Thursday, 23 May 2013

RAHSIA PEMBUATAN ROKOK - MENGANDUNGI HEMOGLOBIN BABI



RAHASIA PEMBUATAN ROKOK

Fakta mencengangkan ini diungkapkan peneliti dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma, dan lalu didukung oleh Profesor Kesehatan Masyarakat dari University of Sydney, Simon Chapman.

Hemoglobin atau protein darah babi, ternyata digunakan untuk membuat filter rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk paru-paru seorang perokok. Menurut Chapman, industri rokok dunia memang kerap merahasiakan bahan-bahan yang mereka gunakan.

"Menurut mereka, ini adalah bisnis dan rahasia dagang kami," kata Chapman seperti dilansir News.com, Kamis (01/04/2010).

Prof Chapman mengatakan penelitian ini memberitahu dunia tentang rahasia pembuatan rokok, dan untuk meningkatkan kepedulian terhadap umat Muslim dan Yahudi yang taat, karena babi sangat diharamkan bagi kedua agama tersebut.

"Masyarakat Yahudi dan Muslim pasti akan menanggapi hal ini dengan sangat serius, dan juga para vegetarian," pungkas Chapman.

Tak ayal temuan ini menjadi bahan diskusi serius para ulama Islam dan para agamawan Yahudi di berbagai negara.*

Sumber : detik.com


P/s : Dulu pakcik pun perokok juga tapi dah berenti bila terbaca artikel macam di atas pada tahun kalau tak silap 1999. Kebetulan bulan puasa pulak hari itu, jadi  pakcik nekad berhenti terus merokok sebab tak gamak nak hisap hemoglobin babi. Betul atau tidak fakta tu,  itu no 2, yang pertama merokok membahayakan kesihatan anda dan keluarga anda. Lagi sebulan lebih masuk bulan Ramadan kepada yang berazam nak berhenti boleh cuba Ramadan tahun ini.

Friday, 17 May 2013

10 Amalan Rasulullah Yang Terpuji Sebagai Suami


Gambar Hiasan
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit pun perasaan kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

10. keadaan sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Sumber : bebudak.com

Wednesday, 15 May 2013

INFORMASI TERBAIK : 13-16hb-05-2013

[Gambar-Bulan Paling Dekat Di Brazil]


POLITIK :

Ini Buktinya Be End Menang Cara Anak Jantan-Shalehudin
Senarai Penuh Menteri Kabinet 2013-Amenoworld
Hari Ini 44 Tahun Lalu-MalaysiaChronicle
Anwar Berikrar Tak Akan Mengalah Sehingga Keputusan PRU Disahkan-Batu vs Kayu
Lebih 222,000 Tandatangan Petisyen Online Whitehouse Berkenaan Penipuan PRU13 Di Malaysia-Anaksungaidehaka
Tun Mahathir : Hudud Boleh DIlaksanakan Jika Pas Sertai Umno-Manjaddawajada
Taktik Kotor SPR Memenangkan BN Perak Terbongkar? (Imbas Kembali)-Gayapeneroka
Kertas Undi Dijumpai Dibuang Di Terengganu???-Gayapeneroka
Keputusan Penuh PRU13 Negeri Johor Dun Perlimen-Cenangau
Tiada Tsunami Cina-Shahrir Samad -razali01
Isu MB Selangor-Ketua Wanita PKR Jangan Sombong Sangat-Wfauzdin



INFROMASI :

10 Sebab Jepun Maju-Biaqpila
Lagi, Selebriti Mahu Berubah. Alhamdulillah, Mai Sama-Sama Doakan..-Ibnu Hasyim
Hutang Dimata Rasulullah Saw-Detik Islam
Cara Untuk Manambah Ketinggian-bebudak.com
Kisah Bekas Axion Di Kantin Sekolah -Tranungkite


GAMBAR :

Ha...Jom Tengok Pemimpin Umno Baca Yasin..-Manjong Mari
Kini Selepas PRU13-Cananglahnie
Wan Azizah Merempit-Bankami
SubhanAllah ! Gambaran Bulan Paling Dekat Dengan Bumi-CacaMarba

