Tuesday 30 October 2012

SINDIKET PENIPUAN NEGRO JANA RM500JUTA


KUALA LUMPUR 26 Okt. - Sindiket penipuan warga asing khususnya dalam kalangan rakyat Afrika di negara ini menunjukkan peningkatan menggerunkan apabila jumlah kerugian yang direkodkan sepanjang tahun ini mencecah nilai kira-kira RM500 juta.

Lebih mengejutkan, angka tersebut merupakan separuh daripada keseluruhan jumlah kerugian pelbagai jenayah komersial berjumlah RM1.2 bilion setakat Ogos lalu.


Sunday 28 October 2012

TAN SRI SYED MOKHTAR MONOPOLI PERNIAGAAN DI MALAYSIA?? -MUNGKIN TIDAK (Part 2)



Sambungan...PART 2 

PRINSIP SYED MOKHTAR AL BUKHARY :

BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

Al-Bukhary International University (AIU)




Friday 26 October 2012

JUTAWAN MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA-KEKAYAAN USD3.3BILLION-JUTAWAN MONOPOLY?





Ada sebuah hadis nabi yang bermaksud “kadang-kadang kefakiran itu mebawa kepada kekufuran”. Maksudnya berusahalah supaya jangan kita menjadi fakir, kerana apabila kita hidup dalm kesusahan dan kemiskinan kadang kita melakukan perkara yang kufur/sesat. 

Belajar lah, tuntutlah ilmu dengan ilmu sahaja kita akan berjaya. Nak jadi jutawan belajar ilmu nak jadi jutawan. Kat bawah ni ada sikit ilmu Jutawan dari Syed Mokhtar ni. Memang macam-macam orang berkata berkaitan dengan Syed Mokhtar ni. Tapi bagi penulis beliau adalah seorang Ushawan yang tulin yang bermula dari kecil sehingga ke tahap sekarang.  Kalau korang rasa dia monopoli perniagaan cubalah baca dulu artikel di bawah kemudian korang nilailah sendiri . Sekurang-kurangnya dia bukan bekas perdana menteri, dia juga bukan bekas menteri kewangan atau bekas gabenur bank negara atau bekas ketua menteri. Dia bukan adik perdana menteri atau anak perdana menteri atau menantu perdana menteri. Dia hanyalah orang Melayu yang berkerja kuat untuk berjaya.

Orang melayu paling kaya di Malaysia yang rasanya semua orang tahu ialah Syed Mokhtar Al Bukhary. Nama penuhnya :

Nama : Syed Mokhtar Shah Bin Syed Nor Al Bukhary
Lahir : 1952, Kedah,  Malaysia
Umur - 60 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli daging lembu dan kerbau)
Kekayaan –USD3.3Billion (RM10.23Billion)
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Kenderaan : Bentley, Ferrari Proton Perdana

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.


Thursday 25 October 2012

LELAKI NIGERIA DI TUDUH ROGOL REMAJA SINGAPURA DI JOHOR

Gambar sekadar hiasan

Lelaki Nigeria dituduh rogol remaja Singapura

JOHOR BAHARU 24 Okt. - Seorang lelaki rakyat Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja rakyat Singapura, awal bulan ini.
Eneh Solomon Udo, 40, pelajar di sebuah pusat pengajian swasta di Selangor itu dituduh melakukan kesalahan terhadap remaja berumur 14 tahun di tangga Aras C L4KIP Park Villa Apartmen, Jalan Titiwangsa 1, Tampoi, di sini, pada kira-kira pukul 3.30 petang, 9 Oktober lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Hakim Zamri Bakar menetapkan 5 November depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia rakyat asing.
Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA
Ulasan :
Sampai bilakah kita nak bersabar dengan Negro ni. Apa yang menghairankan tak cukupkah bertan-tan kes penipuan yang dibuat ke atas rakyat Malaysia. Berjuta-juta duit dah lesap. Sepatutnya kerajaan mengaharamkan terus kemasukan  warganegara  Nigeria  dan sewaktunya  dari masuk ke Malaysia. Ataupun ketatkan Visa bagi warganegara Negro ni. Mereka ni bukan mendatangkan hasil kepada  Malaysia malah menjahanamkan ekonomi dan sosial Negara kita.
Aku tak faham kenapa Menteri  Dalam Negeri  yang bertanggunjawab atas  Visa ni tak amik port pasal Negro  ni. Tak cukup lagi kot kes jenayah yang dia orang dah buat kat Malaysia  selama ni. Atau belum kena kat batang hidung sendiri. Dadah, rogol, rompak, black money, tipu, pelacuran dan complete set ada kat negro ni. Aku ingat bila ada anak menteri kena rogol dengan negro ni barulah kerajaan nak ketatkan visa.
Bagi rakyat Malaysia tolonglah jangan terjebak dengan Negro  aka awang hitam ni. Jangan layan email2 diaoarang ni (kadang2 diaorang menyamar omputeh). Lebih baik seribu kali baik daripada bercinta dengan negro ni, lebih baik bercinta dengan Bangla itupun kalau dah desperate sangat.

