Saturday, 13 April 2013

JEBAT MAHU 'KEADILAN', RAKYAT PUN MAHU KEADILAN





Assalamualaikum wbt.

Kita kembali menghayati sejarah kesultanan Melaka kisah HangTuah dan Hang Jebat. Pada masa tersebut Raja yang berkuasa, memerintah dengan zalim dan kuku besi. Sama juga kalau kita bandingkan dengan pemerintahan Kerajaan BN hari ini (minyak petrol dan gas mahal, api air mahal, tol, gula beras naik harga dll). Pada masa zaman Sultan Melaka, Hang Tuah ini menjadi pegawai kerajaan yang mentaati Raja yang zalim ini secara membuta tuli sehinggakan diri dan keluarga sendiri teraniaya. Lalu Hang Jebat bangkit memberontak membela Hang Tuah dan rakyat jelata yang dizalimi dengan menumbangkan Sultan yang memerintah. 


Moral bagi kisah Hang Tuah-Hang Jebat ini ialah rakyat mahukan pemerintahan yang adil dan berkebajikan kepada rakyat. Rakyat mahukan pemerintah yang tidak berpoya-poya, bermewah-mewah, zalim dan memeras hidup rakyat. Jika ini berlaku maka rakyat akan bangkit dan memberontak untuk mendapatkan keadilan walaupun dengan kekerasan.


Samalah juga dengan Kerajaan UMNO BN hari ini.  Mereka telah melakukan banyak kezaliman ke atas rakyat Malaysia. Menteri-menterinya dan juak-juak UMNO melakukan banyak penyelewengan harta rakyat. Merompak harta rakyat untuk kemewahan hidup masing-masing. Dalam masa mereka hidup mewah rakyat pula hidup dalam menderita disebabkan gaji yang rendah, barang-barang makanan yang mahal, harga minyak yang tinggi, kos belajar anak-anak yang meningkat, hatta harga air dan api pun dinaikkan sewenang-wenangnya. Ini semua menyeksa kehidupan rakyat terutama di Kampung-kampung (jika Pakatan memerintah semua masalah ini akan diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan). 


Marilah kita menjadi Hang Jebat, marilah bangkit menuntut hak kita kembali. Marilah kita tumbangkan Kerajaan Korup dan Zalim UMNO-BN  melalui peti undi PRU 13 kali ini. Kita pilih dan bagi peluang Pakatan Rakyat memerintah untuk 5 tahun sahaja dan kita boleh tukar kembali BN jika terbukti Kerajaan Pakatan gagal memerintah dengan cemerlang. Jika negara yang maju seperti Amerika, Australia dan British boleh bertukar Kerajaan setiap 5-10 tahun melalui peti undi maka kenapa kita tidak boleh mencuba untuk menukar kerajaan. Ini kalilah tukar.Tukarlah jika anda ingin menjadikan Malaysia negara yang selamat dan makmur untuk kita sekarang dan untuk anak cucu kita pada masa akan datang.


UNDI PAKATAN TOLAK UMNOBN
INI KALILAH TUKAR


INILAH HARAPAN RAKYAT MALAYSIA

Sila baca juga kalau minat :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...