Friday 29 March 2013

KARTUN LAWAK ANTARBANGSA- LAYANNN























































































Saturday 23 March 2013

[GAMBAR] AHLI UMNO WAJIB TENGOK : 10 DALIL UMNO/BN WAJIB DITOLAK PADA PRU13 NI


1) MEMBUAT DEMO YANG TIDAK BERMORAL, PERKAUMAN, LUCAH, KEJI DAN GANAS, MENYEMAI BUDAYA SAMSENG/GANGSTER KEPADA ANAK-ANAK MUDA:
Jangan sampai di bawah ini menjadi ikutan anak-anak kita. Tapi inilah hakikat kepimpinan tidak bermoral dan keji diterapkan oleh UMNO/BN. Tiada satupun pemimpin UMNO yang membidas pendemo ini. Sokong le tu.


Perlakuan keji,lucah dan tak bermoral



Perbuatan biadap.


Menghalang dan memprovokasi konvoi Pakatan. Gangster taik kucing.


Putri Umno pun sama -apa nak dikato Abg pemuda yang ajar.

Mengancam keselamatan Pemimpin Pakatan-budaya samseng dan ganas



2) MENYOKONG  PEMIMPIN YANG TERBUKTI TAK  BERMORAL DAN MENGHINA ISLAM :
Chua Soi Lek, Presiden MCA yang mengaku berzina dengan pelacur, terang-terang menghina hudud tetapi tiada seorangpun Pemimpin UMNO menentang atau membidas. Mereka diam membisu seolah2 mangiyakan. Janganlah semata-mata nak meraih sokongan pengundi Cina Agama digadaikan. Sebaliknya anda baca penyataan pemimpin DAP di bawah ni.


Klik untuk besar



3) MENGHINA, MEMFITNAH ORANG ALIM, MEMUTARBELIT CAKAP PEMIMPIN PAKATAN :
Ucapan Tuan Guru Nik Aziz selalu diputarbelit oleh media UMNO demi menampakkan keburukan Tuan Guru mata rakyat.





4) BERSEKONGKOL DENGAN MAKSIAT DAN MENGGALAKKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN :
Remaja-remaja kita disajikan dengan hiburan terlampau seperti K Pop. Di TV hari-hari mensajikan hiburan, nyayian, program realiti. Macamana nak lahirkan ramai pemuda-pemudi  yang ada jati diri dan menjadi aset negara. Nilai agama dikemudiankan, hiburan didahulukan.



Hiburan macam ni ke nak diterapkan kepada anak muda??

Tarian terlampau yang ditaja UMNO guna duit rakyat..pembaziran

Macam omputih, kan haram puan hajah.

,

Aik Ustazah salam Pak Lah. Boleh aje kalau UMNO



5) MENUDUH DAP (KERAJAAN PULAU PINANG)  MENINDAS MELAYU/ISLAM TETAPI HAKIKAT ADALAH SEBALIKNYA  :
Lim Guan Eng dituduh perkauman dan anti Islam/Melayu. hakikatnya Kerajaan Pualau Pinang memberi sumbangan kepada pelajar hafiz di Pulau Pinang yang belum dibuat oleh Kerjaan BN sebelum ini. LGE juga percaya bahawa orang Islam yang pegang ajaran Islam tidak akan makan rasuah.





Al hafiz pun dapat sumbangan oleh Kerajaan DAP Penang, tak pernah dibuat Kerajaan Gerakan BN.

5 Kali ganda peruntukan Hal Ehwal Islam di bawah DAP


6) MEMBEBANKAN SARA HIDUP RAKYAT MARHAEN (BARANG NAIK-BN) :
Rakyan di bawah Kerajaan BN dibebankan dengan harga air yang mahal, bil lektirk mahal, kereta denagn cukai melampau, biasiswa dihapuskan diganti PTPTN (hutang), minyak mahal, gula, tepung beras semakin naik harga dll.
Harga minyak yang mahal walau Negara pengeluar minyak

Harga air paling mahal di Negeri BN (Johor) manakala harga air paling murah Negeri Pakatan(Penang). Melaka(BN) kedua termahal manakala Selangor (Pakatan) pula memberi air percuma.

Air percuma/murah tak mustahilkan di bawah Pakatan. Tarak tipu punya.




