LUMUT 11 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu memberi
reaksi terhadap pendedahan bapa kepada Saiful Bukhari, yang mendedahkan
wujud konspirasi politik di sebalik kes Fitnah II, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Najib, hang jawab. Lepas ini tak tau apa lagi nak terdedah,” katanya
depan ribuan rakyat yang membanjiri program Jelajah Merdeka Rakyat di
Lumut, Perak 10 Mac lalu. Pendedahan
bapa Saiful Bukhari membuktikan Najib berperanan dalam konspirasi kes
Fitnah II untuk memenjarakan Anwar berikutan penglibatan pegawai khasnya
tetapi gagal.
Azlan Md Lazim ketika membuat pendedahan 8 Mac lalu menamakan Khairil
Annas Jusoh sebagai antara individu yang merancang dan menyediakan
kenyataan media untuk beliau dan Saiful Bukhari.
Selain itu, reputasi Najib juga tercalar teruk berikutan pendedahan
Deepak Jaikishan dan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam berkaitan
kes pembunuhan Altantuya Syariibuu.
Meneruskan ucapan, Anwar berkata, beliau pernah menolak permintaan Azlan untuk bertemu kerana bimbang difitnah lagi.
Namun,
Ketua Umum KEADILAN itu mendapati Azlan bersungguh-sungguh mahu meminta
maaf kepada beliau dan ahli keluarganya sebelum bersetuju untuk
bersemuka. “Dia (Azlan) bagi tahu saya, dia tahu siapa yang terlibat dan dia tahu Pegawai Khas Perdana Menteri terlibat,” katanya. Sebagai mangsa fitnah, kata Anwar, beliau berhak mendapat penjelasan
Perdana Menteri, apatah lagi tuduhan itu memberi kesan kepada kehidupan
isteri dan anak-anaknya.
“Kasihan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Ismail) tapi saya tahu wanita
berwajah lembut itu kuat semangatnya. Sebab itu saya sayang sampai
sekarang,” katanya yang memuji isterinya kerana teguh dalam perjuangan
untuk rakyat.
(FZL)(Sumber : Suara Keadilan)
p/s : Mula-mula Deepak dedah ( Baca kat sini), PM senyap, kemudian PI Bala dedah ( Baca sini) PM senyap juga dan sekarang Bapa Saiful dedah Sodomy 2 adalah konspirasi pegawai khas PM pun PM senyap setakat hari ni. Kalau orang tua2 cakap senyap tanda setuju. Agaknya betul lah semua pendedahan yang dibuat.
Anda selaku penentu PRU13 ni, jangan was-was lagi, keluar barisan masuk bulatan tetapkan pendirian sokong Pakatan. Undi lah Pakatan Harapan Rakyat. Dijamin 100% anda tidak akan menyesal atau rugi.
Kalau anda rakyat Johor dan Melaka selama ini anda dikenakan tarif air termahal di Malaysia (Johor No 1, Melaka No. 2) ini kalilah masa untuk ubah, Pakatan akan menurunkan tarif air jika diberi mandat memrintah, Baca janji-jani Pakatan Kat sini. Pakcik yakin manifesto Pakatan adalah terbaik untuk semua golongan rakyat, baik yang muda dan yang tua. Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment