Saturday, 4 May 2013

WAJIB BACA : KHUSUS PENGUNDI ATAS PAGAR



Hikayat Pasar Raya A & B buat pengundi atas pagar

Ramai yang sudah pun memutuskan undi mereka akan diberikan kepada siapa. Hanya segelintir lagi yang masih belum berbuat demikian, dan di tangan andalah terletak masa depan kita semua.
Ketika mempertimbangkan pilihan kita, izinkan saya bandingkan situasi yang kita hadapi dengan menggunakan perumpamaan Pasar Raya A dan Pasar Raya B.

Apabila hanya ada Pasar Raya A di kawasan kita, adakah ia mempunyai motivasi untuk rendahkan harga atau memberi perkhidmatan yang baik?
Sekiranya kita tiada pilihan dan selalu terpaksa pergi ke Pasar Raya A , pemiliknya boleh bertindak sesuka hati, dari segi penentuan harga barang dan cara pelanggan dilayan.

Pelanggan yang tiada pilihan adalah pelanggan yang tiada kuasa.

Semakin lama Pasar Raya A sahaja yang dibenarkan menjual barang di kawasan kita, semakin buruklah layanan mereka terhadap kita, para pelanggan. Akan tetapi, sekiranya Pasar Raya B membuka pintu di kawasan yang sama, situasi akan jauh berbeza.

Pada peringkat awal, mungkin pelanggan segan untuk mencuba benda yang baru. Tetapi, sekiranya semakin ramai pelanggan pergi ke Pasar Raya B, Pasar Raya A pasti akan terasa.

Sekarang, Pasar Raya A tidak boleh lagi bertindak sesuka hati, kerana pelanggan yang tidak puas hati dengan senangnya boleh sahaja pergi ke Pasar Raya B untuk mendapatkan barang keperluan mereka.

Selagi ada lebih daripada satu pilihan, kedua-dua Pasar Raya A dan Pasar Raya B akan selalu bersaing antara sendiri untuk merendahkan harga, melayan pelanggan dengan lebih baik, memberi tawaran serta ganjaran yang lebih menarik, dan sebagainya.

Mana-mana pihak yang gagal berbuat sedemikian sudah tentu akan kehilangan semua pelanggan mereka.

Dalam sejarah Malaysia, kita hanya pernah ada "Pasar Raya A". Walaupun mungkin baik pada awalnya, jiwanya sudah semakin tercemar akibat terlalu lama menikmati monopoli kuasa.

Pada saat bersejarah ini, bakal muncullah pesaing yang baru.

Sekiranya Pasar Raya A dipilih dan kita menolak permohonan Pasar Raya B untuk membuka kedai mereka, apa yang akan Pasar Raya A faham adalah: kita boleh buat sesuka hati, rakyat akan tetap pilih kita.

Sekiranya Pasar Raya B dipilih, apa yang Pasar Raya B akan faham adalah: rakyat telah beri satu peluang pertama ini kepada kami. Jika kami gagal, sudah pasti mereka tidak akan pilih kami lagi.

Rakyat yang tiada pilihan adalah rakyat yang tiada kuasa.

Pasar Raya B ini bukanlah sempurna, dan pemimpinnya bukanlah semua alim dan berintegriti.

Bagaimanapun, mereka telah membuktikan diri dalam pengurusan beberapa negeri yang telah mula nampak ada pembaharuan dan pembaikan.

Semakin banyak diberi balik kepada rakyat untuk memenangi hati dan minda, dan persaingan antara Pasar Raya A dan Pasar Raya B semakin sengit. Hasilnya, rakyat yang untung.

Siapa pun yang kita pilih, kita mesti selalu mengingatkan Pasar Raya B mahupun Pasar Raya A:

"Kuasa di tangan rakyat - siapa yang kami angkat, kami boleh turunkan kembali, sepertimana yang kami turunkan kali ini. Sempurnakanlah amanah dan peluang yang diberikan, atau sediakanlah diri untuk dipecat lagi."

Demi anak cucu kita, kita mesti sedia dan berani mengambil kesempatan ini untuk mematangkan demokrasi Malaysia, dan mengembalikan negara kita ke tangan rakyat.

P.s :

10 SEBAB UTAMA KITA WAJIB UNDI PAKATAN RAKYAT :

1) PAKATAN MENJANJIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DARI SEKOLAH RENDAH HINGGA KE UNIVERSITI -MERINGANKAN BEBANAN RAKYAT TERUTAMA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

2) PAKATAN MENJANJIKAN  PENURUNAN HARGA MINYAK - DENGAN TURUN HARGA MINYAK LAIN-LAIN KEPERLUAN ASAS INSYAALLAH AKAN STABIL KALAUPUN TAK TURUN HARGA.

