Maksud:"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".
Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari )
Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)
Salam....
Ni nak berkongsi sikit tentang kisah yang pernah berlaku di satu kg
terpencil..... Sama-samalah kita menghayatinya..... Pada suatu hari, saya
merasa hairan melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah
hari itu.Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang
bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar'
sedang mereka bincangkan,kata saya di dalam hati.Setelah injin motosikal di
matikan,saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu ? Serius aku
tengok," saya menyapa. " Haaa...Din,kau tak pergi tengok budak
perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi,kawan saya.
" Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham," jawab
saya.Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
" Macam ni," kata Jaimi,lalu menyambung, " di kubur dekat
kampung Batu 10 tu,ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,tapi
lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur itu.Sekarang ini orang
tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi
macam itu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.Patutlah
serius sangat mereka berbual..
Jaimi
memulakan ceritanya.Kata beliau,memandangkan semalam adalah hari kelepasan
sempena Hari Kebangsaan,budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang
daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.Bagaimana
pun,ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. "
Bukannya banyak,RM 20 saja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak
ada duit.Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya,perlahan. Sambil itu dia
mengurut kakinya yang sengal.Sudah bertahun- tahun dia mengidap darah
tinggi,lemah jantung dan kencing manis. " Maaak...kawan-kawan semuanya
keluar.Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah,mak
tahu...tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si
gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. " Emak memang kedekut
!" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam itu
ta..." belum pun habis ibunya menerangkan,gadis tersebut
menyanggah,katanya," Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mahu dengar ! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung,tapi belum pun habis kata-katanya,si
gadis memintas lagi,katanya ; " kalau abang,boleh, tapi kalau saya minta
duit,mesti tak ada !" Serentak dengan itu,gadis tersebut menyepak ibunya
dan menolaknya ke pintu.Si ibu jatuh ke lantai." Saida..Sai..
dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.Wajahnya berkerut menahan
sakit.
Gadis
tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.Dia sebaliknya masuk
ke bilik dan berkurung tanda protes.Di dalam bilik,di balingnya bantal dan
selimut ke dinding.Dan Sementara diluar,suasana sunyi sepi. Hampir sejam
kemudian,barulah gadis tersebut keluar.Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya
tidak bergerak lagi.Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher,tidak
ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik.Dia meraung dan menangis memanggil
ibunya,tapi tidak bersahut.Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.Melalui
jiran-jiran,kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di
luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik itu di bawa ke kubur pukul
12.30 tadi.
Pada
mulanya tak ada apa-apa yang pelik,tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam
kubur,ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke
dalam kubur.Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu. " Tapi bila budak
perempuan itu tolong,mayat ibunya serta-merta jadi ringan.Dia seorang pun boleh
angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan
masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.Sekali lagi beramai-ramai
penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis
berkenaan. Tanpa bersusah payah,gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam
lahad.Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,tiba-tiba
kakinya tidak boleh di angkat.Ia seperti di paku ke tanah.Si gadis mula cemas.
" Kenapa ini ayah ?" kata si gadis.Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni..tak boleh
angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di
sekeliling kubur mula riuh.Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa
yang sedang berlaku. " Ayah,tarik tangan saya ni.Kaki saya terlekat...tak
boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si
bapa menarik tangan anaknya itu,tetapi gagal.Kaki gadis tersebut melekat kuat
ke tanah.Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar,juga tidak
berhasil. " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida,ayah.." si gadis
menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka
cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,kaki si gadis tetap
terpasak di tanah.Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah,tolong
saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si gadis sambil meratap. "
Itulah,kamu yang buat emak sampai dia meninggal.Sekarang,ayah pun tak tahu nak
buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.
Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak
walau seinci pun.Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak...ampunkan Saida
emak,ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di
cium jenazah emaknya.Air matanya sudah tidak boleh di tahannya lagi. "
Maafkan Saida emak,maafkan,Saida bersalah,Saida menyesal...Saida
menyesal..Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah
ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya
boleh di tarik keluar.Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa.Apabila terlalu lama
mencuba tetapi gagal,imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di
kambus. " Kita kambus sedikit saja,sampai mayat ibunya tak dapat di lihat
lagi.Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja...kalau hujan macam mana ?
" kata imam kepada bapa gadis berkenaan. "Habis anak saya ?"
tanya si bapa. "Kita akan terus cuba tarik dia keluar.Kita buat dua-dua
sekali,mayat isteri awak di sempurnakan,anak awak kita selamatkan," balas
imam.
