Jutawan air minuman individu terkaya China
SHANGHAI 12 Okt. - Jutawan air minuman, Zong Qinghou, merampas
kembali kedudukan individu terkaya China, tahun ini dengan jumlah
kekayaan AS$10 bilion (RM30.6 bilion), lapor majalah
Forbes hari ini.
Menurut senarai 400 individu terkaya China 2012 yang dikeluarkan oleh
majalah itu, Qinghou yang merupakan pengeluar air minuman jenama
Wahaha, mengembalikan kedudukan sebagai orang paling kaya tahun ini,
selepas gagal tahun lalu.
Senarai sama yang dikeluarkan oleh agensi berita China, Hurun bulan lalu turut mengumumkan beliau sebagai individu terkaya.
Usahawan pembinaan Liang Wengen, yang dinobatkan sebagai terkaya
tahun lalu, jatuh ke tempat keenam senarai, selepas kekayaan miliknya
menurun sebanyak 37 peratus kepada AS$5.9 bilion (RM18.1 bilion).
KOMEN UNCLE MAJID : KEKAYAAN BAGI ORANG ISLAM IALAH KEKAYAAN HATI. MAKSUDNYA WALAUPUN KITA TAK KAYA DI DUNIA TAPI KITA KAYA DENGAN BUDI BAHASA SOPAN SANTUN DAN TAKWA. ALLAH JADIKAN KITA KAT DUNIA BUKAN UNTUK MENCARI HARTA KEKAYAAN TETAPI UNTUK MENJADI HAMBANYA YANG MEMBUAT APA YANG DISURUH DAN MENINGGALKAN APA YANG DILARANG.
FIRMAN ALLAH : "TIDAK AKU JADIKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN UNTUK BERIBADAT KEPADAKU" (AZZURIAT: 56)
MENCARI KEKAYAAN BAGI ORANG ISLAM TIDAKLAH SALAH TETAPI JANGANLAH SAMPAI MELUPAKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA ALLAH. KITA KALAU BOLEH JADILAH ORANG KAYA YANG SOLEH.
FIRMAN ALLAH : " MAHA SUCI ALLAH YANG DITANGANNYA LAH SEGALA KERAJAAN DAN DIA MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU. YANG MENJADIKAN MATI DAN HIDUP KAMU SUPAYA DIA MENGUJI SIAPA DIANTARA KAMU YANG LEBIH BAIK AMALANNYA. DIA MAHA PERKASA LAGI MAHA PENGAMPUN" (AL MULK : 1-2)
OLEH ITU KEJAYAAN HAKIKI UMAT ISLAM BUKAN KEKAYAAN DUIT BERBILLION ATAU KERETA MENJALAR ATAU RUMAH BANGLO YANG BESAR. TETAPI IALAH KEJAYAAN SEBANYAK MANA ATAU SEKAYA MANA KITA BERAMAL IBADAT KEPADA ZAT PENCIPTA. JANGANLAH PULA KITA MENJADI MISKIN DI DUNIA DAN MISKIN DI AKHIRAT. CARILAH REZEKI SEBANYAK YANG MUNGKIN KERANA ALLAH, MAKA IA AKAN MENJADI IBADAT SELAGI TAK BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT. BERNIAGA PULA ADALAH SUNNAH NABI. WAALLAHUA'LAM.
NAK CUBA NIAGA GUNA FACEBOOK MUDAH AJE MEMANG TERBAIK kilk kat sini
ReplyDelete