1 Mac 2013. Kuala Lumpur, seorang pemuda hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas kesalahan memiliki barang curi (telefon bimbit jenis Blackberry) , Ahmad (bukan nama sebenar) mengaku tidak bersalah di kenakan ikatjamin sebanyak RM20,000.00. Setelah merayu jaminan dikurangkan sebanyak RM12,000.00. Memandangkan bapa Ahmad tidak mempunyai wang jaminan sebanyak RM12,000.00 maka Ahmad terpaksa merengkok ke penjara sehingga tarikh sebutan yang akan datang. Menurut bapa Ahmad telefon bimbit jenama Blackberry tersebut dibeli oleh anaknya dari seorang yang tak dikenali dengan harga RM150.00. Telefon canggih tersebut mempunyai ciri keselamatan yang boleh mengesan orang yang menggunakan telefaon tersebut tanpa kebenaran. Pemilik blackberry tersebut telah membuat laporan polis bahawa telefon beliau telah dicuri sebelum ini.
Ulasan :
Untuk pengetahuan pembaca memiliki atau menyimpan barang curi adalah merupakan satu kesalahan jenayah. Kes yang melibatkan memiliki dan menyimpan barang curi iaitu seksyen 411 Kanun Keseksaan telah banyak berlaku. Misalnya kes kita meminjam motor kawan, rupanya motor tersebut motor curi. Maka sekiranya anda ditahan polis maka anda boleh ditahan polis untuk siasatan dibawah seksyen 411 tersebut. Di bawah seksyen 411, OKT (orang kena tangkap) jika disabitkan bersalah boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun penjara.
Begitu juga kes handfon di atas.Walaupun pemuda tersebut hanya membeli handfon tersebut (nampak macam tak bersalah) yang menjadi kesalahan ialah membeli barang curi. Untuk pengetahuan semua berhati-hatilah apabila membeli barang-barang murah. Kalau boleh belilah dari penjual yang sah. Kalau beli dari individu pastikan penjual adalah pemilik yang sah. Handfon Balackberry dan kebanyakan smartfon sekarang sangat canggih. Pemililik fon boleh mengesan pengguna yang tidak sah dan melaporkan kepada polis. Itulah yang terjadi pada kes pemuda diatas.
Walaupun bagi kes Ahmad, ia belum didapati bersalah, atau mungkin tidak bersalah langsung apa yang menjadi masalah ialah wang jaminan. Sementara menunggu perbicaraan sekirannya wang jaminan tidak dibayar maka OKT akan terpaksa merengkuk dalam penjara sehingga kes beliau selesai dibicarakan. Selagi Ahmad atau keluarga beliau tidak dapat menyediakan wang jaminan maka terpaksalah Ahmad duduk di penjara. Ahmad dan keluarga juga terpaksa menanggung kos peguambela dianggarkan RM5000-RM8000 (lagi senior/cekap/popular lawyer lagi mahal bayaran) untuk membela beliau di Mahkamah. Berbaloikah dengan pembelian RM150.00. Sudah tentu tidak.
Kes seperti Ahmad telah banyak berlaku, justeru itu kalau kita adalah ibubapa nasihatkan anak-anak jangan membeli barang-barang murah tanpa usul periksa. Zaman sekarang semakin canggih terutamanya peralatan elektronik dan telefon bimbit atau apa jua barang. Jangan terjebak bersubahat dengan pencuri/perompak (mat gian pun banyak jual barang curi) dengan membeli barang curi. Dengan keuntungan yang sedikit atau dalam kes Ahmad pembelian RM150.00 beliau terpaksa merengkok di penjara. Jika didapati bersalah pula, mungkin dipenjarakan selama 7 hingga lapan bulan lagi.
Kalau Rajin Baca Ni : Kes simpan motor curi
-unclemajid-
undg2 ape mcm tu.. mcm xadil je
ReplyDeleteKan..undang2 dunia..
ReplyDelete