Tuesday 8 January 2013

SKANDAL PUSPAHANAS-RAFIZI KATA BAYARAN RM160JUTA ADALAH RASUAH

 

Rafizi bidas LTAT, dakwa bayar dua kali ganda dari asal


PETALING JAYA, 7 Jan — Boustead Holdings Bhd dibidas oleh pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) hari ini walaupun kenyataan pengerusinya Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata ia adalah tindakan korporat berdasarkan pertimbangan komersil.

Rafizi mendakwa jumlah yang dibayar kepada Awan Megah Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Ketua Wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah, adalah dua kali ganda dari penilaian asal projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).
“Kami mengatakan bahawa RM160 juta itu hanya sebagai sogokan, tidak ada nilai komersil di situ,” kata Rafizi dalam sidang media di sini.
Beliau menerangkan perjanjian penswastaan Puspahanas bertarikh 17 Julai, 2009 yang menunjukkan Awan Megah diperlukan untuk menyediakan bon tanah bernilai RM72.5 juta sebagai jaminan.
Bon tanah, atau selalunya dipanggil “bon pencapaian”, adalah sama seperti jumlah kewangan yang syarikat komited untuk sesebuah projek, dan bergantung kepada pencapaian.
Menurut Rafizi, bon yang diperlukan iaitu RM72.5 juta adalah sebab mengapa Awan Megah bertemu dengan ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishan yang memiliki Astacanggih Sdn Bhd, dan syarikat pembuatan plastik GuppyUnip Sdn Bhd selepas itu.
Pada Jumaat lalu, Rafizi mendakwa Awan Megah tidak mempunyai rekod dalam pembinaan dan mempunyai rekod kewangan yang teruk, dengan mempunyai RM6,180 sebagai aset.
Beliau menambah berdasarkan kenyataan kewangan yang difailkan Awan Megah kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan aktiviti terakhirnya ialah pada 31 Disember, 1993, 12 tahun sebelum kontrak Puspahanas.
Pinjaman kredit oleh United Overseas Bank (UOB) dianugerahkan pada GuppyUnip pada 21 Julai, 2010 yang akan memberi modal kepada Awan Megah bernilai RM59.25 juta, dan premium untuk pemindahan hak milik tanah dari kerajaan negeri Selangor, serta kos persediaan dalam pembangunan.
Dalam hari yang sama minggu lalu, Boustead mempertahankan pembelian 80 peratus saham Astacanggih bernilai RM30 juta dan tanah Bukit Raja dari Awan Megah bernilai RM130 juta, dengan berkata ia membawa keuntungan sebanyak 25 peratus.
Boustead juga menerangkan perjanjian ini bukan terbaru, tetapi sejak tahun 2005.
Kenyataan Boustead muncul pada hari yang sama selepas tabung pelaburan kerajaan pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Mohd Anwar mengatakan perjanjian tersebut disasarkan untuk mengembangkan pemilikan tanah Boustead dan dapat menjana keuntungan jangka panjang kepada syarikat.
Mohd Anwar menegaskan LTAT tidak terlibat dalam perjanjian ini walaupun memiliki saham Boustead sebanyak 60 peratus.
Rafizi masih tegas dengan pendiriannya — mengatakan bahawa ini adalah “rasuah” — dan bukti bahawa kerajaan cuba untuk mendiamkan Deepak dari mendedahkan skandal melibatkan ahli politik yang berhubung dengannya pada masa lalu.

(MALAYSIAN INSIDER)

Sila baca juga :
Puspahanas-Skandal Terbaru Umno
* Jutawan Kontroversi- Deepak Jaikishan

posted : Selasa, 08/01/2013@3.00pm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...