I LOOK ILOOK, I SEE
Saya
dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian.
Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara
langsung dengan tuhan.
Lantas
kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui
Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi
lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.
Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.
Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.
Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.
Mereka
membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan
cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya
cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.
Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.
Kemudian,
tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan
mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan
memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.
Saya
mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan
astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai
apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.
Titik Permulaan
Kemudian
satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem.
Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan
kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang
dirasakan kosong), aman dan tenang.
Dia
memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana.
Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang
ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai
sesuatu juga.
Apabila
saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan
segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di
dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan
berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang
benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan
agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.
Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.
Pada
tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun
menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu,
barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu
membawa ajaran yang sama.
Lantas,
mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman?
Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus
sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.
Penganut
Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak
Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.
Inilah
keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan
tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah
menciptakan segala-galanya.
Apabila
saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang
sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.
Saya
masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat
merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa
Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai
satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa
peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain
pula.
Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."
Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.
Melawat Jerusalem
Saya
melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di
Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang
menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya
seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab,
"Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang
berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.
Lantas,
pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat,
saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di
tangannya.
Saya
telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi
saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya
cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.
Sekarang
saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan,
tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.
Saya
tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini.
Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada
manusia yang sempurna di dunia ini.
Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.
Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!
Here’s a snip from the full piece:
I realized that everything belongs to God, that
slumber does not overtake Him. He created everything. At
this point I began to lose the pride in me, because
hereto I had thought the reason I was here was because of
my own greatness. But I realized that I did not create
myself, and the whole purpose of my being here was to
submit to the teaching that has been perfected by the
religion we know as Al-Islam. At this point I started
discovering my faith. I felt I was a Muslim. On reading
the Qur’an, I now realized that all the Prophets sent by
God brought the same message. Why then were the Jews and
Christians different? I know now how the Jews did not
accept Jesus as the Messiah and that they had changed His
Word. Even the Christians misunderstand God’s Word and
called Jesus the son of God. Everything made so much
sense. This is the beauty of the Qur’an; it asks you to
reflect and reason, and not to worship the sun or moon
but the One Who has created everything. The Qur’an asks
man to reflect upon the sun and moon and God’s creation
in general. Do you realize how different the sun is from
the moon? They are at varying distances from the earth,
yet appear the same size to us; at times one seems to
overlap the other.
Even when many of the astronauts go to space, they
see the insignificant size of the earth and vastness of
space. They become very religious, because they have seen
the Signs of Allah.
WILD WORLD
FIRST CUT IS THE DEEPEST
Posted on : Isnin, 24/12/2012 @ 8.26pm
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.