Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my
Sebahagian 32 pengunjung yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di Damansara, Petaling Jaya, semalam.
PETALING JAYA 6 Okt. - Tujuh pelajar kolej swasta adalah antara 32
orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di sebuah rumah kedai
di Jalan SS21/39, Damansara di sini awal pagi ini.
Lebih mengejutkan dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, kesemua yang
ditahan iaitu 27 lelaki dan lima wanita adalah berketurunan Melayu dan
dipercayai turut membabitkan beberapa anak orang kenamaan (VIP).
Mereka yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menyewa
premis di tingkat tiga bangunan yang hanya terletak kira-kira 500 meter
dari Balai Polis Damansara dengan bayaran RM500 semalam.
Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap,
Judi dan Maksiat (D7) Petaling Jaya bersama anggota dari Balai Polis
Damansara dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya diketuai Asisten
Supritendan Mohd. Nazri Daud.
...
Komen Pakcik : Inilah akibat dari lemah didikan agama yang berpunca dari kelemahan sistem pendidikan awal negara kita. Didikan agama yang diambil ringan terhadap anak-anak sejak dari bangku sekolah. Pakcik harap dalam blueprint pendidikan negara yang baru-baru diumumkan oleh PM dan TPM tolonglah lebih kan masa pelajaran Agama Islam bagi kaum Muslim dan pendidikan moral bagi kaum non muslim. Ajarkanlah anak-anak kita ilmu akhlak sejak dari tadika lagi. Sesungguhnya rakyat bertakwa adalah aset negara.
P.s kalau tengok gambar semua melayu tu.
No comments:
Post a Comment