Sunday, 12 May 2013

ULASAN KEPUTUSAN PRU13 OLEH PELAJAR TAHUN 1 UIA : TERBAIK


Oleh: Raja Ahmad Kamil Bin Raja Sulaiman | Mahasiswa tahun 1 UIAM Kuantan

 Keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 telah pun diketahui awal pagi tadi, sekitar jam 4 pagi. Barisan Nasional mendapat mandat untuk membentuk kerajaan pusat setelah berjaya memenangi 112 kerusi parlimen pada jam 12.50 tengah malam dan keputusan akhir dengan 133 kerusi berbanding Pakatan Rakyat 89.
Menurut SPR, seramai 11,257,147 daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi iaitu 84.84%, rekod tertinggi dalam sejarah.
Dalam PRU12 pada 2008, BN berjaya memenangi 140 kerusi parlimen manakala PR 82. Ini bermakna, BN kehilangan 7 kerusi dalam PRU kali ini. Bagi kerusi dewan undangan negeri pula, BN berjaya memenangi 275 kerusi daripada 505 kerusi pada PRU kali ini berbanding 344 pada PRU12. Mereka kehilangan 69 kerusi. PR pula raih 230 berbanding 161 pada PRU12.
Manakala dari segi undi popular pula, BN peroleh 5,302,039 undi manakala PR 5,591,588 undi. Ini menunjukkan PR peroleh undi majoriti Rakyat Malaysia walaupun mereka kalah dari sudut bilangan kerusi parlimen. Secara tidak langsung, kita boleh mengatakan PR kalah dengan bermaruah.
Melihat situasi ini, pada pendapat peribadi, “representative system” mungkin lebih ‘adil jikalau menggunakan undi popular rakyat.Disebabkan kaedah PRU kita adalah kaedah yang paling lama FPTP (First Past the Post) dan disebabkan oleh gerrymandering - persempadanan semula (yang dilakukan oleh BN apabila mereka menang 2/3 majoriti kerusi parlimen sebelum 2008) maka jumlah pemilih di kawasan-kawasan parlimen dan DUN sangat tidak seimbang.
Oleh sebab BN gagal menguasai 2/3 majoriti kerusi parlimen pada PRU12, ia menyaksikan tiada persempadanan semula dan pertambahan kerusi parlimen pada PRU13 yang tidak menguntungkan mereka. Persoalan mungkin timbul: Relevankah “representative system” ini? Dek diriku yang masih kurang ilmu dalam bidang sains politik ini, aku memilih untuk tidak membahaskan panjang perkara ini. Sama-sama kita tambahkan ilmu dan buat kajian terutama bagi negara yang amalkannya seperti UK.

Isu-isu berbangkit
Terdapat beberapa isu berbangkit sepanjang kempen PRU13 termasuk pada hari pengundian semalam.

Pertama, dakwat kekal yang tidak kekal. Tidak dinafikan terdapat beberapa orang yang dakwat di jarinya tidak hilang walau setelah dibasuh. Namun, boleh dikatakan lebih ramai yang mengadu dakwat hilang. Malah, lebih 1000 laporan dibuat atas isu ini.
SPR telah memberikan jawapan yang tidak memuaskan dalam hal ini. Apapun, siasatan menyeluruh mesti dilakukan dan penyelewengan yang berlaku mesti didakwa dan dibicarakan di mahkamah sekiranya SPR dan badan kehakiman benar-benar telus.

Kedua,
pengundi hantu yang tidak diundang. Banyak kes yang timbul semalam di mana para aktivitis politik terutama daripada Pakatan Rakyat yang mendapati dan menahan orang-orang yang mencurigakan di kawasan pengundian terutama yang kelihatan seperti warga asing.

Hal ini pun sama. Siasatan lengkap mesti dilakukan dengan penuh ketelusan. Sekadar penafian adalah tak cukup. Pada pendapat peribadi, saf kepimpinan SPR mesti dirombak dan reformasi dalam pentadbiran & pengurusan SPR mesti dibuat bagi mengembalikan integriti dan ketelusan yang diragui sebahagian rakyat.
Jika perlu, kedua-dua pihak dari pihak kerajaan dan pembangkang menganggotai SPR.
Ketiga, isu pengundi Cina yang mendominasi dalam ‘tsunami politik’ negara. Pada pandangan peribadi, ia bukanlah ‘Chinese tsunami’ tetapi ‘urban tsunami’ atau lebih tepat ‘Malaysians tsunami’ kerana meliputi rakyat Malaysia di kawasan semi bandar, golongan muda, dan pastinya kawasan bandar.
Pakatan Rakyat berjaya memenangi kerusi Parlimen di semua ibu negeri kecuali Kangar(Perlis) dan Johor Bahru(Johor), selain memenangi 9 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Populasi kaum Cina di negara kita adalah sekitar 24%, padahal Pakatan Rakyat peroleh lebih kurang 51% undi. Adalah kurang berasas untuk menimbulkan isu ini.
Dalam proses perubahan ke arah politik baru yang lebih sihat dan matang, isu-isu perkauman sangat tidak wajar untuk dimainkan. Kenyataan beberapa orang pemimpin politik terutama yang kalah menyalahkan kaum Cina sebagai tidak bersyukur dan menghargai jasa BN sangat dikesali.
Kita mesti menghapuskan pemimpin-pemimpin yang masih berminat memainkan sentimen-sentimen perkauman yang membantutkan usaha perubahan. Bukan sahaja isu DAP perkudakan PAS atau UMNO perkudakan MCA dan sebagainya, ia termasuklah isu perpaduan UMNO dan PAS sebagai perpaduan orang Melayu Islam.
Berbeza parti politik, idelogi dan pendirian bukanlah tanda perpecahan, tetapi sikap taksub dan ketidakterbukaan untuk berlapang dada dalam perbezaan yang menyebabkan orang Melayu Islam berpecah. Bukan untuk menyanjung kaum Cina, tetapi mereka menunjukkan contoh yang baik dalam solidariti dan mewujudkan civil society dalam kalangan mereka.
Pendekatan ISMA dalam hal ini tidak wajar dan dikesali. Kita boleh berbeza dalam wadah perjuangan, tetapi untuk membangkitkan isu-isu lapuk dan sentimen yang kurang asas sangatlah tidak perlu. Ia hanya boleh membawa kepada salah faham dan fitnah kepada Islam.