Lelaki
berkenaan bersetuju.Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa
di teruskan sehingga selesai,termasuk talkinnya.Bagaimana pun kubur di kambus
separas lutut gadis saja,cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang
menyedihkan,ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin di baca,dia
menangis dan meraung kesedihan.Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya
dengan linangan air mata.Selesai upacara itu,orang ramai berusaha lagi
menariknya keluar.Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat,aku balik
kejap untuk makan.Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.Lepas
ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. "
Aku pun nak pergilah," kata saya.Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di
sana.Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.Saya terus berjalan
pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha,akhirnya saya
berjaya sampai ke barisan paling hadapan.Malangnya saya tidak dapat melihat gadis
tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali.Kubur itu pula
beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok
rimbun.Di dalam kepungan itu,anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.
Nasib
saya memang baik hari itu.Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah
kenalan saya. " Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil,Raie
yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak
tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana
boleh.Keluarga dia saja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti
berbisik.Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang
tahu. " Sekejap saja.Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah,setelah
puas di pujuk dia mengalah.Tanpa berlengah,saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa
kesalahan.Namun demikian dada saya berdebar kencang.Pertama,risau,takut di
halau keluar.Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada
gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,akhirnya saya
sampai ke pusara yang di maksudkan.Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang
polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan
berbisik-bisik.Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah,saya
lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.Raie terus memanggil saya
lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk ke dalam,dada
saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas
tanah kubur sambil menangis teresak-esak.Sebentar kemudian dia memegang tanah
berhampiran lahad dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida,Saida
sedar,saida derhaka pada emak,Saida menyesal,Saida menyesal.." Selepas
mengesat air jernih yang terus bercucuran daripada matanya yang bengkak,gadis
tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya."
Emak...lepaskanlah kaki saya ni.Ampunkan saya, lepaskan saya," Di
tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat
bapa dan adik-beradiknya menangis,di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak
tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. "
Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak," rayu bapanya sambil menghulurkan
sepinggan nasi juga segelas air.Si gadis tersebut langsung tidak
mengendahkan.Malah memandang ke atas pun tidak.Dia sebaliknya terus meratap
meminta ampun daripada arwah ibunya.
Hampir
menitis air mata saya melihat Saida.Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek
tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan
Allah.Memang betul kata para alim ulama,dosa menderhakai ibi bapa akan di balas
'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana.Cuma 10-15 minit saja kerana
Raie memberitahu,pegawainya mahu saya berbuat demikian.Mahu tidak
mahu,terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.Sambil berjalan kedengaran
lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,ampunkan saya saya,Ya
Allah,lepaskanlah kaki ku ini,aku bertaubat,aku insaf..." Lantas saya
menoleh buat kali terakhir.Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang
menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,tapi seperti tadi,tidak
berhasil.Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin
ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.Beberapa kereta polis datang
dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata
masing-masing.Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan
tetapi tidak di benarkan.Mereka merayu bermacam-macam cara,namun demi kebaikan
keluarga gadis,permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian
terbenam,akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.Saida masih begitu.Kaki
terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta
keampunan.Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.Suara
tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.
Saya
di beritahu,sejak siang,tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke
tekaknya.Seleranya sudah mati.Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi
kubur membaca al-Quran,Yassin dan berdoa.Namun telah di sebutkan
Allah,menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.Saida tetap
tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis.Saida kesejukan pula.Dengan
selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.Namun dia tidak dapat
tidur.Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.Orang ramai pula tidak susut mengerumuni
perkuburan itu.Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas
jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat
atau lima hari terperangkap,akhirnya Saida meninggal dunia.Mungkin kerana
terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan
kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.Atau mungkin
juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha
Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di
keluarkan.Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini di penuhi lalang.Di bawah redup daun kelapa yang
melambai-lambai,tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.
Wallahu A'lam.. *** Buat iktibar bagi kita yang selalu leka......
sumber:
iluvislam.com
My Ulasan :
Wahai adik-adik dan tuan puan janganlah sesekali kita menderhaka kepada orang tua kita. Janganlah juga kita melukakan hati ataupun mengecilkan hati keduanya. Kerana balasan anak derhaka ini biasanya tunai didunia lagi seperti kes di atas.
Kalau kita jarang melawat orang tua kita, lawatlah selalu sementara mereka masih ada. Kalau orang tua kita sudah meninggal dunia, doakanlah setiap lepas solat mohon Allah merahmati dan mengampuni dosa orang tua kita. Jangan jadi si tanggang.
gadis seksi kena rogol insaflah?? Lihat lihat
ReplyDelete