Friday, 18 January 2013

JOM MELABUR DI SAHAM AKHIRAT-MADRASAH MAQIB

Bangunan Wakaf Madrasah




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.[1

Hadis ini termasuk di bawah makna ayat 39 surah al-Najm, iaitu bagi menegaskan bahawa manusia mesti berusaha untuk dirinya. Hadis ini juga sebagai perincian kepada ayat tersebut supaya manusia melakukan amalan yang pahalanya tidak terputus selepas meninggal dunia. Rasulullah s.a.w. menunjukkan tiga bentuk amalan yang menjamin pahala yang terus menerus diperolehi walaupun setelah meninggal dunia. Tiga perkara ini adalah amalan seseorang itu sendiri bukan amalan orang lain. Pada asalnya apabila seseorang itu meninggal dunia, catatan amalan ditutup kecuali tiga perkara ini sahaja yang pernah dilakukannya semasa masih lagi hidup. Walaupun orang lain yang beramal dia turut sama memperolehi ganjaran pahala. Ini kerana, dia mempunyai peranan dalam amalan yang dilakukan oleh orang lain.

ASSALAMUALAIKUM WBT.

PADA TUAN-TUAN, PUAN-PUAN, ABANG ADIK, PAKCIK MAKCIK, TUN, TAN SRI, DATO SERI, DATO'-DATO'  DAN SEKALIAN PARA PEMBACA,

Madrasah AlQuran Ilmiah Bistari (MAQIB) seperti di atas baru ditubuh iaitu kira -kira dalam 3 bulan yang lepas. Ianya di asaskan oleh seorang pemuda yang Hafiz berasal dari Melaka iaitu Ust Muhammad Sybli Bin Hj Mohd Tap. Tanah dan Bangunan Madrasah pula diwakafkan oleh seorang anak muda tempatan iaitu En Lokman Bin Yayah. 

Pada masa sekarang ianya mempunyai lebih kurang 50 orang pelajar kebanyakannya kanak-kanak. Seramai 8 orang menjadi pelajar sepenuh masa dan bakinya belajar secara separuh masa iaitu disebelah petang selepas bersekolah kebangsaan dan bagi yang bersekolah kebangsaan petang, belajar di madrasah sebelah pagi. Dengan belajar separuh masa sahaja seorang adik bernama Siti di dalam darjah 3 sekolah kebangsaan sudah berjaya menghafaz surah yasin.

Madrasah ini pada masa sekarang menawarkan pengajian hafazan sepenuh masa dan separuh masa, pengajian tajwid, pengajian bahasa arab dan pengajian fardu ain. Pada masa sekarang ianya menampung 8 orang anak-anak  yatim dan kemasukan pelajar dijangka semakin bertambah.

Apa yang paling istimewa pada Madrasah ini dan berbeza dengan madrasah-madrasah lain ialah pengajian dan kemasukan pelajar adalah PERCUMA. Ianya di bawah tanggunjawab pihak pengurusan untuk mendapatkan dana dan sumbangan. Di atas keyakinan Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani yang memberi rezeki dan Allah akan membantu hamba-hambaNya yang berjuang menegak Agama Allah maka tertubuhlah Madrasah Maqib yang serba kekurangan ini.

Visi Madrasah Maqib ialah untuk melahirkan seberapa ramai yang boleh golongan insan yang hafiz dan hafizah dalam segenap bidang seperti arkitek hafiz, peguam hafiz, jurutera hafiz, doktor hafiz, guru hafiz, pegawai kerajaan hafiz, kontraktor hafiz, pegawai bank hafiz, peniaga hafiz, usahawan hafiz, wakil rakyat hafiz, menteri hafiz dan sebagainya. 

Oleh yang demikian pihak pengurusan Madrasah Maqib dengan rendah diri memohon sumbangan kawan-kawan. rakan-rakan, Dato'-Dato' dan para Muslimin sekalian untuk menghulur bantuan atau sumbangan sekadar yang mampu dan ikhlas demi menjayakan misi dan visi yang amat mulia ini.

Sumbangan boleh dihulurkan melalui bank in ke : 


Atau terus hubungi Pengurusan Madrasah :

Sdr Lokman : 016 6276004


Alamat Madrasah :
N0 45-2 Kampung Kelantan, Jalan Teratai 7,
Off Taman Teratai, 84000 Muar, Johor. 



Maqib memerlukan sumbangan lebih kurang RM100,000.00 untuk membeli keperluan asas madrasah seperti  AlQuran , sejadah, komputer, karpet, kipas siling, mesin basuh,rak buku, pakaian pengajian anak yatim, tilam, bantal, cadar, set riadah, peralatan memasak, kos membaik pulih bangunan dan lain-lain lagi.

Segala sumbangan dalam apa jua bentuk amat-amat dialukan dan bagi pihak Madrasah Maqib mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakaAllahu hairan kasiran.  











-unclemajid-

posted : Jumaat, 18/01/2013@9.41am





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...