Tips untuk selamat dari di rogol baca kat sini KLIK DI SINI

 

AWASI REMAJA ANDA JANGAN TERJEBAK DENGAN NEGRO

 

 KES 2 :

Sanggup mengaku kafir selepas dicekup khlawat dengan Negro



Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, selepas disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup mengaku bukan Islam.

Timbalan Pengerusi surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika itu.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama wanita terbabit.

“Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam menyebabkan kami terkejut.

“Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi, wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya tertinggal di rumah,” katanya.
Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.

“Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta berasal dari Kuala Lumpur.

“Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan,” katanya.
(DI PETIK DARI : http://pilihan-anda.blogspot.com/)

Tuesday 23 October 2012

JUTAWAN ARAB SAUDI ADA USD7.7 BILLION-MEMILIH UNTUK JADI MISKIN SEMULA




Pernah dengar tak Al- Rajhi Bank. Mungkin korang pun ada buka akaun kat Bank tu. Hamba Allah yang kat atas ni ialah pengasas Bank Al- Rajhi tersebut. Bank Al-Rajhi adalah Bank Islam terbesar di dunia. Nama Jutawan ni ialah Sulaiman Al-Rajhi. Lahir pada tahun 1920 di Arab Saudi. Dibesarkan di padang pasir. Jutawan yang bekerja dengan hasil usaha sendiri dan bukan berasal dari kerabat diraja.

Fakta berkaitan dengan Sulaiman Al Rajhi ni :

1)  Beliau berasal dari orang miskin menjadi Jutawan dan memiliki USD7.7Billion. Beliau dahulu (2011) orang yang ke 120 terkaya didunia mengikut Majalah Forbes. Sekarang kembali miskin kerana telah menyerah seluruh hartanya kepada anak-anak dan sebahagian besarnya didermakan badan kebajikan.

2)   Membuka Bank Islam kerana Islam mengharamkan faedah atau interest (tiada Bank Islam waktu tu).

3)   Memulakan kerja harian selepas solat subuh dan berhenti hingga waktu Isyak.

4)   Mula-mula membuka Bank Islam di London kemudian baru ke Timur Tengah.

5)   Disiplin yang diamalkan selain bekerja keras ialah menepati masa.

6) Tidak suka membazir; kenapa perlu pasang langsir tebal dan memasang lampu sedangkan Allah swt telah beri cahaya pada siang hari secara percuma?

7)   Bisnes vs peribadi; memiliki ekuiti syarikat penerbangan dan masih membayar untuk tiketnya.

8)   Merendah diri; masih menaiki penerbangan kelas ekonomi.

9)   Menepati waktu; mempelajarinya pada awal memulakan bisnes kerana pernah lewat beberapa minit menghadiri mesyuarat dengan pegawai syarikat terkemuka di Eropah dan pegawai tersebut enggan berjumpanya kerana kelewatan tersebut.

10) Tegas dengan prinsip Islam; dijemput menghadiri jamuan makan malam. Keluar dari jamuan tersebut selepas menyedari ada program hiburan yang menyalahi syariat. Menteri bertanggungjawab akhirnya membatalkan program tersebut bagi membolehkan beliau berada dalam majlis tersebut. Itulah kuasa orang kaya yang beriman.

