Kalah bicara yang menggembirakan..
Tengok tajuk kali ni pasti ramai
yang pelik. Apa tidaknya, setiap peguam inginkan kemenangan dalam kes yang
dikendalikannya apatah lagi bayaran guaman yang tinggi dikenakan..Hati kecil
saya terdetik-detik untuk menulis pengalaman saya kali ini walaupun tidak
sehebat mana, saya harap anda semua ambil pengajaran penting.
Saya dilantik mewakili sebuah
koperasi yang agak hebat satu masa dahulu dengan pelaburan jutaan ringgit dan
pelabur-pelabur yang cukup ramai. Koperasi ini pernah diiktiraf antara yang terbaik
di negara ini. Malangnya, setelah beberapa tahun beroperasi dengan gah, akibat
salah tadbir dan angkara beberapa kerat anggota pengurusan koperasi tersebut,
koperasi tersebut terpaksa diambil alih oleh Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia
berdasarkan Seksyen 69 (3) Akta Koperasi 1993 untuk ditadbir. Saya tak mahu
menyentuh lanjut perkembangan koperasi tersebut memandangkan koperasi tersebut
adalah anakguam saya dimana saya perlu memelihara professionalisme dan etika
antara peguam dan klien.
Akibat perkara tersebut, koperasi
kerugian besar, pelaburan entah kemana, aset-aset tak dapat dikenalpasti dan
paling malang mereka yang menggerakkan koperasi ini yang dahulunya ke hulu
hilir berkempen menambah ahli, tidak lagi boleh diharapkan untuk memulihkan
koperasi. Natijahnya, paling menderita adalah para pelabur. Ada yang mencarum
duit pusaka, gadai harta benda, wang gaji dan lain-lain semata-mata tertarik
untuk melabur.
Kes saya ini adalah membela koperasi
tersebut melawan tuntutan seorang warga emas dari negeri Melaka yang
mencarumkan wang KWSPnya dan wang pencennya dalam koperasi tersebut atas nama
pelaburan Mudharabah. Dalam pernyataan tuntutannya, pakcik ni bagitau bahawa
dia diberi taklimat bahawa pelaburannya akan dilaburkan dalam satu pelaburan
yang menjanjikan keuntungan. tiada langsung dimaklumkan akibat jika pelaburan
rugi. . Sedangkan Al Mudharabah bererti perkongsian untung rugi. Dalam kes ini,
pelaburan yang dimasuki pakcik ni rugi dan dia dimaklumkan bahawa oleh kerana
pelaburan ini adalah al Mudharabah maka pelaburannya hangus. Pakcik ini tak
dimaklumkan operasi al Mudharabah samada melibatkan wang pokok akan hangus atau
tidak jika pelaburan mengalami kerugian. Saya rasa konsep Mudharabah ini perlu
diperhalusi oleh pihak berkuasa agama dengan lebih mendalam agar pelabur tidak
keliru..Jangan gunakan skim murni agama ini untuk tipu pelabur!
Berbalik kes pakcik ni, dia tuntut
RM30 ribu lebih wang pelaburannya. Kes dibicarakan di Tribunal Koperasi yang
ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) di Pusat Bandar
Damansara, Kuala Lumpur. 3 orang Hakim bersidang. Saya datang ke tribunal
dengan kapasiti peguam yang banyak kendalikan kes-kes dan pada pandangan saya
ketika itu, kes pakcik ni kecil je. Tambahan saya dah buat kajian undang-undang
kes ini termasuklah perkara teknikal yang akan saya bangkitkan. Bagi saya
pakcik ni pasti tak tau apa-apa.
Tiba hari perbicaraan, saya
kemukakan hujah bahawa pakcik ni tak berhak untuk tuntut wang pelaburan beliau
berdasarkan prinsip Mudharabah. Tambahan pula, dividen yang diperolehi pakcik
ni pun agak banyak hampir menyamai wang pokoknya. Walaubagaimanapun, pakcik ni
berhujah dengan tanpa saya duga, mengemukakan bukti bahawa skim Mudaharah tidak
boleh terpakai dalam pelaburan beliau memandangkan penerangan terhadap beliau
tentang pelaburan Mudharabah oleh pegawai koperasi tidak mencukupi malah pakcik
tu hanya dijanjikan keuntungan..Saya berhujah balas bahawa apabila seseorang
menandatangani borang pelaburan dimana di situ terdapat penerangan skim Mudaharabah
secara bertulis ia memadai untuk mengikat seseorang pelabur dengan skim ini,
apabila beliau menurunkan tandatangannya di situ.
Tribunal akhirnya membuat keputusan
bahawa pelabur mestilah diberikan penjelasan sewajarnya terhadap sesuatu
pelaburan. Apa yang berlaku dalam kes ini, sikap pegawai koperasi yang bukan
sahaja tidak bersikap "full and frank disclosure" mengelirukan
pelabur oleh yang demikian tidak mengikat pelabur dengan skim tersebut. Malah
pelabur boleh membuat laporan polis. Tribunal membenarkan tuntutan pakcik tu.
