Wednesday, 13 August 2014

PENYAKIT PROSTAT BENGKAK- (PENYAKIT SUSAH NAK KENCING)



Soalan:

Assalamualaikum Tuan Haji Lokman. Saya Mohamad Ali  umur 42 tahun dan saya mengalami masalah kekerapan membuang air kecil dan tidak lawas. Saya belum pergi ke klinik tapi ramai kawan-kawan saya mengatakan mungkin ada masalah prostat bengkak. Saya berasa hairan kerana setahu saya masalah prostat bengkak hanya berlaku pada pesakit yang dah berumur dan tua sedangkan saya belum mencecah umur 50. Saya ingin bertanya pendapat tuan tentang masalah saya ini dan seterusnya berubat dengan cara rawatan Al-Quran?

Jawapan:

Waalaikummussalam. Masalah tidak lawas dan kekerapan buang air kecil boleh disebabkan oleh berbagai punca dan perlu di diagnos dengan teliti. Kelemahan pundi kencing boleh menyebabkan masalah kekerapan pembuangan air kecil kerana injap pundi kencing yang lemah. Simtom prostat kanser juga sama dengan prostat bengkak namun penyakit ini berbeza kerana prostat bengkak (Benign Prostatic Hyperplasia - BPH) tidak merbahaya dan tidak boleh merebak ke tempat lain kerana ianya bukan kanser. Sebaiknya, buatlah pemeriksaan “Prostate Specific Antigen” (PSA) untuk mengenal pasti sama ada ianya kanser ataupun tidak. 
Sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan kes prostat dikesan berlaku pada kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas. Manakala purata umur kaum lelaki yang kebiasaannya dikenal pasti menghidapi kanser prostat adalah lebih kurang umur 68 tahun. Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat . Penyakit dan masalah yang utama adalah BPH (Pembesaran Kelenjar Prostat ) dan kanser prostat. Adakalanya walaupun muda belia, prostat boleh juga bengkak oleh jangkitan kuman yang dikenali sebagai prostatitis.

Pengenalan & Ciri-ciri Umum

BPH adalah penyakit untuk kaum lelaki sebab hanya kaum lelaki sahaja yang mempunyai kelenjar prostat.  Kelenjar prostat ini terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke zakar. Fungsi kelenjar prostat ialah untuk membantu sistem reproduksi lelaki dengan menghasilkan cecair untuk membawa sperma dari testis ke zakar ketika ejakulasi.  Bila prostat semakin membengkak, ia boleh menekan dan membuat saluran uretra bertambah sempit dan ini menyebabkan masalah bila membuang air kecil.
Kebanyakan lelaki mengalami pertumbuhan prostat sepanjang hayat. Bila prostat membesar dan saluran uretra semakin tertekan dan sempit, pundi kencing mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing sepenuhnya sehingga benar-benar kosong. Dalam beberapa kes, sekatan dari pembesaran prostat boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing berulang dan secara beransur-ansur menyebabkan kerosakan pada pundi kencing atau pun buah pinggang.

Punca

Perubatan moden tidak pasti apa yang menyebabkan prostat membesar dan membengkak. Ia mungkin disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan hormon testosteron apabila lelaki semakin berumur.  Pembesaran prostat mungkin juga disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan sel-sel (hiperplasia). Walau bagaimanapun, sebab yang tepat bagi peningkatan ini tidak diketahui. Pelbagai faktor yang mungkin terlibat, termasuk androgen (hormon lelaki), estrogen, faktor-faktor pertumbuhan dan lain-lain masalah.
Sepanjang pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat pesakit prostat bengkak, belum ada lagi terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus atau gangguan sihir menyebabkan masalah prostat bengkak.

Tanda-tanda

Biasanya terdapat tanda-tanda yang sederhana diperingkat awal. Mungkin aliran air kencing sedikit perlahan, atau perlu menunggu beberapa saat untuk mula membuang air kecil. Semakin berumur ianya boleh menjadi lebih bermasalah dan komplikasi. Kira-kira separuh daripada semua lelaki berusia lebih 75 tahun mempunyai beberapa gejala.
Tidak semua masalah kesukaran membuang air kecil di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh pembesaran prostat. Khususnya, jika anda kencing berdarah atau sakit dibahagian ari-ari, ia mungkin disebabkan oleh masalah pundi kencing, buah pinggang, atau jangkitan kuman di prostat.
Anda mungkin mengalami BPH jika gejala-gejala seperti di bawah berlaku.
  • Kerap kencing, contohnya kencing setiap 30 minit atau kurang terutamanya pada waktu malam dan selalunya jumlah air kencing adalah sedikit sahaja
  • Rasa ingin kencing yang datang secara mendadak
  • Pancutan air kencing tidak kuat walaupun diteran dengan kuat
  • Sukar untuk memulakan kencing
  • Kencing tidak tus (masih ada air kencing menitis keluar walaupun anda sudah kencing sehingga habis)
  • Perlu meneran untuk mengeluarkan air kencing
  • Perasaan bahawa anda perlu kencing lagi walaupun baru sahaja melakukannya.
Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah BPH, walau bagaimanpun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan berjumpalah doktor atau datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Rawatan Moden

