Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri SOALAN :
Assalamualaikum
uztaz.saya nak bertanya mengenai mengajak isteri menonton filem lucah untuk
tujuan mempelajari tentang cara-cara melakukan seks.ini kerana isteri
saya tidak begitu pandai melakukan seks dan untuk meransangkan nafsunya dulu
sebelum melakukan hubungan kelamin.apa pendapat ustaz?
Wa'alaikumussalam,
Hukumnya
haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-
Pertama :
Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi
SAW bersabda :
Ertinya
: "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah
wanita melihat aurat wanita yang lain"
Sudah
tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah
dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.
Kedua :
Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan
begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh
Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini
adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum
dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan
selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam.
Ketiga :
Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks
dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.
Keempat :
Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu
menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks.
Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru
teknik yang diharamkan sudah tentu diharamkan juga.
Sebagai
contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang
bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui
hadith :-
إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين
Ertinya : "Apa seorang
kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna
perlu berselimut)" ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 )
Demikian
juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak
mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama
kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan
dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)
Kelima :
Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam
filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.
Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit
aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.
Nabi
SAW bersabda :
لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها
Ertinya : janganlah seorang
wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada
suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari
)
Kesimpulannya,
diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk menaikkan syahwat suami
isteri mahupun sebagai pengajian.
sekian
ust
zaharuddin
Operasi keselamatan lahad datu? Lihat liputan penuh
ReplyDeleteFollow Lucah Bang
Delete