Saya kalah kes. Saya hanya mampu memaklumkan tribunal bahawa, anakguam saya
(koperasi) tidak berupaya membuat bayaran kepada pakcik tu dan sekiranya ada
perintah pelaksanaan (execution) pun, koperasi tersebut tetap tidak berupaya
memandangkan ramai kakitangan diberhentikan dan pelaburan-pelaburan ditutup.
Pakcik itu hanya menjawab "kita akan betemu di akhirat nanti".. Saya
mengalirkan airmata..
Apa yang saya nak bawa arini ada 2
perkara. Pertama, walaupun pakcik tu tak guna peguam tetapi apabila keadilan
dan kebenaran di pihaknya ia pasti tiba jua akhirnya. Sehebat mana pun kita
membela, sepetah mana pun kita berhujah, ia tidak dapat menolak kebenaran
hakiki. Kedua, ingatlah bahawa apa yang berlaku pada koperasi ini perlu menginsafkan
semua, samada pentadbir, pemimpin organisasi, penaja koperasi, pelabur dan
seluruh masyarakat, bahawa sesebuah koperasi itu perlu ditadbir sejujurnya,
ikhlas dan taqwa kepada Allah melebihi kepentingan diri, kerana hutang kita
kepada rakyat yang bergolok gadai, menggunakan seluruh wang pencen mahupun
melabur atas nama perjuangan pasti akan dipersoalkan Allah suatu hari kelak.
Komen pakcik : nanti...
SAYA IBU ROMLAH POSISI SEKARANG DI MALAYSIA
ReplyDeleteSUDAH 8 TAHUN SAYA KERJA JADI PEMBANTU DI MALAYSIA
MAU PULANG KE INDO TIDAK PERNA TERKABUL KARNA MASALAH KEUANGAN APALAGI HUTANG MASIH BANYAK SAMA TEMAN DI TAMBAH SAMA MAJIKAN SIANG MALAM SAYA SELALU MELAMUN KARNA TERLILIT HUTANG DAN SECARA KEBETULAN SAYA BUKA INTERNET ADA SESEORANG BERKOMENTAR SUKSES DENGAN CARA PASANG TOGEL KATANYA DI BANTU OLEH MBAH SERO KEBETULAN DI MALAYSIA ADA PEMASANGAN TOGEL JADI SAYA COBA HUBUNGI MBAH SERO SIAPA TAU INI REJEKI SAYA ANGKA YANG DI BERIKAN MBAH 6D TOTO TEMBUS 100% SYUKUR ALHAMDULILLAH SAYA SUDAH BISA MELUNASI HUTANG HUTANG SAMA TEMAN DAN MAJIKAN RENCANA MAU PULANG KAMPUNG UNTUK BUKA USAHA BAGI SAUDARAH SAUDARAH MAU SUKSES SEPERTI SAYA TERUTAMA YANG TERLILIT HUTANG SUDAH LAMA BELUM TERLUNASI JANGAN PUTUS ASA LANSUNG HUBUNGI MBAH SERO DI NO.HP: 082 370 357 999 ATAU BUKA BLOG MBAH KLIK DISINI PESUGIHAN TANPA TUMBAL
SAYA JAMIN MBAH TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PASTI ANDA SUKSES ATAU BIKTIKAN AJA SENDIRI..
Saya pendatang baru di Room ini ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada Aki karena berkat bantuan Number togel 4D yang AKI berikan ternyata benar-benar tembus dan alhamdulillah AKI saya menang angka sebanyak Rp 900 juta dalam bentuk uang Indonesia saya menang banyak karena saya pasang angka dari AKI MANGKUBONO 5 bandar di sini,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan AKI,awalnya saya kurang yakin dengan angka yang AKI berikan kalau ternyata alhamdulillah saya menang 4D lagi dan kalau boleh saya jujur AKI sudah berapa banyak peramal di internet yang saya hubungi tidak ada satupun yang tembus malahan hutang-hutang saya bertambah banyak tapi dengan bantuan AKI kini kehidupan saya jauh lebih sukses dari pada sebelumnya ini dan alhamdulillah saya ada rencana pulang kampung sebelum hari raya AKI karena sudah 4 tahun di HONGKONG jadi pembantu tidak pernah pulang ke indonesia tapi karena bantuan AKi saya akan pulang ketemu ke dua orang tua saya itu semua berkat bantuan AKI jadi bagi teman-teman pencinta togel yang tidak pernah merasakan kemenangan 4D silahkan hubungi AKI MANGKUBONO di nomor : 085203333887 Karena angka yang di berikan AKI MANGKUBONO sudah buktikan dalam 5 putaran ini tidak perna meleset dan saya pastikan anda tidak akan kecewah dan anda jangan mudah tergiur dengan janji-janji saatnya kita perlu bukti cuma AKI MANGKUBONO yang menjamin 100% kemenangan.kalau mau bukti hubungi sekarang....? DARI SAYA IBU Elah TKI DARI HONGKONG.
ReplyDelete