Monday 8 April 2013

BN PUN JANJI NAK TURUNKAN HARGA KERETA, IANYA REALISTIK KATA MUKHRIZ- PULAKDAH HARI TU KATA KALAU PR BUAT NEGARA BANKRAP



 

Janji kerajaan BN turun harga kereta realistik, kata Mukhriz

8 April 2013

Datuk Mukhriz Dr Mahathir
KUALA LUMPUR - Janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata, kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di sini semalam.

Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang  balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti. - Bernama
(Sumber : Sinar Harian)

Ulasan :

PULAKDAH. Dulu pada mula-mula Pakatan (Keadilan) istihar untuk turunkan harga kereta maka seluruh chief-chief Umno dan BN melalak melolong mengatakan mana boleh, nanti negara bankrap. Mana boleh nanti Proton bankrap. Mana boleh nanti Kedai Used Car gulung tikar. Alih-alih harini Dato Mukriz, Menteri Perdaganagn Antarbangsa, cakap boleh pulak turunkan harga kereta 20-30% sama pulak yang Pakatan cadangkan. 

Maka jelaslah di sini bahawa apa jua cadangan dan janji-janji Pakatan Rakyat adalah benar, realistik dan diakui oleh Barisan Nasional sehingga mereka pun terpaksa mencilok idea dan janji-janji Pakatan. Maknanya tuduhan negara akan Bankrap adalah palsu dan fithah BN semata-mata untuk menakutkan rakyat.

Mari kita tunggu apa komen dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Ismail Sabri. Dulu dia kata macam ni : 




Kesimpulannya apa jua janji manisfesto dalam Pakatan adalah realistik dan praktikal setelah dibuat kajian dan penyelidikan oleh pakar-pakar. Inya sama sekali tidak akan menbankrapkan negara. Janji Pakatan hanyalah untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Kalau tidak masakan BN nak tiru seperti menurunkan harga kereta ni. Dan momokan bahawa negara akan bankrap jika Pakatan mentadbir adalah pembohongan dan cerita karut UMNO untuk menakutkan rakyat.

Syabas Pakatan Rakyat.

ABU, ABCD, TOLAK UMNO TOLAK BN
INI KALILAH TUKAR



1 comment:

  1. saya fikir janji menurunkan harga kereta sangat tidak bijak kerana bencana yang lebih serius apabila jalanraya menjadi tersangat sesak...justeru itu USAH UBAH.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...