Friday, 12 October 2012

10 TIPS MENCEGAH KANSER PAYUDARA



Kanser payudara adalah salah satu pembunuh utama kaum hawa zaman ini. Hari tu masa tengah layan surfing blog-blog omputeh pakcik terjumpa lah tips pasal kanser payudara ini. Di bawah ini pakcik translate  kepada bahasa Melayu dan kopipes untuk tatapan kita :


PERTAMA : MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG SIHAT  (MAINTAIN YOUR HEALTY  WEIGHT)
Berat berlebihan dan gemuk meningkatkan risko terkenanya kanser payudara sebanyak 40% terutamanya  kepada wanita yang telah menopause.


KEDUA :  SENTIASA AKTIF SECARA FIZIKAL (STAY PHYSICALLY ACTIVE)
Anda digalakkan untuk bersenam secara sederhana selama 30 minit sehari untuk kekal cergas dan sihat.



KETIGA : MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT (EAT A HEALTHY DIET)
Makan makanan yang seimbang iaitu rendah lemak haiwan dan banyakkan bijirin dan sayuran dapat mencegah kanser.



KEEMPAT : JANGAN MEMINUM ARAK 
Menurut kajian minum arak berkait dengan kanser payudara dan pengemarnya berisiko tinggi untuk mendapat kanser.


KELIMA : HAMIL SEBELUM UMUR 30 TAHUN JIKA ADA PILIHAN
Wanita yang melahirkan anak pertama dibawah umur 30 sangat rendah risiko untuk mendapat kanser payudara    Walaumacamanapun wanita yang banyak malahirkan anak dapat mengurangi risiko.



KEENAM : PILIHLAH UNTUK MENYUSUKAN ANAK
Penyelidik mendapati menyusukan anak boleh mencegah kanser payudara.



KETUJUH : JAUHI DARI ASAP ROKOK
Wanita  yang merokok sejak remaja dan terdedah asap rokok adalah berisiko sangat tinggi untuk mendapat kanser payudara.



KELAPAN : JAUHI TERAPI HORMON (AVOID HORMONE THERAPHY)

‘Hormone replacement therapy’  jangkamasa panjang (atas 5 tahun) menurut kajian  meningkatkan risiko kanser payudara.




KESEMBILAN : CUBA UBAT PENCEGAHAN (CONSIDER PREVENTIVE MEDICATION)
Bagi mereka yang berisiko tinggi dari faktor keluarga atau faktor lain boleh cuba untuk mencegah menggunakan ubat-ubat yang dinasihatkan oleh doktor anda.


KESEPULUH :  BUAT PEMERIKSAAN BERKALA (GET REGULAR SCREENING)
Pengesan awal kanser menghalang dari sel kanser merebak dan yang utamanya  menyelamatkan nyawa anda terutama wanita berumur 40 tahun ke atas.

NOTA : Untuk penjelasan lebih lanjut korang boleh layari web ni     KLIK SINI 

Kalau korang perasan orang lelaki pun ada tetek tapi kenapa ek orang lelaki tak kena kanser payu dara. Siapa boleh boleh jawab memang terer.  Jawabnya ialah kalau korang perasan orang lelaki mana ada memakai coli. Sesetengah coli ada dawai dan dawai ini agaknya menyekat pengaliran darah dan udara ke payu dara, bila terlalu lama memakai coli. Orang dulu kala pun jarang kena kanser payudara ni. Justeru itu kaum wanita pakai lah coli bila perlu sahaja kurangkan pengunaan coli sekerap yang boleh dan jauhilah coli yang berdawai tu walaupun mitosnya dapat  menegangkan payudara. Dan yang paling utama macam omputeh cakap “ you are what you eat” jaga-jagalah makan. Agak kalau dah terlebih berat timbang tu puasalah  senin kamis, insyaAllah pahala dapat sihatpun dapat.

Aprikot?
Aprikot ialah sejenis kacang yang ada banyak di Amerika. Aprikot ni paling kaya dengan vitamin B17 iaitu vitamin anti kanser atau vitamin yang melawan kanser. Kalau nak tahu lebih lanjut lawat sini KLIK SINI

Kat Malaysia Takda ke? Kat Malaysia pun Allah ada anugerahkan herba penawar kanser. Buah ni memang ada kat kampong-kampung. Omputeh panggil buah NONI kat kampong kita panggil buah mengkudu. Cubalah amalkan jus mengkudu. InsyaAllah.

P.S : TIPS INI SEBENARNYA UNTUK SEMUA KALAU KITA TELITI BAIK-BAIK. YANG PALING UTAMA IALAH JAGALAH KESIHATAN KITA  SEBELUM KITA SAKIT. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...