Thursday 28 January 2016

REZAB TABUNG HAJI : PAS BACKING VS AMANAH PEDULI - TEPUK DADA TANYA SELERA







KENYATAAN MEDIA
ISU RIZAB TABUNG HAJI: RAKYAT PERLU DIBERI PENJELASAN


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji berhubung rizab agensi itu yang berada pada paras negatif.



2. Laporan yang merujuk surat Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu juga turut menyebut bahawa Lembaga Tabung Haji juga tidak akan dapat membayar dividen kepada 8.8 juta pencarum jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini.

3. Laporan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya para pencarum berkenaan kedudukan simpanan mereka.

4. Ia juga menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat berhubung keberkesanan Lembaga Tabung Haji untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas.

5. Lebih membimbangkan apabila Tan Sri Zeti berpendapat Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

6. Lembaga Tabung Haji sebelum ini juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development (1MDB) apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188 juta, iaitu 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.


7. Dengan segala perkembangan yang berlaku, Parti AMANAH berpendapat bahawa, semua rakyat perlu mendapat penjelasan daripada Lembaga Tabung Haji.

8. Untuk itu, mewakili AMANAH, saya telah menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom untuk diadakan satu pertemuan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.

"HARAPAN BARU"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
28 Januari 2016


p/s  :  KITA BOLEH MENILAI PASUKAN MANA YANG LEBIH BAIK DI ANTARA KEDUANYA. KALAU PAKCIK TENTULAH PAKCIK PILIH AMANAH SEBAB AMANAH BERSIKAP PEDULI DAN PRIHATIN.  

JIKA TIDAK KERANA UNDI CAI, SUDAH PASTI PAS TIDAK BERPECAH. CUMA KITA BERHARAP ADA PERSEFAHAMAN ANTARA KEDUANYA PADA PRU14 NANTI.

CUMA PAKCIK BERHARAP JANGANLAH ANTARA KEDUANYA SALING KUTUK MENGUTUK DAN FITNAH MEMFITNAH KERANA KEDUA-DUANYA PARTI BERTERASKAN ISLAM. NANTI YANG MALU ISLAM JUGA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...