Magdalena seorang
wanita berusia 37 tahun. Muncul kemantapan hatinya untuk menentukan jalan
hidupnya yang terasa sangat disesali atas pengalamannya selama ini. Magdalena
lahir dari keluarga Muslim yang biasa. Dia mengikuti Pengajian Al-Quran di
sebuah bandar di Jawa tengah.
Akibat
cetek pengetahuan agama orang tuanya, Magdalena hanya mendapat pendidikan agama
dari Pusat Pengajian Al-Quran, tempat dia belajar mengaji iaitu hanya cara
membaca Quran. Tanpa ada
bimbingan akidah dan dasar dasar keimanan yang kuat, maka Magdalena cenderung
untuk bergaul dengan rakan-rakan bukan Muslim. Persekitaran tempat dia
tinggalnya juga majoriti bukan Muslim.
Pada usia
remaja, Magdalena mula berani untuk pergi ke tempat ibadat agama lain dan tidak
dilarang oleh orang tuanya hingga akhirnya dia berfikir bahawa semua agama
adalah sama saja. Magdalena juga mempunyai kekasih yang bukan
Muslim. Selepas
menamatkan persekolahan, Magdalena memberanikan dirinya untuk berbicara dengan
orang tuanya agar mengizinkan dia untuk mengubah agamanya.
Ayah yang
dahulunya tidak memperdulikan aktiviti anaknya akhirnya terkejut dan tersentak
dengan pengakuan dari anaknya. Ayahnya menentang keras keinginan Magdalena untuk
menjadi murtad. Namun dengan bantuan teman lelaki, Magdalena berjaya melarikan
diri dari rumah dan menumpang di rumah teman lelaki tersebut.
Dari
situ, Magdalena berubah menjadi Murtad. Sebenarnya, dia belum mengerti betul
itu maksud keluar dari Islam. Semuanya dibutakan oleh cinta mendalam kepada
kekasih hati. Hari demi
hari dilalui Magdalena dalam masa pembelajarannya, yang akhirnya dia menerima
pinangan dari teman lelakinya dan perkahwinan tidak melalui perkahwinan agama pada
tahun 2006 yang lalu ketika Magdalena berusia 32 tahun.
Namun
masa berlalu dan akhirnya sedikit demi sedikit mulai terbukalah tabiat masing
masing dan keburukan yang selama berkahwin yang membuat Magdalena mula bertanya
apakah ini jodohnya? Lalu bagaimanakah dia yang sudah membawa Magdalena kepada
agama teman lelakinya. Dia bertanya pada dirinya, kenapa suaminya tidak
mengajar tentang agama itu lagi? kemanakah jemaah-jemaah agama suaminya yang
dulu sangat mengambil berat ketika mengetahui aku berpindah agama aku?
Sekarang,
sang suami sudah mula memukulnya, mabuk dan berani menyimpan perempuan. Iya,
kerana dalam agamanya yang dia anuti ini sifat buruk itu tidak dilarang,
sebagaimana Islam sangat menjaga dan menguruskan secara total kehidupan manusia
mulai dari bangun hingga tidur.
Di
sinilah awal Magdalena mula mengingat kembali apa yang pernah dia pelajari dari
kehidupan orang tuanya dulu. Hingga suatu hari suami Magdalena berkata akan
menceraikannya kerana dia sudah tidak cantik lagi di samping itu ada wanita
idaman lain yang memikat hati suaminya.
Bagai
jatuh ditimpa tangga, Magdalena kehilangan pegangan dalam hidupnya. Dia cuba
untuk mendatangi pemimpin agama yang dia anut ketika itu. Apa boleh buat, lebih
baik bercerai, fikirnya. Dia cuba pindah tempat ibadah demi mencari ketenangan
batin hingga akhirnya dia diusir dan harus mencari wang untuk cerainya
diselesaikan di mahkamah. Disebabkan rumah tempatnya tinggal selama ini adalah
milik suaminya, dia berfikir tidak ada hak untuk tinggal di sana.