7) MENUDUH NEGARA AKAN HURU HARA JIKA PAKATAN MEMERINTAH, SEBALIKNYA UMNO YANG AKAN BUAT HURU HARA  JIKA KALAH :




8) MEMBERI IC PERCUMA UNTUK PENDATANG ASING -PROJEK IC MAHATHIR
Ini taktik paling busuk yang digunakan untuk mengekalkan kemenangan UMNO/BN seperti yang berlaku di Sabah 'Projek IC Mahathir'. Ianya tidak mustahil digunakan secara meluas di Semenanjung- ini yang dinamakan pengundi HANTU. Menghianati rakyat semata-mata untuk menang.




Sumber berita



9) TIDAK MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN, PENDIDIKAN ISLAM DIABAIKAN. ISLAM DIKEMUDIANKAN :









10) GAGAL MENGAMALKAN PEMERINTAHAN YANG BERSIH DAN AMANAH SEBALIKNYA BUDAYA RASUAH MEMBIAK DAN TIDAK MUSTAHIL NEGARA AKAN BANKRAP DI BAWAH PENTADBIRAN UMNO.
Semakin lama UMNO memerintah semakin hampir negara menuju kebankrapan bukan menuju wawasan 2020. Skandal-skandal rasuah dan penyelewengan berleluasa. PKFZ,NFC , PUSPAHANAS, TAIB MAHMUD, KHIR TOYO, SCORPENE sekadar menyebut yang mega-mega.

RM500Juta duit rakyat (hangus) digunakan untuk bayar komisen belian.


Kerugian duit rakyat yang dirugikan oleh BN dalam skandal PKFZ mencecah 2 Billion




250 juta duit rakyat disalahgunakan oleh Kroni


Hakmilik tak terpelihara-Tolong sebarkan ke 1Malaysia.

Friday 22 March 2013

6 ORANG YANG MENDAPAT DOA PARA MALAIKAT



Ketahui Orang Yang Mendapat Doa Dari Para Malaikat



Allah SWT berfirman, 
“Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”*(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Sumber : rassacalla.blogspot.com
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

Tuesday 19 March 2013

ISTANA/RUMAH/BANGLO TERCANTIK DI MALAYSIA-JOM LAYAN SAPER PUNYA EK?


Istana Dato' Jamil Khir Menteri Agama JPM


Istana Dato' Anuar Musa mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar


Istana Dato' Mukhriz Mahathir Timbalan Menteri MITI





Istana Dato' Mukhriz Mahathir Timbalan Menteri MITI




Istana  Bekas MB Selangor Dato' Khir Toyo

Istana Dato' Khir Toyo Mantan MB Selangor









Istana  Seorang Adun Terengganu



Istana Bekas Adun Umno Port Klang YB Zakaria




Istana Tun Mahathir



Istana  Seorang Pemimpin Umno Terengganu



-----------------------------------------------Rumah Pemimpin PAS-------------------------------------


Rumah Ustaz Nik Aziz- Menteri Besar Kelantan



Rumah Ustaz Hadi Awang-Bekas Menteri Besar Terengganu



Rumah Ustaz Azizan-Menteri Besar Kedah






Orang Melayu miskin kerana siapa?

by : Mahfuz Omar

British tidak meruntuhkan orang Melayu dengan menjatuhkan Raja-rajanya, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu yang rakus dan tidak mempunyai jati diri. Maka, selepas Perang Dunia Kedua, lahirlah sekumpulan aristokrat Melayu berpendidikan Barat untuk diserahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada mereka. Selepas 50 tahun mereka mengambil alih kuasa daripada penjajah, orang Melayu menerima nasib seperti orang India. Yang berbeza hanya orang India dilumpuhkan oleh penjajah, tetapi orang Melayu dibangsatkan oleh anak bangsa sendiri yang menjadi alat kepada penjajah. Dan memang tidak menghairankan apabila Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 301,000 keluarga orang Melayu berada pada paras pendapatan kurang daripada RM1,000.

Jika satu keluarga mempunyai purata lima orang ahli, makalebih 1.5 juta orang Melayu menghadapi masalah ini. Bukankah selepas 13 Mei 1969, telah dibentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membela kaum Bumiputera, tetapi mengapa ia gagal. Orang Melayu terus mengungguli carta kemiskinan, di samping carta masalah social juga.