Masa Depan Islam dan Da’wah
Melihat kepada trend dan keputusan PRU13, kita dapati majoriti ahli parlimen adalah orang Melayu Islam. Isu yang dibangkitkan bahawa Islam bakal tergugat adalah langsung tak berasas dan ia hanya andaian kosong.
Apapun, da’wah kepada non-Muslims mestilah dipergiat. Dalam hal inilah umat Islam tanpa mengira bangsa dan ideologi politik mesti bersatu dan berjuang bersama menyampaikan mesej Islam kepada non-Muslims selain memperbetul salah faham yang wujud dalam kalangan non-Muslims terhadap Islam.

Asyik menimbulkan isu dan sentimen yang kurang matang tanpa membuat kerja dari akar umbi, hanyalah membuang masa dan membantutkan proses pencerahan dan perubahan.
Isu sosialis, pluralist, secularist, liberalist , juga negara kristian, agenda yahudi dan sebagainya perlu diberi pencerahan dengan kerangka yang lebih luas, dan bukannya dari sudut pemikiran yang jumud dan sempit. Islam meraikan perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan prinsipnya walaupun ia dipelopori oleh non-Muslims.
Dogma yang ditanam oleh sebahagian golongan Islamist yang tidak terbuka kepada umat Islam perlu dihentikan. Pencerahan itu perlu, tetapi bukan untuk mendiamkan dan menghapuskan ideologi yang pada asasnya ada kebaikan walaupun ada ciri-ciri yang masih boleh dibahaskan dengan lebih matang dan ilmiah.

Muhasabah
Perubahan itu bermula dengan diri kita sendiri. Kita merupakan sebahagian dariapda mata rantai dalam perjuangan yang bermula sejak utusnya rasul sehinggalah ke hari kiamat. Membanyakkan bacaan dan ilmu, mengaplikasikan dalam kehidupan dan manfaatkannya untuk perjuangan.
Penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS berdukacita dengan kekalahan dalam PRU kali ini. Duhai tentera Allah, usah berdukacita dan kecewa terlalu lama. Perjuangan kita masih belum selesai. Perjalanan kita masih panjang. Berjiwa besar dan optimis terhadap masa hadapan sangat penting.
Walaupun mungkin benar berlaku penipuan dan ketidakjujuran dalam perjalanan PRU kali ini, kita berusaha sehabis mungkin tegakkannya di muka keadilan agar rakyat keseluruhannya sedar akan hal ini.
Petisyen pilihan raya boleh dibuat di Mahkamah Pilihan Raya dalam masa 21 hari dari tarikh keputusan digazet. Yakinlah jika PR di pihak yang benar, dalam kegelapan itu tetap ada harapan.
Yang paling penting, kita kecewa dan sedih dengan tindakan manusia, bukan dengan takdir Allah!
Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:
“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas” – Surah Al-Kahf, ayat 28
Kita harus memuhasabah diri banyak-banyak atas kesilapan dan kealpaan diri yang pasti ada, daripada meletakkan kegagalan dan kekalahan pada Tuhan. Benar Tuhan jua berkuasa atas segalanya, tapi keburukan tidaklah layak disandarkan kepadaNya.
Semoga Allah ‘Azza Wa Jalla sentiasa redhai dan rahmati usaha kita dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini, serta pastinya mengampuni keterlanjuran kita dalam urusan hidup di dunia yang sementara ini.
Dalam sebuah hadith daripada Huzaifah Ibn Yaman radiallahu ‘anhu:
Manusia bertanya Rasulullah Sollallahu ‘Alahi Wasallam berkenaan kebaikan, aku pula bertanya baginda tentang kejahatan kerana aku bimbang ia menimpa aku.
Maka aku berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berada di masa jahiliyyah dan keburukan, lalu Allah mendatangkan kebaikan ini kepada kami. Adakah setelah kebaikan ini ada keburukan?” Rasulullah menjawab, “Benar”.
Aku bertanya: “Adakah setelah keburukan ini ada kebaikan?” Rasulullah menjawab, “Benar, akan tetapi terdapat asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) padanya.”
Aku bertanya, “Apakah asap (kesamaran, kekalutan, atau kekeruhan) tersebut?”
Baginda bersabda, “Iaitu orang-orang yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Engkau mengenali mereka dan mengingkarinya.”
Aku bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada lagi keburukan?” Baginda bersabda, “Benar, para penyeru kepada pintu-pintu jahannam. Sesiapa yang menyambut mereka maka mereka akan mencampakkannya ke dalam jahannam (kebinasaan).”
Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, sebutkan sifat-sifat mereka kepada kami.” Baginda menjawab, “Mereka berkulit sama seperti kita dan berbicara dengan bahasa kita.”
Aku bertanya, “Apakah yang engkau perintahkan kepadaku sekiranya aku bertemu dengan situasi seperti itu?” Baginda menyatakan, “Hendaklah kamu tetap bersama-sama dengan jama’ah umat Islam dan pemimpin mereka.”
Aku bertanya, “Bagaimana sekiranya tidak ada jama’ah dan tidak pula ada pemimpin bagi umat Islam?” Baginda menjawab, “Jauhilah kelompok-kelompok itu semuanya walaupun engkau tinggal dengan menggigit akar kayu sehingga kematian datang menjemput dalam keadaan engkau seperti itu”. – Hadis Riwayat Imam Bukhari(3606) dan Imam Muslim(1847)
 
