Kisah ini diceritakan daripada seorang
sahabat.
Saya ingin bercerita mengenai kisah
adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa
tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah
17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering
membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu
tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.
Bagi mengelakkan pergaulan yang
terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu
ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara
mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras,”Cuba
mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya
sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Aliya kat
sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang,
pegang-pegang tangan. Liya ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam
tu!”
Ibu hanya mampu mengeluh mendengar
kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam
Qiamullailnya.Terdengar lirik doanya ” Ya Allah, kenalkan Aliya dengan
hukum-Mu”.
Pada satu hari, ada jiran yang baru
pindah berhampiran rumah kami.Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak
yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak
dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu
Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta,
bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya
kepada saya, “Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta,bisu
dan tuli?”. Lalu saya menjawab sambil lewa, “Kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri”.
Rupa-rupanya adik mengambil serius
kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari
rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi. Entah
apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan
tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh. Lengan panjang pula tu. Saya
sendiri jadi bingung. Bingung bercampur syukur kepada Allah SWT kerana saya
melihat perubahan yang ajaib.
Ya, saya katakan ajaib kerana dia
berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya
yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu
arah. Saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia
suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri.
Tak ketinggalan tahajudnya, bacaan Qur’annya, solat sunatnya dan yang lebih
menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan.
Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya.
Tidak lama kemudian, saya mendapat
panggilan untuk bekerja di kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX.
Dua bulan setelah saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit
tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya tak
henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di beri kesembuhan, hanya itu
yang mampu saya usahakan. Ketika saya sampai di rumah, di depan pintu sudah
ramai orang. Hati berdebar-debar, tak dapat ditahan. Saya berlari masuk ke
dalam rumah. Saya lihat ibu menangis. Saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya. Dalam esak tangisnya ibu memberitahu, “Dhi, adik boleh mengucapkan
kalimat Syahadah di akhir hidupnya”. Air mata ini tak dapat ditahan lagi!!
Setelah selesai upacara pengkebumian
dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak
sebuah diari.Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai. Hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini – Perubahan yang terjadi ketika adik baru
pulang dari rumah Abu khoiri. Di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri
jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab
(saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)
Aliya: (Aku hairan,wajah wanita ini
cerah dan bersinar seperti bidadari) Mak cik, wajah mak cik sangat muda dan
cantik!
Isteri jiranku : Alhamdulillah.
Sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Aliya : Tapi, mak cik kan dah ada anak
enam. Tapi masih kelihatan cantik.
Isteri jiranku : Subhanallah!
Sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak.
Siapakah yang boleh menolaknya?
Aliya : Mak Cik, selama ini ibu saya
selalu menyuruh saya memakai tudung, tapi saya selalu menolak kerana saya rasa
tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya
tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak
pakai. Sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung. Pendapat mak cik
bagaimana?
Isteri jiranku : Aliya, sesungguhnya
Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut
hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
mahram kita semuanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti.
Tudung adalah salah satu perlindungan untuk wanita!
Aliya : Tapi yang saya tengok, banyak
wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.
Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain
, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.
Aliya : Apakah hakikat tudung?
Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan
mahram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang
sia-sia. Sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu
mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi
kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir
perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati
kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang
kamu pakai akan menyinari hati kamu. Itulah hakikat tudung.
Aliya : Mak cik, sekarang saya sudah
jelas tentang erti tudung. Mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam
mana saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai Aliya, bila
kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang
Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan ‘tudung’ hingga mencapai kesempurnaan
yang diinginkan Allah SWT. Duhai Aliya, ingatlah akan satu hari di mana seluruh
manusia akan dibangkitkan ketika ditiup sangkakala yang kedua.
Pada saat roh-roh manusia seperti
anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas,
yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika
tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak
tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga
dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan
barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan
pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga
tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk
manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta
ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan,ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis.
Menangis kerana hari itu Allah SWT
murka! Belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan
tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah
sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab. Duhai Aliya, bila
kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita
akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang
Maha Kuat , Yang Maha Agung, Allah SWT.
Sampai di sini sahaja kisah itu saya
baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata
yang jatuh dari pelupuk matanya. Subhanallah! Saya selak halaman berikutnya dan
saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
“buta ,tuli dan bisu.. wanita yang
tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya , wanita yang tidak pernah mahu
mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah
berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia”
Tak tahan airmata ini pun jatuh.
Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya. Amin.
Subhanallah! Saya harap cerita ini
boleh menjadi iktibar bagi kita semua. Wassalam.
(SUMBER:www.myinfo101.com)
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.
ReplyDeletepengkhususan Syarikat.
1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.