Thursday, 25 July 2013

AWASI ANAK ANDA DARI FAHAMAN SYIAH


YUSUF AL QARDAWI ISYTIHAR SYIAH MUSUH ISLAM

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qardawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya.
Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qardawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan 'Syari'ah dan Kehidupan' pada bulan Jun tahun ini.
Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.
"Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.
"Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria," katanya dalam rancangan tersebut.
Kenyataan al-Qardawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.
Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.
Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata, Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.
Yusuf al-Qardawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil.
Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.
"Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir.
"Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah," ujarnya.
Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.
"Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.
"Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran," ujarnya.

SYIAH ANGGAP KAHWIN MUT'AH IBADAT

SHAH ALAM – Perkahwinan mutaah didakwa sebagai satu ibadat bagi pengikut Syiah kerana mereka perlu sekali dalam seumur hidup berbuat demikian sebagai tanda menghargai nikmat ALLAH, kata pendakwah, Dr Zahazan Mohamed.

Bagaimanapun katanya, dalam pegangan ahli Sunnah wal Jamaah, perkahwinan mutaah diharamkan kerana meletakkan wanita sebagai mangsa kepada lelaki.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang dominan adalah Islam, wanita tidak boleh diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

“Syiah menunjukkan martabat wanita dipandang rendah dan dipermainkan. Ia akan memberikan kesan pandangan masyarakat kepada Islam.

“Syiah makin berani kerana orang Islam semakin jauh daripada agama. Orang Islam perlu mendalami Islam supaya tidak menjadi mangsa Syiah,” katanya kepada Sinar Harian.

Zahazan juga berharap wanita tidak menjadikan ‘lelaki alim’ sebagai alasan untuk berkahwin mutaah.

“Mereka perlu meminta doa kepada ALLAH, bukan kepada manusia. Bertakwalah kepada ALLAH dan dekati orang berilmu serta tidak perlu berkahwin dengan lelaki yang memang mengamalkan Syiah,” katanya.

Zahazan berkata, ibu  bapa perlu mendidik anak- anak mengenai bahaya ajaran Syiah supaya mereka tidak mudah dipengaruhi ajaran itu yang semakin agresif meluaskan pengaruh mutakhir ini.

“Syiah sebagai ‘mazhab’ tidak tepat kerana ia merupakan satu kajian daripada kumpulan tertentu dan pandangan mereka dijadikan sebagai ajaran dan amalan,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan serius terhadap penyebaran Syiah di negara ini.

Sumber : Sinar Harian -24/07/2013

Artikel berkaitan :

RASULLAH HARAMKAN MUTAAH
SKMM AKAN BERTINDAK JIKA ADA LAPORAN
PENGIKUT SYIAH SEMAKIN BERANI
AUTOMATIK KELUAR PAS JIKA ANUT FAHAMAN SYIAH

KOMEN : Adik-adik, Abang-Abang, Kakak-Kakak janganlah sampai terjebak dengan fahaman Syiah. Belajar kat Universiti teruatama yang banyak pelajar Oversea jangan terikut-ikut atau nak cuba-cuba dengan fahaman ini. Kepada Ibubapa sekalian tegaslah dengan anak-anak beritahu awal-awal jangan sampai anak-anak terjebak dengan fahaman syiah yang membahaya ini.

Kepada yang dah terjebak/terlanjur kembalilah ke pangkal jalan.

1 comment:

  1. Youtube-20-09-2011 ustaz halim hassan,ulasan memorandum syiah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...