3) PAKATAN MENJANJIKAN TOL PERCUMA- BETAPA BAYARAN TOL INI MENZALIMI RAKYAT YANG SUSAH DAN MISKIN. SYABAS PAKATAN

4) PAKATAN MENJANJIKAN TURUN HARGA KERETA - INI BERMAKNA DENGAN HARGA KERETA MURAH MAKA ANSURAN NYA MURAH- RAKYAT DAPAT MENYIMPAN BANYAK UNTUK MASA DEPAN.HARGA KERETA SERENDAH RM25,000.00.

5) PAKATAN MENJANJIKAN PTPTN DIHAPUSKAN - BERITA SANGAT BAIK BUAT PELAJAR KOLEJ/UNIVERSITI KITA. ALHAMDULILLAH LEPAS BELAJAR TAKLAH MENANGGUNG HUTANG.  YURAN PENGAJIAN DITANGGUNG OLEH KERAJAAN. PELAJAR KOLEJ/UNIVERSITI JUGA AKAN MENDAPAT ELAUN SARA HIDUP.

6) PAKATAN MENJANJIKAN WIFI PERCUMA - ANAK-ANAK KITA DAPAT MENGGUNAKAN INTERNET DIRUMAH.PERCUMA. SELAMA INI SYARIKAT PENGGENDALI INTERNET KRONI BN SANGAT MENCEKIK DARAH RAKYAT DENGAN CAS INTERNET YANG MAHAL.SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT KITA PADA MASA INI TIDAK MAMPU MELAYARI INTERNET.

7) PAKATAN MENJANJIKAN HARGA TARIF AIR DAN LETRIK LEBIH MURAH DAN MESRA RAKYAT. INI DAH DIBUKTIKAN DENGAN KERAJAAN PAKATAN SELANGOR MEMBERI AIR PERCUMA 20METER PADU PERTAMA. MANAKALA HARGA AIR DI JOHOR PALING MAHAL DI MALAYSIA.

8) PAKATAN MENJANJIKAN GAJI MINIMA RM1100 -KURANG HUTANG LEBIH PENDAPATAN. SETIAP PEKERJA BERHAK DI BAYAR GAJI YANG BERPADANAN DENGAN KOS SARA HIDUP SEMASA DAN TIDAK HIDUP DALAM KEMISKINAN.

9) PAKATAN MENJANJIKAN KHAS BUAT WANITA, CARUMAN RM600 SETAHUN UNTUK SIMPANAN HARI TUA. 

10)  PAKATAN MENJANJIKAN PROGRAM KHAS MEMBERI SEJUTA PELUANG KERJA RAKYAT TEMPATAN DALAM SEKTOR PEMBINAAN, PERLADANGAN DAN PERKHIDMATAN DAN AKAN MENGURANGKAN SEJUTA PEKERJA ASING SECARA BERPERINGKAT.

TIDAK MENJADI APA-APA MUDARAT KALAU KITA MEMBERI PELUANG UNTUK PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH UNTUK 5 TAHUN INI. JIKA TERBUKTI GAGAL KITA BOLEH UBAH SEMULA PADA PRU14. PADAHAL KITA TELAH MEMBERI BARISAN NASIONAL 55 TAHUN MEMERINTAH  NAMUN YANG NYATA HASILNYA SEKARANG NEGARA BERHUTANG 500BILLION. JANGANLAH KITA MENGADAIKAN HARAPAN RAKYAT DAN ANAK CUCU KITA DENGAN MEMBERI SEKALI LAGI MANDAT KEPADA BN. HENTIKAN KEROSAKAN YANG TELAH DIBUAT OLEH BN. PILIHAN DITANGAN ANDA.

BANYAK LAGI KELEBIHAN JANJI PAKATAN RAKYAT YANG DIJANJIKAN DI DALAM MANISFESTO PAKATAN RAKYAT. BN PULA HANYA MENJANJIKAN YANG SAMA DAN  TAK NAMPAK APA-APA JANJI PUN YANG MENARIK PADA   RAKYAT SELAIN GULA-GULA BRIM.. TEPUK DADA TANYA IMAN. INI KALILAH TUKAR.


SELAMAT MENGUNDI .SEMUGA PAKATAN MENANG DALAM PILIHANRAYA KALI INI. INSYAALLAH.


-uncle majid -

1 comment:

  1. LEONARDO DORA | Halo, Adakah anda sedang mencari Kewangan / Pemberi Pinjaman yang sah dan dipercayai? Adakah anda memerlukan pinjaman? Adakah anda memerlukan bantuan kewangan segera? Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman modal untuk meningkatkan perniagaan anda? Kami menawarkan semua jenis pinjaman pada kadar faedah 2% kepada individu, syarikat dan syarikat dalam terma dan syarat yang jelas dan difahami. Kami menyalurkan apa-apa jumlah pinjaman ke mana-mana destinasi jadi hubungi kami hari ini untuk mendapatkan pinjaman segera hari ini. Hantar kami e-mel kepada: (leonardodorafinance@gmail.com)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...