Wednesday, 9 January 2013

AWAS PERANGKAP PENIPUAN DI PASARAYA BESAR





Awas Perangkap Penipuan di Pasaraya Besar.

Semalam saya singgah membeli barang keperluan di salah sebuah pasaraya besar di Kulai, Johor.
Saya tertarik dengan harga susu pekat manis jenama pasaraya berkenaan (sekarang ada barang yang guna nama jenama pararaya masing-masing). Harga satu tin susu RM 1.79 manakala di sebelahnya ada 6 tin susu yang yang sama dalam paket plastik meletakkan harga RM 9.99. Sebelum beli, saya kira 9.99 bahagi 6 bermakna RM 1.665 setin, saya fikir harganya murah.

Jadi saya ambil susu  bersalut plastik jernih yang saya kira harganya 9.99 saya ambil 3, bermakna saya dapat 18 tin susu. Saya mencongak anggaran yang saya perlu bayar adalah RM 30, tidak lebih dari itu. Selepas itu saya juga beli barang lain seperti minyak masak, gula, meehon dan sebagainya.

Waktu bayar, saya lihat harganya yang keluar bagi susu adalah RM 10.99 kali 3, jadi RM 32.97. Saya hairan kenapa lebih hampir RM 3. Saya bantah dan beritau juruwang,  harga yang saya lihat adalah RM 9.99, bukan 10.99. Kemudian datang seorang pekerja menjelaskan, harga RM 9.99 adalah harga setin-setin kali 6 tin, kalau yang sudah dalam salut plastik yang ada 6 tin, harganya RM 10.99. Bermakna kalau saya ambil yang tidak disalut sebanyak 18, baru saya dapat harga itu. Saya tak puashati dengan penjelasan itu dan saya kata saya akan buat bantahan kepada pihak berkuasa.
Kemudian dia terus menenangkan saya dengan mengambil sendiri 18 tin susu yang tidak bersalut dengan harga RM 9.99 kali 3. Dia sendiri yang angkat dengan troli untuk memujuk saya, ok saya setuju.
Persoalannya di sini, kenapa perlu letak harga RM 9.99 (betul-betul letak atas 6 tin susu yang bersalut plastik) kalau harga sebenar RM 10.99. Kedua, kenapa harga kalau beli satu tin susu lebih murah berbanding beli 6 tin. Kalau begitu lebih baik beli sikit, ingatkan beli satu paket lebih murah. Ketiga, takkanlah harga plastik jernih untuk menyalut 6 tin susu sampai RM 1, itu bukan mahal sangat, boleh dikoyakkan dengan tangan sahaja.

Saya tak tahu berapa ramai orang yang sudah tertipu dengan taktik ini kalau tidak lihat satu persatu harga waktu membayar. Dalam sehari, berapa ringgitkah hasil muslihat itu. Saya hampir terpedaya. Saya beli hingga 18 tin susu bertujuan untuk berjimat, mungkin sampai 1-2 bulan untuk buat teh tarik, tapi saya hampir tertipu.

Inilah dia sebahagian taktik pasaraya besar, pasaraya ini ada rangkaian seluruh dunia, pengusahanya orang luar. Sebelum ini di  sebuah pasaraya besar lain di Johor Bahru, saya tertarik dengan harga minuman Rebina RM 9.90, tapi masa nak bayar, saya terus beli 3 botol. Tapi masa bayar, keluar harga 12.90 beza 3 ringgit, kalau 3 botol sudah 9 ringgit. Bila saya bantah, dia kata itu harga semalam, hari ini sudah harga lain dan dia belum sempat tukar harga.

Untuk tenangkan saya, dia kasi juga harga RM 9.90, saya setuju. Persoalannya, sudah berapa ramai yang terpedaya, bukan semua orang perhatikan mesin waktu buat pembayaran. Lagi pun, kalau beli banyak barang, bukannya boleh ingat semua harga. AWAS, JANGAN TERPEDAYA

-dari Blog kadikluang.com

p.s : Adakala juga cashier terkira satu item dua kali jadi harga menjadi dua kali ganda. Samada dia sengaja atau tidak waAllahua’lam. Oleh itu sila double check list barang-barang yang anda beli, tengok setiap item yang di scan harga terutama yang membeli barang-barang satu troli.

posted : Rabu, 09/01/2013@11.06am

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...