11) Semuanya baik-baik; Alhamdulillah. Itulah ucapan dari mulut beliau apabila mendengar kilang-kilangnya terbakar. Bukan sekali kejadian itu berlaku, tetapi dua kali.

12)  Semuanya Allah punya; kita cuma pemegang amanah di atas muka bumi.



MORAL CERITA : NAK JADI JUTAWAN KENA KERJA KUAT DAN PANDAI CARI PELUANG. TIADA SHORT CUT NAK JADI KAYA.

Di bawah ialah petikan dari : syahrilkadir.wordpress.com :

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya. Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Baca seterusnya di sini :  syahrilkadir.wordpress.com

Monday 22 October 2012

LOKASI KAMERA AES SELURUH NEGARA - SILA AMBIL TAHU SEBELUM KENA SAMAN






KEBAIKAN :

Antara kebaikan sistem ini adalah mengurangkan gejala rasuah kerana tiada polis yang menyaman dan rasuah akan menjadi zero. Ianya juga dapat meningkatkan tahap kesedaran pengguna jalan raya terhadap lokasi-lokasi bahaya yang selalu berlakunya kemalangan. Dengan kata lain tujuan utamanya ialah untuk mengelakkan kemalangan jalanraya.

KEBURUKAN :

Keburukannya ialah tiada amaran beberapa meter dari lokasi. Tujuan baik kamera ini adalah supaya pemandu jangan melanggar undang-undang. Tetapi jika tiada amaran pakcik rasa niatnya dah menyerong  bukan untuk mencegah pelanggaran undang-undang tetapi nak kaut duit rakyat melalui saman.

Justeru itu, diharap JPJ dapat memasang notis amaran bebrapa meter sebelum kamera AES  diletakkan, agar pengguna jalanraya bisa berhati-hati dan tidak melanggar peraturan.


Berikut ialah lokasi kamera AES bagi kawasan Kuala Lumpur mengikut rekod JPJ  (lain-lain lokasi sila klik kat bawah) :
LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES UNTUK MENGESAN HAD LAJU
NEGERI : KUALA LUMPUR




Bil.
Lokasi
Route No
Daerah
Logitude
Latitude
Had Laju
1
LEBUH RAYA SPRINT
E0023
Jalan Bandar
101.630736
3.16317

2
LEBUH RAYA DUKE
E0033
Jalan Bandar



3
KM D7.7 SUNGAI BESI
E0002
Jalan Bandar
3.05085
101.70506
80




LOKASI PEMASANGAN KAMERA AES DI LAMPU ISYARAT
NEGERI : KUALA LUMPUR


Bil.
Lokasi
Route No
Daerah
Latitude
Logitude
Simpang
1
R JALAN RAJA LAUT
Z0164
Jalan Bandar
3.160902
101.695389
4
2
A JALAN AMPANG
Z0004
Jalan Bandar
3.1605
101.740957
4
3
JALAN SEMARAK (GURNEY)
Z0184
Jalan Bandar
3.101967
101.430476
4
4
S JALAN SEGAMBUT
Z0177
Jalan Bandar
3.186556
101.667835
3
5
JALAN IPOH
Z0060
Jalan Bandar
3.177469
101.686805
3
6
BATU 6, KEPONG
Z0073
Jalan Bandar
3.057093
101.629412
3
7
C JALAN CHENG LOKE
Z0030
Jalan Bandar
3.145066
101.69662
4
8
C JALAN CHOW KIT
Z0032
Jalan Bandar
3.166457
101.69721
4
9
G JALAN GENTING/KLANG
Z0048
Jalan Bandar
3.066888
101.411209
4
10
JALAN BATU MUDA TAMBAHAN 1
Z 0185 
Jalan Bandar 
101.41368
3.12636
4
11
JALAN BATU , KEPONG BARU
Z 0074
Jalan Bandar 
101.38546
3.1228
4
12
JALAN KLANG LAMA
Z0089
Jalan Bandar
3.177469
101.686805
3

Lain-lain lokasi sila  ckeck kat sini : 


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...