Sunday, 27 April 2014

PROJEK IC YANG GAGAL?





MyKad: Pesara tentera, rakan didakwa cubaan menipu

17 April 2014

KUALA LUMPUR - Seorang pesara tentera dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki berhubung pengeluaran kad pengenalan Malaysia (Mykad) tahun lepas.
 
Abdul Wahab Yusuf, 59, dan Budi Harto M Yusof, 45, seorang pemastautin tetap, didakwa secara bersama cuba menipu Mohammad Rozli Yusuf, 46, untuk mempercayai bahawa mereka boleh mendapatkan Mykad bagi warga Indonesia bernama 'Memek' dan 'Yono' melalui Persatuan Amal Kebajikan Bajau Sabah (Pakbis), sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Mykad.

Perbuatan itu mendorong Mohammad Rozli memberi wang tunai RM5,000 sebagai wang pendahuluan untuk mendapatkan Mykad itu.

Abdul Wahab juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cuba menipu Mohammad Rozli bagi mendapatkan Mykad untuk warga Indonesia bernama 'Roni' melalui Pakbis sehingga mendorong Mohammad Rozli memberi wang pendahuluan RM2,500.

Budi Harto, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan cuba menipu Mohammad Rozli bagi mendapatkan Mykad warga Indonesia 'Aminah' dan 'Abbas' melalui Pakbis sehingga mendorong lelaki itu memberi wang pendahuluan RM1,200 kepadanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di K Residence, Avenue K, Jalan Ampang dan di Hotel Putra Muda, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini antara 2.35 petang, 22 Januari 2013 dan 7 malam, 14 Mac 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan Abdul Wahab dikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan manakala Budi Harto dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Nur Lokman Samingan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.  - Bernama


Note : Adakah ini salah satu projek IC yang orang dok heboh tapi gagal. Kenalah siasat sendiri pakcik taknak tuduh siapa2. Tapi kenapa gagal ekk.  Putugas PR kenalah followup kes ni .

Flashback citer projek IC ni : Kat Sini











KLIK GAMBAR UNTUK LAGI BESAR



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...