchise adalah kurang memuaskan. Antara penemuan
Audit adalah seperti berikut:

i. semua pelaburan dalam syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu mengalami kerugian
kecuali pelaburan dalam Piagam Maju Sdn. Bhd. (PMSB) dan sebahagian daripada
pelaburan tersebut telah dijual atau dilupuskan;

ii. terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti seperti tiada perancangan yang
teliti bagi melaksanakan prototaip JomMakan; proponen JomMakan di Jepun tidak
mengemukakan laporan kewangan; objektif pelaburan tidak dicapai; pelaburan tidak
dibuat dengan teratur dan ketidakpatuhan terma dan syarat perjanjian; dan

iii. pengurusan kewangan dan tadbir urus korporat tidak mematuhi peraturan yang
ditetapkan seperti perjanjian sewa tidak diperbaharui, kelemahan pengurusan fail,
tindakan melupuskan aset lewat diambil dan bangunan yang dibeli tidak digunakan.
Penjelasan lanjut mengenai perkara yang ditemui dan maklum balas MyFranchise adalah seperti
di perenggan berikut:

68.5.1. Prestasi Kewangan

68.5.1.1. Bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010, MyFranchise tidak
mempunyai pendapatan secara langsung. Bagaimanapun MyFranchise memperoleh
lain-lain pendapatan iaitu faedah daripada aktiviti placements. MyFranchise juga telah
mencatatkan peningkatan kerugian bersih semasa bagi 3 tahun berturut-turut. Pada
tahun 2010, kerugian bersih semasa telah meningkat sebanyak RM1.80 juta menjadi
RM7.17 juta berbanding RM5.37 juta pada tahun sebelumnya. Peningkatan kerugian
tersebut antara lainnya adalah disebabkan oleh peningkatan dalam perbelanjaan
pentadbiran iaitu emolumen kakitangan seperti gaji dan elaun. Kedudukan pendapatan
dan perbelanjaan serta untung rugi MyFranchise bagi tempoh tahun kewangan 2008
hingga 2010 adalah seperti di jadual dan carta berikut:


Pada pendapat Audit :

  • pengurusan MyFranchise perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan perkara yang sama tidak berlaku lagi di masa hadapan.
  • pengurusan MyFranchise perlu memandang serius isu ketidakpatuhan seumpama ini dan hendaklah memastikan setiap urusan pembayaran mematuhi prosedur kawalan dalaman bagi mengelakkan risiko penyalahgunaan wang.






ULASAN :


DI HARAP ADA PIHAK YANG MEMBUAT LAPORAN POLIS DAN SPRM BAGI MEMASTIKAN TIADA SALAH LAKU DAN PENYELEWENGAN PIHAK-PIHAK PNB dan MY FRANCISE.

APA TINDAKAN YANG TELAH DIBUAT SETAKAT HARI INI BAGI MENUNTUT BALIK DUIT RAKYAT YANG DAH HANGUS NI. NAMPAK SANGAT PNB/MY FRANCISE TAK BUAT HOMEWORK DAN TAK MENELITI KERTAS KERJA YANG DIKEMUKAKAN, PIHAK YANG BERTANGGUNJAWAB KENA TOLOG JAWAB. MESTI ADA PENYELEWENGAN ATAU PENIPUAN ATAU RASUAH ATAU SONGLAP??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...