Tuesday 9 October 2012

INILAH CIRI PEMIMPIN RAKYAT-JANGAN TOLAK PEMBANGUNAN


Pas: Projek Rapid diteruskan jika diberi mandat
Wartawan Sinar Harian
9 Oktober 2012

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
KUALA LUMPUR - Pas menjelaskan bahawa mereka akan meneruskan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, walaupun ditolak rakan sekutu PKR.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, ia pandangan peribadi dan tidak menjadi masalah kepada Pakatan Rakyat (PR) bagi mana-mana pihak mengeluarkan pendapat.
“Kami (pembangkang) bukan menolak projek mega, tetapi setiap projek harus diteliti dengan terperinci agar nasib rakyat tidak terpinggir akibat daripada arus pembangunan.

“Sekiranya pembangkang diberi mandat dalam pilihan raya nanti, projek Rapid akan diberi perhatian, malah Petronas boleh membangunkan projek Rapid di Pengerang ataupun mana-mana tempat di negeri Johor,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen. Baca seterusnya di sini  klik kat sini


Komen Pakcik :  Ciri pemimpin haruslah macam saudara Salahudin ni. Projek yang baik kena sokong tak kira siapa yang usulkan. Kesan negatif tu pasti ada tapi kenalah diselesaikan demi kebaikan rakyat dengan cara perundingan. Kita tak mahu pelabur takut untuk melabur jika setiap kali tukar kerajaan, projek kena tukar juga. Ini tak baik untuk negara.

1 comment:

  1. Salam.

    NAK CUBA NIAGA GUNA FACEBOOK MUDAH AJE MEMANG TERBAIK Klik kat sini

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...