Untuk pengetahuan penonton hantu zizan yang digambarkan oleh filem ini adalah tahyul semata-mata.
KALAU DAH TENGOK CERITA HANTU KAPCAI INI JANGANLAH PERCAYA KONSEP ROH YANG DIKETENGAHKAN DALAM FILEM INI. IANYA BERCANGGAH DENGAN APA YANG DIAJAR OLEH ISLAM ANGGAPLAH HIBURAN SEMATA-MATA TENGOK BOLEH TAPI PERCAYA JANGAN.
FAKTA BAGI ORANG YANG MATI IALAH :
1) BILA MATI SAHAJA ANAK ADAM ROH NYA DIANGKAT OLEH ALLAH S.W.T DILETAK DI ALAM BARZAKH SEHINGGA HARI KIAMAT APABILA SEMUA DIBANGKITKAN DIKUMPULKAN SEMUA UNTUK DIHISAB AMALANNYA.
2) TIDAK ADA PADA BILA-BILA MASA PUN IA AKAN KEMBALI KE ALAM KITA SAMADA 7 HARI KE ATAUPUN SELEPAS 40 HARI BARU DIANGKAT KE ALAM BARZAKH.
3) BILA HABIS SAHAJA NYAWA (MATI) TERPUTUSLAH HUBUNGAN HAMBA TERSEBUT DENGAN ALAM DUNIA HANYA 3 PERKARA YANG KEKAL :
- SEDEKAH JARIAH
- ILMU YANG BERMANFAAT
- ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN ORANG TUANYA
4) ROH ORANG YANG DAH MATI TIDAK AKAN BOLEH MENJELMA BALIK , BALIK KE RUMAH ATAU BERHUBUNG DENGAN MANUSIA YANG HIDUP WALAUPUN SEHARI SEPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH FILEM HANTU KAPCAI INI.
5) JIKA ADA PENYERUPAAN ATAU PENJELMAAN IANYA BUKANLAH ROH SI MATI TETAPI ADALAH JELMAAN SYAITAN ATAU JIN YANG BERTUJUAN UNTUK MENYESATKAN MANUSIA.
6) SESIAPA YANG MENYAKINI BAHAWA ROH ORANG MATI BALIK KE RUMAH ATAU BOLEH BERHUBUNGAN DENGAN ORANG HIDUP PADA BILA-BILA MASA SEPERTI DALAM CERITA HANTU KAPCAI MAKA IA BERDOSA BESAR.
7) HANTU, PONTIANAK, LANGSUIR, POCONG, TOYOL DAN YANG SEWAKTU GENGAN ADALAH JELMAAN JIN SEMATA-MATA DAN BUKANLAH ROH ORANG MATI.
MARI KITA TONTON BAGAIMANA SYAITAN MENGAKU ROH ORANG MATI :
SEKADAR INGATAN BUAT KITA SEMUA AGAR JANGAN SAMPAI TERPEDAYA DENGAN TIPU DAYA SYAITAN YANG MENGAKU ROH MANUSIA.
KEPADA PENGARAH FILEM SILA JANGAN BUAT FILEM YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA SEMATA-MATA NAK MENGAUT KEUNTUNGAN LUMAYAN DIKHUATIRI AKAN MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM. FILEM-FILEM TAHYUL HARUS DIELAKKAN.
Soal Jawab Agama berkaitan Hantu :
Soalan
Assalamualaikum ustaz…
Bolehkah, kalau saya tidak percaya kepada kewujudan makhluk halus? Saya fikir makhluk halus ini tidak wujud dan mengarut. Kita menjadi penakut disebabkan percaya kepada makhluk halus. Mohon komen ustaz.
Jawapan
Waalaikumussalam saudara. Terima kasih kerana mengajukan soalan yang
baik dan tepat pada masanya. Lambakan filem-filem hantu di pasaran
sekarang banyak membawa kesan negatif kepada masyarakat. Buktinya, apa
yang saudara nyatakan. Masyarakat menjadi takut walaupun dalam rumah
sendiri. Baik. Saya akan cuba merungkaikan persoalan saudara dengan
pecahan-pecahan soalan supaya ianya jelas dan tidak tertinggal. Di sini
ada pelbagai persoalan yang boleh dikupas. Persoalan pertama, perlukah
percaya kepada makhluk halus atau hantu, jembalang, toyol dan
sebagainya. Persoalan kedua, hukum takut kepada hantu. Persoalan ketiga,
kesan daripada cerita-cerita hantu yang disebarkan kepada masyarakat,
samada melalui filem atau cerita daripada mulut ke mulut.
