Thursday 18 October 2012

KESIANNYA SEKOLAH AGAMA RAKYAT


Bilik darjah pelajar sekolah agama Johor di rumah kedai

  • Zulaikha Zulkifli
  • 9:22AM Okt 18 2012
LAPORAN AUDIT Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama di seluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai.

Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah.

"Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia  yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi.

"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana
pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik.

Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan.

Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama.

Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan.

Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta.Baca seterusnya :kilik sini






KOMEN : KESIANNYA ANAK-ANAK KITA NAK BELAJAR AGAMA. NILAH CONTOH PEMERINTAH YANG TAK AMBIL BERAT TERHADAP KEPENTINGAN  PENDIDIKAN AGAMA TERHADAP ANAK-ANAK KITA. KEDUNIAAN DIUTAMAKAN AGAMA DIPINGGIRKAN.

SABAR YA ADIK-ADIK KITA AKAN UBAH BILA PR MEMERINTAH NANTI. SUDAH TENTU PAS AKAN MENINGKATKAN TARAF SEKOLAH AGAMA INI NANTI.  KERAJAAN SEKARANG TAHU UNTUK BELI KAPAL SELAM BERBILLION, BUAT PELABUHAN CANGGIH BERBILLION, BUAT REL KERETAPI BERBILLION, NAK BANTU SEKOLAH AGAMA DUA TIGA JUTA PUN TAK BOLEH. JOM UBAH

2 comments:

  1. Alhamdulillah,
    Tahniah, dah link pada blog ana ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En DaWar. Terima kasih atas sokongan. Semuga Berjaya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...