Sunday 14 October 2012

GELANG UNTUK TABUNG PRU13




Nik Aziz serah gelang untuk derma pilihan raya
Wartawan Sinar Harian
14 Oktober 2012

Nik Aziz menunjukkan gelang yang disumbangkan kepada tabung pilihan raya, semalam.
KOTA BHARU- Selepas berjaya melelong tongkat sempena Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat dua minggu lalu, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil sekali lagi menunjukkan barangan untuk disumbangkan.
Kali ini beliau menunjukkan seutas gelang emas  milik seorang Muslimah untuk didermakan kepada tabung Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU13) yang berlangsung tidak lama lagi.

“Tongkat saya berjaya dijual dengan harga yang tinggi, oleh itu saya beri  gelang ini pula untuk melihat kejayaan parti secara keseluruhannya, Insya-Allah kita akan memperoleh kejayaan,” katanya semasa berucap Majlis Hari
Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini semalam.

Dalam Majlis itu juga Nik Aziz menyerahkan bunga kepada isterinya, Datin Sabariah Ishak sebagai simbolik keluarga Mawaddah.
Pada lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat minggu lepas, PR berjaya mengumpul RM182,000 dengan surat cinta Anwar dibida dengan harga RM 50,000 manakala tongkat Nik Aziz berjaya dijual 12,000.

Dalam pada itu, Nik Aziz  yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan berkata, beliau tidak mahu melihat rakyat Kelantan terikat setelah mendapat wang segera daripada Kerajaan Pusat.

“Ada masyarakat yang tergugat setelah mendapat wang segera ini, kita mesti ada pegangan yang kuat demi agama dan parti,” katanya.
(kopipes dari Sinar Harian Online)

MY COMMENT : Dalam perjuangan PAS, ahli PAS mengeluarkan derma dan sumbangan kepada parti  untuk memenangkan parti dan bekerja dengan ikhlas tanpa minta gaji. Dalam perjuangan  UMNO parti yang mengeluarkan duit dan sumbangan untuk ahli untuk bekerja. Kalau takda duit kerja tak jalan. Jadi Korang fikirlah sendiri  parti mana yang berjuang ke jalan Allah. Tepuk dada tanya iman.

Dalam pembentangan bajet 2013 baru-baru ini kita tak dengar pun PM menekankan untuk meningkatkan penerapan  nilai-nilai Islam ataupun menekankan peruntukan untuk dakwah dan tarbiyah rakyat. Oleh itu kita jangan hairanlah jenayah ragut, rompak, culik, rogol, bunuh, rasuah dll berleluasa . Cubalah tingkatkan sikit kesedaran agama kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...