Penutup
Barisan Nasional yang mendapat mandat untuk memerintah negara ini bagi tempoh 5 tahun yang akan datang mestilah menunaikan amanah dan janji dalam manifesto mereka. Begitu juga Pakatan Rakyat yang memerintah 3 buah negeri iatu Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.
Sekiranya BN di bawah pimpinan DS Najib benar-benar ingin lakukan transformasi, amatlah diharapkan agar media massa negera ini dibebaskan dalam erti kata lain ‘adil dan telus dalam menyampaikan ilmu dan maklumat kepada rakyat dalam mendidik mereka ke arah yang lebih matang dalam menilai sesuatu isu. Semua pihak wajar diberikan peluang untuk mengutarakan idea dan hujah, selain mempertahankan diri sekiranya dilemparkan tuduhan. Ini salah satu syarat dalam menyuburkan semangat demokrasi yang diamalkan di negara ini, selain prinsip keadilan Islam.
Selain itu, PR mesti diberi kebenaran untuk menjadi pertubuhan berdaftar seperti BN oleh RoS bagi membentuk sistem dua parti. Keengganan RoS mengesahkan pendaftaran PR amat mendukacitakan.
Sebagai peringatan kepada semua, dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anh, bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Kamu sangat ingin (berusaha) untuk mendapatkan jawatan atau kekuasaan pemerintahan tetapi ingatlah bahawa ianya akan menjadi punca penyesalan di hari kiamat” – Hadis Riwayat Imam Bukhari(7148)
Kita mengharapkan kedua-dua pihak akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik, BN menjadi kerajaan yang amanah dan jujur dalam menguruskan harta benda negara dengan ‘adil, manakala PR menjadi pembangkang yang kuat sebagai check & balance.
Kita sebagai rakyat marhaen pula terus menuntu ilmu dan berusaha dalam kerangka perjuangan atas ijtihad politik masing-masing. Semuanya dengan tujuan dan objektif yang sama, iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur dan sejahtera serta ‘adil, dalam keredhaan Allah ‘Azza Wa Jalla.

Sumber : Darlkautsar.net 

P.S :
Satu ulasan yang amat bernas oleh seorang anak muda. Syabas pakcik ucapkan untuk Raja Ahmad Kamil.
Pakcik juga ucapkan syabas  kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya menambah undi popular rakyat. Bak kata orang walaupun kalah tapi kita kalah dengan bergaya. Walaupun sudah terang lagi bersuluh berlaku penipuan dalam PRU 13 ini, kita berharap saluran bantahan hendaklah dibuat melalui saluran yang betul dan mengikut undang-undang. Perjuangan di teruskan, lawan tetap lawan, kita berjuang hingga tertegaknya Islam dimuka bumi Malaysia ini, walau ianya memakan 5 atau 10 atau 50 tahun lagi.

Kepada mereka-mereka yang menipu di dalam PRU 13 ini dan juga kepada mereka2 yang bersubahat, bersekongkol, menyokong dan yang sewaktunya, pakcik menyeru agar mereka2 ini insaf dan bertaubat. Semuga Allah beri petunjuk kepada mereka dan sedarkan akan dosa besar yang ditanggung mereka dan juga  saham dosa kemungkaran dan penyelewengan yang BN lakukan selama ini akan ditanggung oleh mereka kerana menyokong penipuan ini. WaAllahua'lam.

Saturday, 11 May 2013

DIALOG ANTARA NABI MUHAMMAD DAN IBLIS

 

DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS

Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia.

Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”.



Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? Jangan kau coba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.
Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”.
Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Engkau dapat mengenaliku karena engkau adalah Khatamul Anbiya. Aku datang atas perintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam as hingga akhir zaman nanti. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, aku tidak berani menyembunyikannya”.
Kemudian Iblispun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata : “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatahpun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu”.
Ketika mendengar sumpah Iblis itu, Nabipun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatanku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar seluruh sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai seluruh umatku.
Pertanyaan Nabi (1) :
“Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?”
Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini”.
Kemudian Nabipun memandang muka Iblis dan Iblispun gemetar karena ketakutan. Sambung Iblis : “Ya Khatamul Anbiya! Aku dapat merubah diriku seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suarapun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah. Andaikan aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu.
Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kekafiran, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan yang benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku”.
Pertanyaan Nabi (2) :
“Hai Iblis! Apa yang kau perbuat terhadap makhluk Allah?”
Jawab Iblis : “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, berbuai dengan makanan dan minuman, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda, emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan yang haram.
Demikian juga ketika pesta di mana lelaki dan perempuan bercampur. Di sana aku lepaskan godaan yang besar supaya mereka lupa peraturan dan akhirnya minum arak. Apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.
Apabila mereka sadar akan kesalahan mereka lalu hendak bertaubat dan berbuat amal ibadah, akan aku rayu supaya mereka membatalkannya. Semakin keras aku goda supaya mereka berbuat maksiat dan mengambil isteri orang. Jika hatinya terkena godaanku, datanglah rasa ria’, takabur, iri, sombong dan melengahkan amalnya. Jika lidahnya yang tergoda, maka mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat”.
Pertanyaan Nabi (3) :
“Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar dan siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu?
Jawab Iblis : “Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi Ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke langit yang lebih tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadah bersama para Malaikat beberapa waktu lamanya.
Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan manusia yang pertama (Nabi Adam as) dan seluruh Malaikat diperintah supaya memberi hormat sujud kepada lelaki itu, hanya aku saja yang ingkar. Oleh karena itu, Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu berubah menjadi keji dan menakutkan. Aku merasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikaruniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka.
Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itupun aku masih belum puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga hari kiamat kelak.
Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia, tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah dan balasan pahala serta syurga mereka. Kemudian aku turun ke dunia dan memberitahu manusia yang lain tentang apa yang sebenarnya aku dapatkan dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kehancuran.
Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diijinkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahasia karena banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika aku memaksa untuk naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentaraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu, maka semakin beratlah pekerjaanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut manusia”.
Pertanyaan Nabi (4) :
Rasullullah bertanya “Hai Iblis! Apa yang pertama kali kau tipu dari manusia?”
Jawab Iblis : “Pertama kali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir dan juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, akan aku tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemauanku”.
Pertanyaan Nabi (5) :
“Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, apa yang terjadi padamu?”
Jawab Iblis : “Sungguh penderitaan yang sangat besar. Gemetarlah badanku dan lemah tulang sendiku, maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda manusia pada setiap anggota badannya.
Beberapa iblis datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, lupa bilangan raka’atnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, hilang khusyuknya, matanya senantiasa melirik ke kanan dan ke kiri, telinganya senantiasa mendengar percakapan orang dan bunyi-bunyi yang lain.
Beberapa iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya tidak kuat sujud berlama-lama, penat waktu duduk tahiyat dan dalam hatinya selalu merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, itu semua membuat berkurangnya pahala. Jika para iblis tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat”.
Pertanyaan Nabi (6) :
“Jika umatku membaca Al-Qur’an karena Allah, apa yang terjadi padamu?”
Jawab Iblis : “Jika mereka membaca Al-Qur’an karena Allah, maka terbakarlah tubuhku, putuslah seluruh uratku lalu aku lari dan menjauh darinya”.
Pertanyaan Nabi (7) :
“Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?”
Jawab Iblis : “Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”.
Pertanyaan Nabi (8) :
“Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?”
Jawab Iblis : “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa. Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya”.
Pertanyaan Nabi (9) :
“Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?”
Jawab Iblis : “Seluruh sahabatmu termasuk musuh besarku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satupun tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata : “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk”.
Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Lagipula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Sayyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadits-haditsmu.
Adapun Sayyidina Umar bin Khatab, aku tidak berani memandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah seluruh tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan : “Jikalau ada Nabi sesudah aku, maka Umar boleh menggantikan aku”, karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’.
Sayyidina Usman bin Affan, aku tidak bisa bertemu karena lidahnya senantiasa membaca Al-Qur’an. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak 2 (dua) kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang menghampiri dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan : “Barangsiapa menulis Bismillaahirrahmaanirrahiim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid”.
Sayyidina Ali bin Abi Thalibpun aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadah dan beliau adalah golongan orang pertama yang memeluk agama Islam serta tidak pernak menundukkan kepalanya kepada berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu” dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata : “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Lagipula dia menjadi menantumu, aku semakin ngeri kepadanya”.
Pertanyaan Nabi (10) :
“Bagaimana tipu dayamu kepada umatku?”
Jawab Iblis : “Umatmu itu ada 3 (tiga) macam. Yang pertama, seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril as : “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat”. Yang kedua, umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal saleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga, umatmu seperti Fir’aun, terlampau tamak dengan harta dunia dan dihilangkan amal akhirat, maka akupun bersuka cita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku ajak kemana saja mengikuti kemauanku. Jadi dia selalu bimbang kepada dunia dan tidak mau menuntut ilmu, tidak pernah beramal saleh, tidak mau mengeluarkan zakat dan malas beribadah.
Lalu aku goda agar manusia minta kekayaan lebih dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka aku rayu supaya lupa beramal, tidak membayar zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia selalu bimbang akan hartanya dan berangan-angan hendak merebut kemewahan dunia, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk kemaksiatan”.
Pertanyaan Nabi (11) :
“Siapa yang serupa denganmu?”
Jawab Iblis : “Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang yang belajar agama Islam”.
Pertanyaan Nabi (12) :
“Siapa yang membuat mukamu bercahaya?”
Jawab Iblis : “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu dan suka ingkar janji”.
Pertanyaan Nabi (13) :
“Apa yang kau rahasiakan dari umatku?”
Jawab Iblis : “Jika seorang Muslim buang air besar dan tidak membaca do’a terlebih dahulu, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari”.
Pertanyaan Nabi (14) :
“Jika umatku bersatu dengan isterinya, apa yang kau lakukan?”
Jawab Iblis : “Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya dan membaca do’a pelindung syaitan, maka aku lari dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak, maka anak itu akan gemar berbuat maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku santap makanannya lebih dulu daripadanya. Walaupun mereka makan, tidaklah mereka merasa kenyang”.
Pertanyaan Nabi (15) :
“Apa yang dapat menolak tipu dayamu?”
Jawab Iblis : “Jika berbuat dosa, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah, segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya”.
Pertanyaan Nabi (16) :
“Siapakah orang yang paling engkau sukai?”
Jawab Iblis : “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”.
Pertanyaan Nabi (17) :
“Hai Iblis! Siapakah saudaramu?”
Jawab Iblis : “Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu Subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu Dzuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat”.
Pertanyaan Nabi (18) :
“Apa yang dapat membinasakan dirimu?”
Jawab Iblis : “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Qur’an dan sholat tengah malam”.
Pertanyaan Nabi (19) :
“Hai Iblis! ?” Apa yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang duduk di dalam masjid dan beri’tikaf di dalamnya”.
Pertanyaan Nabi (20) :
“Apa lagi yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang taat kepada kedua ibu bapaknya, mendengar kata mereka, membantu makan, pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.

