Assalamualaikum wbt.
Sebagaimana yang kita sedia maklum setiap kali apabila selesai pilihanraya, SPR akan mengumumkan pemenang pilihanraya tersebut samada BN atau PAKATAN.
Kita akan dapat mengagak apa pula yang akan diistiharkan oleh Pemenang Pilihanraya tersebut samada PAKATAN atau UMNO BN :
PAKATAN :
Benda pertama yang akan diistiharkan oleh Perdana Menteri PAKATAN RAKYAT sehari selepas kemenangan pilihanraya ke 13 ini ialah penurunan harga minyak petrol. Itulah yang diharapkan rakyat marhaen.
Kedua, PTPTN dihapuskan. PTPTN dihapuskan bukan bermaksud rakyat akan menanggung kos belajar sendiri. Tetapi pendidikan pengajian tinggi ditanggung oleh kerajaan. PR menjanjikan pendidikan percuma. Itulah yang diharapkan oleh pelajar-pelajar kita. Bukannya habis belajar tanggung hutang.
Klik untuk lebih besar. Sumber dari Kementerian. Boleh baca lagi KAT SINI |
Banyak lagi kebajikan yang akan dibuat oleh PAKATAN jika anda memilih PAKATAN termasuk penghapusan TOL, air percuma 20 meter padu, kenaikan RM500.00 gaji guru, elaun warga emas, ibu tunggal dan lain-lain lagi.
20 meterpadu air percuma oleh Kerajaan Selangor ini banyaknya |
DAN yang paling penting sekali kita akan melihat satu pemerintahan yang telus, amanah, dan berhemah dan mengutamakan kebajikan rakyat bukan untuk buncitkan perut sendiri, perut bini, kroni, tokeh, pak sedara, anak sedara atau gilfren. Itulah yang kita harapkan.
SEBALIKNYA JIKA BN memerintah :
Pengumunan pertama yang akan dibuat ialah harga petrol naik 10 sen. Seterusnya cukai baru yang dinamakan GST sebanyak 6% diperkenalkan (cukai makan ayam penyet kat Mydin pun sekarang kena cukai 10%). Tarif letrik, air dinaikkan kerana mengikut perjanjian konsesi. Sekarang bil air dah melambung di negeri di bawah BN. Tak percaya tanyalah rakyat Johor berapa bil air mereka sebulan dan bandingkan dengan negeri di bawah Pakatan. (Rakyat Johor tolonglah undi Pakatan kalau nak harga air murah)
Yang akan dibagi kepada rakyat adalah gula-gula BRIM -bantuan rakyat satu Malaysia iaitu 5 tahun sekali untuk memancing undi. Pastu dah menang siap ko.
Kita juga akan lihat tak habis-habis berita kes rasuah, penyelewengan wang rakyat, pembaziran wang rakyat dan lain-lain yang sepatutnya wang-wang tersebut di gunakan untuk meringankan beban rakyat.
Khir Toyo didapati bersalah oleh Mahkamah tapi sampai sekarang belum dihukum. Kenapa tak tutup muka ek. |
Skandal Puspahanas : Klik Sini untuk faham |
Sepatutnya tiada pilih kasih atau kemaafan di atas penyelewengan dana rakyat. Pesalah mesti dibicara dengan cepat dan dihukum tegas supaya rakyat tidak rugi dan terus rugi. Rakyat diberi RM500 tetapi Kroni sapu ratusan juta ringgit. Apa yang berlaku hingga sekarang skandal Puspahanas didiamkan, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tiada juga Pemimpin UMNO yang berani bersuara atau yang berani menegakkan kebenaran. BN sebenarnya tiada kesungguhan untuk menghapuskan rasuah dan penyelewengan. Itulah hakikat BN. Selagi boleh disorok di bawah karpet selagi itu disorok. Najib hanya minta maaf dan mohon mandat lagi untuk perintah. Nak baca senarai penyelewengan UMNOpun kita tak larat banyak sangat. (baca ni 75 penyelewengan Kerajaan UMNO KLIK KAT SINI kalau anda larat baca)
Percayalah Tuan-Tuan perkara yang sama tetap akan berlaku jika Tuan-Tuan masih juga memilih BN. Penyelewengan, salahguna kuasa, rasuah telah menajadi sebati dalam BN khususnya UMNO. Cara untuk menyedarkan UMNO dan BN ini ialah memberi mandat kepada PAKATAN pada PRU 13 ini. InsyaAllah anda akan tengok perubahannya. InsyaAllah Islam akan dimertabatkan semula. Islam is Justice. Justice for all.
JOM UBAH. JOM UNDI PAKATAN.
-unclemajid-
Tambah pendapatan sambil layari internet. Modal Hanya Rm20 dan anda diberi sisyem promosi automamatik 100% Dapatkan segera disini sekadar berkongsi peluang.
ReplyDelete