Perlukah percaya kepada makhluk halus?
Saya merujuk pandangan Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dalam masalah
ini. Makhluk halus atau diistilahkan oleh orang Melayu sebagai hantu,
toyol dan lain-lain adalah wujud. Mereka ini tergolong dalam kumpulan,
jin dan syaitan. Jin dan syaitan pula telah dijelaskan dalam Al-Quran
tentang kewujudannya. Oleh itu, hal ini melibatkan tentang akidah dan
wajib beriman dengan kewujudannya. Menjadi rukun iman iaitu percaya kepada benda-benda ghaib dan ianya
telah disebutkan di dalam al-quran seperti jin, syaitan, syurga dan
neraka. Oleh itu, tidak mempercayai makhluk halus boleh meruntuhkan
akidah kita.
Orang Arab menggelarkan makhluk halus ini sebagai Al-Asybah (
bayang-bayang). Makhluk halus ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar
akan tubuh badannya. Sebaliknya, mereka menjelmakan diri mereka dalam
bentuk manusia dan binatang-binatang. Hal ini pernah berlaku ketika
mesyuarat para musyrikin Quraisy apabila syaitan menyamar menjadi
seorang pemimpin Quraisy bagi menghasut untuk menbunuh Baginda Nabi
s.a.w.
Selain itu, makhluk halus juga boleh menjelma sebagai
binatang-binatang sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis bagaimana
seorang sahabat menikam seekor ular yang berada di dalam rumahnya dan
sahabat tersebut meninggal dunia kerana makhluk halus bertindak balas.
Hukum Takut Kepada Makhluk Halus @ Hantu
Sifat semulajadi manusia adalah takut kepada sesuatu yang menakutkan.
Dan hantu digambarkan sebagai sesuatu yang menakutkan. Maka, takut
kepada hantu adalah biasa dan ianya respon semulajadi seorang manusia.
Apa yang ditegah ialah, takut yang membawa kepada hilangnya takut kepada
Allah s.w.t, takut kepada AzabNya dan takut digolongkan menjadi ahli
neraka. Iaitu takut yang berlebih-lebihan. Kita perlu percaya bahawa makhluk halus tidak boleh memberikan kesan
melainkan dengan izin Allah s.w.t. sahaja. Apa yang berlaku, semuanya
dengan izin Allah s.w.t. Segala manfaat dan mudarat datang daripadaNya.
Oleh itu, takut yang seperti ini sehingga lupa tentang kekuasaan
Allah s.w.t. ke atas kita dan makhluk-makhluk halus menyebabkan iman
kita menjadi rosak. maka, kita perlu berhati-hati.
Kesan Cerita Hantu
Anak-anak selalu dimomokkan dengan hantu dan perkara-perkara
menakutkan apabila ibu bapa ingin melarang daripada melakukan seuatu
perkara. Ini tabiat yang tidak baik. Mereka tidak perlu ditakutkan
dengan benda-benda ini. Mereka perlu diterangkan akibatnya sahaja.
Sebagai contoh, apabila anak-anak hendak bermain di dalam hutan,
laranglah mereka dengan mengatakan hutan itu tempat bahaya. Ada
pokok-pokok berduri, serangga-serangga dan lain-lain. Tidak perlulah
disebut tentang adanya hantu, orang bunian dll.
Memang benar, masyarakat menjadi penakut terutamanya kanak-kanak dan
remaja. Mereka hendak pergi ke tempat gelap pun kena berteman. Bukan
lagi masuk hutan. Kadang-kadang dalam rumah pun boleh takut. Jadi, ibu
bapa perlu bermuhasabah diri dalam mendidik anak-anak supaya mereka
tidak menjadi penakut. Akhir sekali, saya ingin mencadangkan kepada para pembaca untuk
membaca buku “Menjawab Persoalan Makhluk Halus” yang ditulis oleh Tuan
Guru Dato’ Dr Haron Din. Buku yang menarik dalam mengupas persoalan ini.
Selamat Membaca!
Sekadar itu dahulu, semoga ianya menjawab soalan saudara.(Sumber soal jawab agama : http://arrazialkelantaniy.wordpress.com/)
Baca juga yang ini :
Kehebatan Solat Tahajjud -kisah benar
Allah Pemberi Rezeki
Gambar Sport Cars Part 1
Gambar Sport Cars Part 2
Sememangnya Orang-orang MELAYU kat Malaysia ini SUKA percaya pada CERITA-cerita Khurafat dan tahyul walau pun dah melepasi zaman ALAF BARU !!! ISLAM hanya pada kad pengenalan sahaja...
ReplyDelete