Sumber : Alambukansemulajdi.blogspot

Saturday, 4 May 2013

WAJIB BACA : KHUSUS PENGUNDI ATAS PAGAR



Hikayat Pasar Raya A & B buat pengundi atas pagar

Ramai yang sudah pun memutuskan undi mereka akan diberikan kepada siapa. Hanya segelintir lagi yang masih belum berbuat demikian, dan di tangan andalah terletak masa depan kita semua.
Ketika mempertimbangkan pilihan kita, izinkan saya bandingkan situasi yang kita hadapi dengan menggunakan perumpamaan Pasar Raya A dan Pasar Raya B.

Apabila hanya ada Pasar Raya A di kawasan kita, adakah ia mempunyai motivasi untuk rendahkan harga atau memberi perkhidmatan yang baik?
Sekiranya kita tiada pilihan dan selalu terpaksa pergi ke Pasar Raya A , pemiliknya boleh bertindak sesuka hati, dari segi penentuan harga barang dan cara pelanggan dilayan.

Pelanggan yang tiada pilihan adalah pelanggan yang tiada kuasa.

Semakin lama Pasar Raya A sahaja yang dibenarkan menjual barang di kawasan kita, semakin buruklah layanan mereka terhadap kita, para pelanggan. Akan tetapi, sekiranya Pasar Raya B membuka pintu di kawasan yang sama, situasi akan jauh berbeza.

Pada peringkat awal, mungkin pelanggan segan untuk mencuba benda yang baru. Tetapi, sekiranya semakin ramai pelanggan pergi ke Pasar Raya B, Pasar Raya A pasti akan terasa.

Sekarang, Pasar Raya A tidak boleh lagi bertindak sesuka hati, kerana pelanggan yang tidak puas hati dengan senangnya boleh sahaja pergi ke Pasar Raya B untuk mendapatkan barang keperluan mereka.

Selagi ada lebih daripada satu pilihan, kedua-dua Pasar Raya A dan Pasar Raya B akan selalu bersaing antara sendiri untuk merendahkan harga, melayan pelanggan dengan lebih baik, memberi tawaran serta ganjaran yang lebih menarik, dan sebagainya.

Mana-mana pihak yang gagal berbuat sedemikian sudah tentu akan kehilangan semua pelanggan mereka.