Pesakit dengan gejala ringan tidak memerlukan rawatan selain daripada pemerhatian dan pengawasan untuk memastikan keadaan mereka tidak bertambah buruk. Beberapa pilihan rawatan boleh didapati jika gejala bertambah teruk. Umumnya, cara rawatan adalah berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada keadaan dan tahap saiz prostat yang membengkak.
Ubat-ubatan yang sedia ada berfungsi dengan dengan melonggarkan otot prostat dan leher pundi kencing. Ini boleh meningkatkan aliran air kencing dan merehatkan otot dalam prostat untuk mengurangkan ketegangan pada tiub air kencing. Ubat-ubat ini juga berfungsi menghalang penukaran testosteron kepada dihydrotestosterone hormon (DHT), yang memberi kesan kepada pertumbuhan kelenjar prostat. Dihydrotestosterone bertanggungjawab untuk membuat prostat membesar. Oleh itu, bila jumlah hormon dihydrotestosterone dapat dikurangkan ia akan membuat prostat mengecut.
Pembedahan adalah sebahagian daripada pilihan jika tanda-tanda semakin buruk, atau jika ubat-ubatan tidak membantu. Kira-kira satu dalam empat lelaki dengan pembesaran prostat akan menjalani pembedahan pada peringkat tertentu. Dalam operasi ini, hanya bahagian tengah prostat dikeluarkan (mewujudkan saluran yang luas untuk air kencing mengalir), meninggalkan bahagian luar belakang.
Terdapat banyak jenis pembedahan yang boleh membuang tisu prostat. Pakar bedah anda akan membincangkan pembedahan yang paling sesuai untuk anda dengan lebih terperinci. Kaedah-kaedah lain termasuk menggunakan gelombang mikro, gelombang frekuensi radio, ultrasound berintensiti tinggi dan tenaga elektrik voltan tinggi.

Rawatan Penyakit Prostat Bengkak (BPH) Dengan Menggunakan ayat-ayat Al-Quran

Daripada penerangan diatas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit prostat bengkak yang banyak berkaitan dengan hormon dan faktor usia. Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah sesuatu yang normal dan ia merupakan kitar hidup bagi setiap manusia. Proses penuaan berlaku apabila terdapat pengurangan fungsi organ dan tisu tubuh secara menyeluruh. Oleh itu ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Didalam Islam banyak diterangkan dalam Al-Quran tentang proses penuan seperti ayat dibawah:
Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). - Ghafir 40: 67
Masalah umum bagi usia lanjut adalah keadaan fisikal yang lemah dan tak berdaya sebagaimana firman Allah swt dalam ayat dibawah:
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." - Ar-Rum 30:54
Sains pula menunjukkan bahawa proses penuaan dipengaruhi oleh enzim yang terdapat didalam sel badan dimana sel-sel badan kita akan sentiasa membahagi dan setiap kali ia membahagi, ianya semakin memendek. Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini boleh menimbulkan penyakit pada beberapa bahagian tubuh.
Dengan membaca ayat suci Al-Quran akan menghasilkan frekuensi yang akan menggetarkan sel-sel yang rosak untuk mengembalikan keseimbangannya. Perubahan pada getaran inilah yang  dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan yang cepat ke atas hormon sel badan. Ini akan dapat mengurangkan bahaya keradangan dalam badan, mengseimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fithrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fithrah itu. Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” - Ar-Rum 30: 30
Hasilnya, pengamal Al-Quran yang dinyatakan di atas akan kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga, dapat memperbaiki tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, sistem immuniti yang kuat, kurang risiko kanser dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penuaan.
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit prostat bengkak akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.  Ayat-ayat tersebut adalah:
  • Surah Mukminun ayat 75 hingga 100
  • Surah An-Nahli ayat 90 hingga 110
  • Surah Al-Hajj ayat 31 hingga 55
  • Surah Al-Furqan ayat 16 hingga 31
  • Surah As-Soffat ayat 66 hingga 140
  • Surah As-Syu’araa ayat 201 hingga 227
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah An-Nahli tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang sendiri untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang penyakit yang lain seperti kanser prostat yang kadang-kadang mempunyai gejala yang sama.

Penutup

Kepada semua pesakit prostat, janganlah berputus asa dalam mencari cara dan berikhtiar untuk merawat penyakit prostat. Janganlah menganggap penyakit prostat itu tidak dapat lagi ditolong dan hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” - Ar-Ra’d 13: 11
Dalam pengalaman kami merawat pesakit prostat, ramai di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari segi emosi, mental dan fisikal. Kebanyakkan pesakit dapat merasakan perbezaan ketara dimana badan terasa lebih sihat dan jiwa lebih tenang setelah berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan.
ang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu hanya boleh berlaku dengan izin Allah swt. Maka, jikalau ada masanya kita merasakan masalah penyakit prostat itu sudah tidak dapat lagi kita tahan dan perasaan putus asa mula menguasai perasaan kita, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa-apa yang berlaku merupakan suatu ujian daripada Allah swt.
InshaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu pesakit yang mempunyai masalah prostat ini.
Sekian.

Sumber- alhidayah-medic.com

5 comments:

  1. Boleh cuba produk herba ini..dibuat khas untuk penyakit bengkak prostat sebagai rawatan alternatif

    https://www.facebook.com/nikinaresources

    ReplyDelete
  2. sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  3. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  4. Ini untuk memberitahu publik pria atau wanita yang sehat dan 100% serius dalam menjual ATAU untuk membeli ginjal instan. rahmat lara Email rumah sakit: mercylarahospital@gmail.com, karena kita memiliki banyak pasien yang sekarang memerlukan transplantasi ginjal, apakah Anda mencari kesempatan untuk menjual ginjal dengan uang karena krisis keuangan dan kami akan menyediakan 800.000 EURO untuk ginjal. dan juga kami memiliki hiv / help medicine jika anda membutuhkan penawaran email saja sekarang, HUBUNGI KAMI @

    EMAIL: mercylarahospital@gmail.com

    NomBor WHATSAAP; +2348053930975

    terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...