Wednesday 5 March 2014

DR MAHATHIR DAN ANWAR IBARAT FIRAUN DAN NABI MUSA





Penderitaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kekejaman Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana, kata bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Razali Nawawi.
Bekas presiden Abim yang pertama itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq.
"Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat kepada Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq.
"Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya," katanya sewaktu berkempen di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.
Anwar pada 1998 dipecat sebagai timbalan perdana menteri selepas dikatakan terlibat dalam kes liwat membabitkan Azizan Abu Bakar, Sukma Darmawan dan beberapa individu lain.
Pada 2008, Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan Anwar mendakwa diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu dan pada 7 Ogos tahun sama, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bagaimanapun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes tersebut.
Dr Razali berkata berulang kali mengingatkan kepada Anwar agar berhati-hati dengan permainan politik Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Saya kenal dia sejak 1969 dan sejak itu kami berkawan di dalam Abim. Saya presiden dan dia setiausaha agung.
"Saya ingatkan kepada Anwar berhati-hati dengan Dr Mahathir dan Daim ini tetapi dia kata dia boleh uruskannya," katanya.
Dr Razali berkata banyak pemimpin dunia hari ini mengalu-alukan kepimpinan Anwar dan berasa senang untuk berunding dengan ketua umum PKR itu.
"Saya pernah bertemu dengan timbalan presiden Sudan dan beliau berkata selagi Dr Mahathir hidup, Anwar akan susah," katanya yang selesa berjubah dan berkain serban putih di kepala. -TMI

Note : Bila kita dah baca citer ni, jangan terus percaya dan jangan terus menolak. Kita ada otak fikirkan, nilaikan dan ambil iktibar. Mungkin betul mungkin tidak tapi bagi pakcik macam betul aje.. WaAllahu'alam. 

Kenapa ek Tun dan Daim amat membenci DS Anwar dan takut sangat Anwar jadi PM?? Takut biasanya kerana salah atau takut Anwar bongkar rahsia Tun dan Daim. Daim dalam Diam ada berbillion duit kat oversea. Ada banyak Bank lagi kat Afrika wow kaya tu. Bagi Tun pulak kan DS Anwar dah memaafkan Tun lama dah. Dan yang paling kelakar baru-baru ni Tun cakap undi Anwar makna undi Amerika. Kah kah kah... malulah statement macam ni keluar dari bekas PM kita.

Sekarang ni kecoh pulak Anwar nak join UMNO semula dan team-up dgn Najib. Anwar nak jadi TPM dan Menteri Kewangan (ni yang Zaid Ibrahim tulis kat blog dia). Tujuannya nak blok pakatan Tun dan Mahyudin (TPM) nak jatuhkan Najib. Kalau ini terjadi maka dunia politik kat Malaysia ni akan semakin meriah. Jangan rakyat jadi mangsa sudahlah. Jangan Malaysia jadi huru hara sudahlah. Tapi rasanya tak mungkin DS Anwar(PKR) nak join UMNO balik pulak.

Apapun terjadi kita tunggu dan lihat. Sebagai rakyat kita mahu kepimpinan yang terbaik, telus, bijak dan yang paling utama bebas rasuah. Penerapan nilai Islam dalam pentadbiran hendaklah diutamakan. Rasanya PAS sahaja yang mampu buat seperti terbukti di Kelantan.

2 comments:

  1. mahdey adalah freemason sebb itu perintah lama sebb ikut telunjuk yahudi. walaupun cuba berlakun anti yahudi tp selamat sejahtera tanpa dijatuhkan. sebb yahudi sokong dia.

    tp yahudi masih tk puashati sebb mahdey gagal pisahkan islam dpd umat melayu. malah wanit umno pun ramai yg bertudung. ini pantang yahudi. kerana itu diupah kasim ahmad utk menipu kt rambut bukan aurat.

    wanita umno belajar mana tutup rambut tu. bukan dpd pemimpin mereka tp dpd para ulamak dan ust2 di luar. maknanya masih ada iman sikit dn engkar dgn kehendak pemimpin mereka mcm mahdey ni.

    yahdui tk puashati dan anggap mahdey makan gaji buta.

    anwar pula seorg yg tegas pendirian dan sukar dikotak katik oleh yahudi. bermcm cara rasuah pangkat dan harta telah dsogok tp akhirnya masih berpendirian tegas utk keadilan dan bersikap lunak terhadap Islam. anwar gagal diyahudikan ala umno.

    utk cover mahdey maka anwar lah mangsa dituduh agen yahudi. sama seperti US tuduh terrorist kepada semua mujahdieen yg lawan mereka. kebencian mahdey terhadap ulamak adalah kerana ikut telunjuk yahudi. ulamak yg mengajar agama kpd umat islam termasuk wanita umno.

    anwar dibenci umno dn yahudi kerana Berjaya menyatukan rakyat semua bangsa dan agama. Malaysia akan jadi kuat dgn cara ini dn islam akan dipandang tinggi. ini pantang yahudi.

    yahudi mahu sentiasa ada ketegangan umpama bom jangka yg boleh digunakan jika perlu. bom jangka yg berupa ketegangan isu agama, isu perkauman. belakang yahudi adalah dajjal dan iblis. iblis bersumpah utk huru harakan manusia tak kira agama dn bangsa. semua manusia adalah musuh yahudi dan iblis. iblis tk pernh syg kristian atau yahudi tetapi hanya guna mereka sebb mereka manusia, masih musuh iblis sampai bila2.

    islam menganjur keadilan kesejahteraan dan tiada diskriminasi. org islam dn bukan islam ada hak masing2. inilah kebencian yahudi dan iblis jika berjaya dilakukan.

    anwar setakat ini berjaya belakukan itu, maka bilis dajjal yahudi dgn memperkudakan umno dan pemimpin boneka mereka mesti menghapuskan anwar.

    mereka merancang, Allah juga merancang, kita kena sabar utk mengharap pertolongan Allah.

    ReplyDelete
  2. Kepada setia usaha UMNO Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Datuk Seri Ong Ka Chuan, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Presiden PPP Dr. Kanagaratnam Pillai dan pemimpin-pemimpin komponen BN,

    Demi kepentingan Negara kami YIP KUM FOOK (Ketua MCA GOMBAK) NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100, KL Ketua Pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, No. Suite 3.43, Kompleks Desa, Jalan Kepong,, 52100, Kuala Lumpur. Jayanti B. Balaguru (Pengurusi parti gerakan Segambot) dan Ooi Ah Bah (Chia Ooi Sun & Co.) Advocates & Solicitors No. 48-1, 1st Floor Jalan Brunei Utara off Changkat Thambi Dollah, Pudu, KL.

    Dengan segala hormatnya disini, harap semua pemimpin-pemimpin parti komponen BN sebulat suara menjemput bekas perdana menteri Dr. Mahathir bin Mohamad Ke Putra Jaya menolong kerajaan mentadbir Negara mencapai kejayaan lebih cemerlang

    Kami yakin berkeliber dan pengalaman bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir bolih melindungi kedaulatan dan mengekalkan keamanan Negara. Harap Dr. Mahathir bin Mohamad jangan mengecewakan Rakyat Malaysia

    Sekian dimaklum,

    Terima Kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...