Dalam sejarah Malaysia, kita hanya pernah ada "Pasar Raya A". Walaupun mungkin baik pada awalnya, jiwanya sudah semakin tercemar akibat terlalu lama menikmati monopoli kuasa.

Pada saat bersejarah ini, bakal muncullah pesaing yang baru.

Sekiranya Pasar Raya A dipilih dan kita menolak permohonan Pasar Raya B untuk membuka kedai mereka, apa yang akan Pasar Raya A faham adalah: kita boleh buat sesuka hati, rakyat akan tetap pilih kita.

Sekiranya Pasar Raya B dipilih, apa yang Pasar Raya B akan faham adalah: rakyat telah beri satu peluang pertama ini kepada kami. Jika kami gagal, sudah pasti mereka tidak akan pilih kami lagi.

Rakyat yang tiada pilihan adalah rakyat yang tiada kuasa.

Pasar Raya B ini bukanlah sempurna, dan pemimpinnya bukanlah semua alim dan berintegriti.

Bagaimanapun, mereka telah membuktikan diri dalam pengurusan beberapa negeri yang telah mula nampak ada pembaharuan dan pembaikan.

Semakin banyak diberi balik kepada rakyat untuk memenangi hati dan minda, dan persaingan antara Pasar Raya A dan Pasar Raya B semakin sengit. Hasilnya, rakyat yang untung.

Siapa pun yang kita pilih, kita mesti selalu mengingatkan Pasar Raya B mahupun Pasar Raya A:

"Kuasa di tangan rakyat - siapa yang kami angkat, kami boleh turunkan kembali, sepertimana yang kami turunkan kali ini. Sempurnakanlah amanah dan peluang yang diberikan, atau sediakanlah diri untuk dipecat lagi."

Demi anak cucu kita, kita mesti sedia dan berani mengambil kesempatan ini untuk mematangkan demokrasi Malaysia, dan mengembalikan negara kita ke tangan rakyat.

P.s :

10 SEBAB UTAMA KITA WAJIB UNDI PAKATAN RAKYAT :

1) PAKATAN MENJANJIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DARI SEKOLAH RENDAH HINGGA KE UNIVERSITI -MERINGANKAN BEBANAN RAKYAT TERUTAMA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

2) PAKATAN MENJANJIKAN  PENURUNAN HARGA MINYAK - DENGAN TURUN HARGA MINYAK LAIN-LAIN KEPERLUAN ASAS INSYAALLAH AKAN STABIL KALAUPUN TAK TURUN HARGA.

3) PAKATAN MENJANJIKAN TOL PERCUMA- BETAPA BAYARAN TOL INI MENZALIMI RAKYAT YANG SUSAH DAN MISKIN. SYABAS PAKATAN

4) PAKATAN MENJANJIKAN TURUN HARGA KERETA - INI BERMAKNA DENGAN HARGA KERETA MURAH MAKA ANSURAN NYA MURAH- RAKYAT DAPAT MENYIMPAN BANYAK UNTUK MASA DEPAN.HARGA KERETA SERENDAH RM25,000.00.

5) PAKATAN MENJANJIKAN PTPTN DIHAPUSKAN - BERITA SANGAT BAIK BUAT PELAJAR KOLEJ/UNIVERSITI KITA. ALHAMDULILLAH LEPAS BELAJAR TAKLAH MENANGGUNG HUTANG.  YURAN PENGAJIAN DITANGGUNG OLEH KERAJAAN. PELAJAR KOLEJ/UNIVERSITI JUGA AKAN MENDAPAT ELAUN SARA HIDUP.

6) PAKATAN MENJANJIKAN WIFI PERCUMA - ANAK-ANAK KITA DAPAT MENGGUNAKAN INTERNET DIRUMAH.PERCUMA. SELAMA INI SYARIKAT PENGGENDALI INTERNET KRONI BN SANGAT MENCEKIK DARAH RAKYAT DENGAN CAS INTERNET YANG MAHAL.SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT KITA PADA MASA INI TIDAK MAMPU MELAYARI INTERNET.

7) PAKATAN MENJANJIKAN HARGA TARIF AIR DAN LETRIK LEBIH MURAH DAN MESRA RAKYAT. INI DAH DIBUKTIKAN DENGAN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR MEMBERI AIR PERCUMA 20METER PADU PERTAMA. MANAKALA HARGA AIR DI JOHOR PALING MAHAL DI MALAYSIA.

8) PAKATAN MENJANJIKAN GAJI MINIMA RM1100 -KURANG HUTANG LEBIH PENDAPATAN. SETIAP PEKERJA BERHAK DI BAYAR GAJI YANG BERPADANAN DENGAN KOS SARA HIDUP SEMASA DAN TIDAK HIDUP DALAM KEMISKINAN.

9) PAKATAN MENJANJIKAN KHAS BUAT WANITA, CARUMAN RM600 SETAHUN UNTUK SIMPANAN HARI TUA. 