Apakah kita tidak sedar selama ini orang Melayu sendiri yang menguasai politik negara dan mereka mempunyai bidang kuasa untuk membela kepentingan orang Melayu? Nah! Sekarang orang Melayu sesudah 50 tahun di bawah ketiak Umno mereka terus merempat. Yang membesarkan tembolok hanyalah pemimpin Umno dan anak menantu mereka. Orang Melayu yang lain tidak memperoleh apa-apa. Di kalangan pemimpin Umno sendiri mereka lebih ghairah untuk bercakap soal mahu lawan atau tarik diri dalam pemilihan parti, daripada bercakap soal nasib bangsa dan negara. Tidak adapun sungutan yang benar-benar serius terhadap kedudukan orang Melayu sekarang.

Umno lebih berminat untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kroni-kroni mereka, tetapi tidak mahu langsung membantu orang-orang Melayu yang miskin. Kalau nampak seperti hendak ditolong pun, ialah kononnya membela orang yang terbiar di negeri yang dikuasai pembangkang. Sudah berapa banyak projek-projek raksasa diwujudkan untuk kroni, tetapi TIDAK memberikan manfaat kepada orang Melayu. Dalam dunia pendidikan yang dianggap jambatan untuk memisahkan orang Melayu daripada kemiskinan, bukan sahaja bahasa Melayu terpinggir, sekolah-sekolah agama milik orang Melayu juga turut menjadi mangsa.

Di universiti-universiti awam, sektor-sektor pendidikan yang strategik di fakulti perubatan, undang-undang, perakaunan, ekonomi, kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan seumpamanya, jumlah pelajar Melayu amat sedikit berbanding bangsa lain. Orang Melayu lebih banyak ditempatkan di fakulti sastera, pengajian Islam, sains sosial dan sebagainya yang dilihat kurang nilai komersialnya.

Maka orang Melayu sukar untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan ini. Di IPTS seperti MMU yang banyak melahirkan tenaga profesional yang laku di pasaran pekerjaan, hanya 20 peratus sahaja tenaga akademiknya orang Melayu, manakala pelajarnya yang berbangsa Melayu pula hanya sekitar 25 peratus.

Amat jelas sekali bahawa Umno tidak mempunyai komitmen dan tidak serius langsung dalam mengangkat martabat orang Melayu, melainkan retorik kosong sahaja. Orang Melayu JANGAN terkeliru dengan isu-isu perkauman seperti isu Pengurus Besar PKNS, isu sewa Flat PKNS, isu ladang babi moden atau isu orang bukan Melayu di UiTM, kerana ialah adalah isu kulit sahaja.

Yang lebih besar ialah apakah pembelaan kerajaan Umno terhadap orang Melayu atau Bumiputera.
Selama ini, Umno hanya membantu menambahkan kekayaan pemimpin mereka, sehingga ada yang membina banglo lebih besar daripada istana.

Ini kalilah Ubah – Tolak BN – Undi Pakatan



Komen : Wah dasyat-dasyat  rumah  Pemimpin Umno yang tema kepimpinannya ialah rakyat diutamakan. Kalau kita tengok bukti yang crystal clear kat atas ni Chief-chief Umno bukan mengutamakan rakyat tapi mengutamakan tembolok/perut mereka sendiri (mengkayakan diri dahulu atau aku kaya dulu diutamakan rakyat dikemudiankan). Atau rompak duit rakyat didahulukan. Sebab tu mereka kaya raya. Duit atau RM adalah tujuan hidup mereka. Jadi janganlah tuan-tuan pakcik makcik hairan jikalau semua Ketua Bahagian Umno 1Malaysia adalah Jutawan dan hartawan. 


Sebagai contoh kalau anda orang Johor cer check rumah Ketua Umno bahagian Bakri, untuk pengetahuan korang rumah dier dah macam Istana Sultan, cuma pakcik tak sempat nak amik pic istana dia tu untuk upload kat sini.


So kepada pengundi-pengundi semua kalau anda mahu kebajikan anda dijaga, duit rakyat selamat dan Malaysia makmur undilah Pakatan. Pakatanlah yang mengutamakan rakyat dan membela rakyat pada hakikat yang sebenar.

-unclemajid-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...