Saturday, 17 November 2012

PERWAKILAN DEWAN ULAMA MAHU HADI JADI PM -INSYAALLAH BOLEH KALAU PAS MENANG PALING BANYAK KERUSI PARLIMEN

Perwakilan Dewan Ulama mahu Hadi jadi PM

KOTA BHARU 17 Nov — Perbahasan perwakilan sempena Muktamar ke-58 PAS hari ini menyaksikan wakil daripada Dewan Ulama memberikan kejutan apabila mengemukakan cadangan memilih Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri ke-7 sekiranya Pakatan Rakyat PR berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum PRU ke-13 akan datang sedangkan PR sebelum ini telah sepakat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon mereka.

Perwakilan Dewan Ulama HairunNizam

Hairun Nizam dalam perbahasannya berkata Abdul Hadi adalah calon paling layak untuk menjadi perdana menteri dan selaku ahli PAS tidak sepatutnya mereka berkempen untuk orang lain menjadi pemimpin “Saya ingin bertanya kepada perwakilan siapa orang yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia kalau bukan Tuan Guru Presiden ” katanya dan disambut teriakan “Takbir ” daripada perwakilan yang hadir “ bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau tapi beliau yang paling layak untuk menjadi perdana menteri akan datang dan kita sebagai anak didik kepada parti Islam tidak sepatutnya kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin ” katanya

Ketika ceramah Himpunan Merdeka Rakyat malam tadi di Stadium Sultan Mohamad IV Penasihat DAP Lim Kit Siang telah menyatakan PR sepakat untuk melantik ketua pembangkang itu sebagai perdana menteri untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sekiranya PR memerintah negara ini “Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam ” katanya secara terbuka Lim berkata pendirian itu dibuat untuk menyelamatkan negara daripada amalan rasuah yang semakin berleluasa Januari lalu PR pernah menyatakan pendirian bahawa Anwar akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi PRU13 kerana beliau dianggap “paling bersih” dan tiada calon yang lebih layak di dalam PR untuk memegang jawatan eksekutif tertinggi negara itu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga pernah berkata tiada pemimpin PKR DAP dan PAS yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ketujuh sekiranya pakatan mereka menang PRU akan datang.

 Hairun turut berkata untuk membentuk negara Islam pemimpin yang tertinggi dalam mentadbir negara adalah orang yang paling arif berkenaan hukum Allah dan Islam “Apabila negara yang menjadi makmum kepada Allah tunduk dan patuh kepada Allah maka sepatutnya yang menjadi kepala tertinggi dalam negara tersebut ialah orang yang paling mengetahui hukum hakam Allah ” kata Hairun dalam ucapan perbahasannya “Ia supaya kerajaan yang didasari dengan Islam ini akan terus ke hadapan tanpa disusuli dengan perkara-perkara yang mengundang penyalah gunaan kuasa atau bercanggah dengan hukum Allah ”.

(sumber Malaysian Insider) 

Sila baca juga :

Tarif Air Pulau Pinang Paling Murah, Johor Paling Mahal 

Warga Johor Tengok Ni Macamana Pakatan Memerintah 

Inilah Ciri Pemimpin Rakyat -Jangan Tolak Pembangunan

Kesiannya Sekolah Agama Rakyat 

Amanat Tuan Guru Nik Aziz Pada Anwar Kalau Jadi PM

 



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...