10)  PAKATAN MENJANJIKAN PROGRAM KHAS MEMBERI SEJUTA PELUANG KERJA RAKYAT TEMPATAN DALAM SEKTOR PEMBINAAN, PERLADANGAN DAN PERKHIDMATAN DAN AKAN MENGURANGKAN SEJUTA PEKERJA ASING SECARA BERPERINGKAT.

TIDAK MENJADI APA-APA MUDARAT KALAU KITA MEMBERI PELUANG UNTUK PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH UNTUK 5 TAHUN INI. JIKA TERBUKTI GAGAL KITA BOLEH UBAH SEMULA PADA PRU14. PADAHAL KITA TELAH MEMBERI BARISAN NASIONAL 55 TAHUN MEMERINTAH  NAMUN YANG NYATA HASILNYA SEKARANG NEGARA BERHUTANG 500BILLION. JANGANLAH KITA MENGADAIKAN HARAPAN RAKYAT DAN ANAK CUCU KITA DENGAN MEMBERI SEKALI LAGI MANDAT KEPADA BN. HENTIKAN KEROSAKAN YANG TELAH DIBUAT OLEH BN. PILIHAN DITANGAN ANDA.

BANYAK LAGI KELEBIHAN JANJI PAKATAN RAKYAT YANG DIJANJIKAN DI DALAM MANISFESTO PAKATAN RAKYAT. BN PULA HANYA MENJANJIKAN YANG SAMA DAN  TAK NAMPAK APA-APA JANJI PUN YANG MENARIK PADA   RAKYAT SELAIN GULA-GULA BRIM.. TEPUK DADA TANYA IMAN. INI KALILAH TUKAR.


SELAMAT MENGUNDI .SEMUGA PAKATAN MENANG DALAM PILIHANRAYA KALI INI. INSYAALLAH.


-uncle majid -

Friday, 3 May 2013

ISU SEMASA & INFORMASI TERKINI [3-05-2013]



Umno Memang Penipu I Tell U [Video]



POLITIK :

Penyokong Umno Wajib Baca Ini Sebelum Mengundi Esok!!!-Amenoworld
Flashmob Itu Seronok-Astana Kandis
Jika Pakatan Menang Ini Jaminan Kami Terhadap Islam Dan Melayu-KerajaanRakyat
Pakatan Rakyat Diramal Bentuk Kerajaan Baru Ambil Alih Putrajaya-Kelab Greenboc
Allah Tunjukkan 2 Perkara Lagi. Anak Zahid Hamidi Dan Pukul...-IbnuHasyim
Takbir Bergema, Ya Allah Hancurkan P/Hantu .Siapsedia, Gempur!!-IbnuHasyim
Daim Yang Diam-BlodMarhaen
Tawaran Manisfesto Menarik Bakal Pengundi Muda Johor Ke Ceramah Pakatan-MalaysianInsider
Muhyiddin Yassin Sibuk Selak Kain Terlupa Melayu Johor Paling Miskin Di Johor-MisaiMerah
Pecah Berita! Tentera Undi Pakatan Kini Tersebar-Erapasca
Pru13 : Ceramah Pakatan Terus Dibanjiri Puluhan Ribu Orang, Derma Dikutip RM263,328.80-WargaMarhaen
Ya, Kami Terbangkan Pengundi Ke Semenanjung - Tengku Adnan-Kerengga
Jantung Saya Bergetar Mendengar Husam Di Putrajaya...-Kerengga
Gambar Bukti Sayfool G Mekah Dipalsukan..!-erapasca
BN's Dirty Tricks? Dude, You ain't Seen Nothing Yet -FinanceTwitter


INFORMASI :

Cara Tuan Guru Nik Aziz Buang Ego Dalam Diri-btmmari
Pemimpin Mana Saja Yang Menipu Rakyat nya Maka Tempatnya Di Neraka-DetikIslam
Wanita Lebih Muda Dengan Kolagen. Apakah Kolagen?-OrangMuo
Cara meminta Bantuan Polis Secara Di Mesin ATM-btmmari


VIDEO :

[Video] Edisi Kantoi : Cubaan SPR Bawa Keluar Kertas Undi Dari Balai Polis Manjung-KelabGreenboc
Sultan Kelantan Murka Kepada Penderhaka-Youtube
Bukti Jelas Indon Dapat IC -KingOfGoblok
Seniman Agong Negara Tolak Umno-Terbaikkk-Umno Memang Penipu- Al-Husseyn
Pembongkaran Tingkat 4 Putrajaya-Wargamarhaen

GAMBAR :

Gempar Lagi : Mat Taib Pulak Mengaku Kalah..[Baca Kenapa...] -Shalehudin
Perbandingan Rumah Prsiden Pas Dengan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Trengganu. Berlegar ligat DiAlam Internet-Omak Kau!!!
Surat Beranak Tulis Bukan Warganegara Tapi IC Biru Dan Nama Ada Dalam Daftar Pemilih-KingOfGoblok



 Anda Juga Mungkin Meminati :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...