Terjebak
dalam keadaan yang sangat kelam, Magdalena murung. Dia kerap mengunci diri
dalam bilik sewanya yang kecil, tidak mahu makan, dan enggan bersosial dengan
jiran yang lain.Sampai
suatu hari, jiran sebelahnya sedang mengaji, membaca ayat suci Al-Quran, lembut
dan perlahan dan Magdalena akhirnya cuba untuk mendengar, dan hatinya perlahan
lahan mula terasa kesejukan dari lantunan demi lantunan ayat suci Al-Quran yang
dibaca oleh rakan sebelah bilik sewanya tersebut.
Akhirnya
Magdalena memberanikan diri untuk berkenalan dan meminta rakan sebelah biliknya
tersebut untuk membacakan ayat tersebut diulang dan diulang, dan diulang pada
bahagian yang sama. Setiap
hari dia menunggu jiran sebelah biliknya tersebut pulang dari kerja dan diminta
untuk membacakan ayat yang sama dan dibaca semula hingga akhirnya Magdalena
boleh mengingatnya dan menirunya dan membaca sendiri,dan hafal.
Dia
merasakan kelegaan yang luar biasa, Tuhan telah mengangkat beban hidupnya dan
ini menjadi perkara baru dalam hidupnya. Sebuah kedamaian terhadap kegelapan
semasa dia meninggalkan Al-Quran, kelamnya dunia saat dia meninggalkan Islam
dan dirasakan Tuhan itu tetap ada dan terus menemaninya pada ketika tidak ada
seorang pun yang mempedulikan dia, iaitu Tuhan Allah Subhana Wa Ta'ala.
Magdalena
bertanya pada dirinya, apakah dia akan rindu jika tidak pergi ke tempat ibadah
agamanya sekarang dan tidak juga tidak lenyap sepenggal ayat Quran yang dia
sudah hafal. Dia cuba untuk satu minggu tidak ke tempat ibadah agama dia dan
juga tidak ayat Quran masih dihafal, tidak ada perkara aneh yang berlaku.
Hatinya biasa sahaja, dua minggu dia lakukan perkara yang sama.
Namun
sekarang ada kegelisahan tersendiri, hatinya selalu mengucap hafalan Quran yang
dia cuba untuk tidak diucapkan dalam dua minggu terakhir, sewaktu memasuki
akhir minggu ketiga, akhirnya dia tidak berasa rindu untuk ke tempat ibadahnya
yang sekarang ini.
Dia lebih
rindu dengan bacaan Quran yang dia hafal, yang akhirnya membuat dia membuka
komputer di internet, mencari bagaimana Islam, bagaimana menjadi seorang Islam
dan bagaimana hidup sebagai Muslimah. Segala kisah hitam itulah yang akhirnya
membawanya kepada Mualaf.com dan akhirnya menyertai sesi kaunseling dengan
chatting dan bertemu dengan pembimbing wanita mualaf.
(Sumber :
detikislam.blogspot.com)
Selalu ingin mengcopas segala ajaran2 dari Alkitab, maklum saja karena Alquran baru datang kurang lebih 600 tahun setelah jaman para nabi. Hayyyoooo... teruslah mengcopas agar ajaran Taurat dan Alkitab semakin benar !!! ^_^
ReplyDeleteBtw, keganjilan2 eksistensi Alquran salah satunya adalah : Kenapa Muhammad yang dipuja, padahal nama Isa Al Masih lebih banyak dinyatakan? dan Mengapa penyaliban Isa Al Masih harus dinyatakan dalam Alquran? sperti yang disebutkan sebelumnya, bahwasannya Alquran hadir 600 tahun setelah jaman para nabi ataupun proses penyaliban.
Pertama, Rasulullah SAW tidaklah dipuja-puja, dimanakah tepatnya didalam Alquran ada bukti yg Muhammad itu dipuja? Adakah kamu mengatakan Isa Al Masih patut dipuja juga sedangkan dia hanyalah hamba Tuhan? Kedua, Alquran merangkumi hampir semua peristiwa2 yg berlaku kepada para Rasul dan didalam agama islam dan kita percaya bahawa Isa Al Masih bukan disalib. Ironiknya, jika memang agama kristen agama yg benar, mengapa ada banyak versi alkitab/bible wujud didunia ini? Jadi, manakah alkitab yg asli? Sedangkan Alquran hanya satu seperti dalam ayat 32:2; 'Turunnya Alquran tidak ada keraguan didalamnya.' Disini saya hanya ingin membetulkan peryataan-peryataan yg menyimpang dari kebenaran. Peace out.
ReplyDelete