28/07/2010 — hidupdidunia
Buku
ni aku dah beli lama dulu, rasanya tahun 2009 kot. Aku baca beberapa perenggan
yang menarik perhatian aku. Buku ni membincangkan tentang macam mana untuk jadi
kaya. Antara yang menarik ialah;
Tujuh
Ubat untuk Merawat Dompet yang Nipis
1.
Mula menggemukkan dompet: Simpan 10%
daripada pendapatan kita. Contohlah, gaji RM2,000, jadi simpanlah RM200. Simpan
dulu RM200 ni, kemudian barulah bayar hutang-hutang yang lain. Aku rasa ajaran
ini dipraktikkan di negara kita melalui potongan EPF (KWSP) yang mana sekarang
ni kita bayar 11%. (Majikan bayar 12%).
2.
Control perbelanjaan kita: Bezakan
antara keperluan dan keinginan. Contohnya, kereta Honda Accord 2.0 dengan
kereta Honda City 1.5, kalau kita beli Accord, ini maknanya keinginan. Tapi,
kita fikir untuk control belanja kita, maka kita dengan penuh azam untuk jadi
kaya, belilah City, yang mana harganya beza dalam RM60 ribu.
3.
Gandakan simpanan kita: Duit 10% yang
kita simpan tu, kita laburkan ke arah yang boleh memberikan pulangan. Contoh
untuk orang Melayu ni, kita ada ASB (Amanah Saham Berhad). Duit yang kita
simpan tu akan bekerja untuk kita. Tiap-tiap tahun ia akan berganda sebanyak
lebih kurang 8%. Kalau kita simpan RM10,000, selepas setahun ia akan jadi
RM10,800. RM800 ni dah jadi anak, anak ini pula akan berkerja untuk kita.
Selepas setahun lagi, anak RM800 ni akan lahirkan cucu yang namanya RM160
sambil kita akan dapat anak kedua yang namanya RM800 the second!
4.
Lindungi duit kita dari diambil orang:
Teruk-teruk kita simpan, dalam sekelip mata boleh diambil orang. Katanya,
jangan melabur membabi buta. Islam ada mengajar yang mana pelaburan yang memberikan
pendapatan tetap adalah Haram. Sekarang ni banyak yang offer pendapatan tetap,
biasanya ni semua menipu duit kita. Satu lagi skim-skim piramid, jenis yang
cari-cari orang ni. Ada yang kata kita labur sejumlah wang, pakej diamond lah,
pakej platinum lah, kemudian tunggu je duit masuk berkepuk-kepuk tanpa perlu
buat apa-apa. Biasanya, yang ni pun menipu. Kalau tak perlu cari orang, kenapa
orang tu cari kita?
5.
Jadikan rumah kita sebagai satu pelaburan yang menguntungkan: Beli rumah sendiri dan jaga rumah tu bebaik. Kat Malaysia
sekarang ni, mengikut kawasan, harga rumah akan naik berganda-ganda. Lagipun
kalau kita terus menerus menyewa, duit sewa akan jadi belanja. Tapi kalau kita
beli rumah, duit sewa akan dinamakan duit pelaburan.
6.
Pastikan pendapatan kita terjamin untuk masa depan: Makin lama, kos kehidupan kita makin meningkat. Masa aku
umur 10 tahun, iaitu 23 tahun dulu, roti canai sekeping 30 sen aje. Sekarang ni
dah jadi RM1.00. Maknanya, kos akan meningkat lebih kurang sekali ganda setiap
10 tahun. Jadi kalau umur aku masuk 60 nanti, roti canai akan jadi RM3.00!
Bahaya! Jadi kenalah aku start kira-kira macam mana untuk tingkatkan income
masa depan. Kata buku ni, belilah tanah, rumah, buat rumah ni rumah sewa, tanah
tadi tanamlah pokok yang memberikan hasil seperti pokok getah.
7.
Tingkatkan kemampuan kita untuk jana pendapatan: Yang ni benar-benar berlaku pada aku. Sepanjang aku bekerja
untuk 6 syarikat sekarang selama 12 tahun, aku berjaya meningkatkan pendapatan
aku dari RM1,600 kepada RM7,300. Semuanya adalah kerana aku suka belajar benda
baru. Tiap-tiap syarikat yang aku masuk, aku akan mintak diaorang hantar aku
pergi kursus. Statistiklah, teknik productionlah, management skills lah dan
macam-macam lagi. Yang bestnya, benda ni free. Selain itu aku ambil lesen-lesen
yang orang lain tak ambil port atau susah nak lulus. Contohnya, lesen RPO
(Radiation Protection Officer) yang dikeluarkan oleh AELB (Atomic Energy
Licensing Body). Masa aku ambil periksa ni, 100 orang ambil, 20 orang je yang lulus.
Namun, ilmu hanya akan naikkan kita 10%, sikap kita 90% akan mengubah nasib
kita!
Banyak
lagi perenggan-perenggan yang memberikan kita banyak maklumat. Jadi kalau nak
beli, buku ni harganya RM29.50 di MPH. Kalau kat MPH, carilah kat bahagian
Personal Finance. Kalau tak jumpa, tanya kat penjaga kedai tu.
Kat
belakang buku tu macam ni summarynya;
“Beloved
by millions, this timeless classic holds the key to all you desire and
everything you wish to accomplish. This is the book that reveals the secret to
personal wealth. The
success secrets of the ancients-an assured road to happiness and prosperity.
Countless
readers have been helped by the famous “Babylonian parables.” hailed as the
greatest of all inspirational works on the subject of thrift, financial
planning, and personal wealth. In language as simple as that, these fascinating and informative stories set you on a sure path to
prosperity and its accompanying joys. Acclaimed as a modern-day classic, this celebrated
bestseller offers and understanding of – and a solution to – your personal
financial problems that will guide you through a lifetime. This is the book
that holds the secrets to acquiring money, keeping money, and making money earn
more money”
Sumber : hidupdidunia.wordpress.com
p.s _Tak lama lagi Pakcik Kayo!!
good info
ReplyDeleteGet daily suggestions and instructions for earning $1,000s per day FROM HOME totally FREE.
ReplyDeleteSUBSCRIBE NOW