Thursday 11 September 2014

UG - KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO : PAS DI LAYAN MACAM KUCING KURAP DI JOHOR



Puak Unity Government (UG) dalam PAS yang ingin menubuhkan kerajaan campuran PAS - Umno di Selangor harus sedar diri sebelum terlambat. Sebelum ini, mereka menganggap bersekutu dengan Cina DAP dan Melayu PKR tidak mendatangkan kebaikkan. Oleh itu, apabila berlaku krisis kepimpinan di Selangor puak UG berpendapat adalah lebih baik mereka bersekutu dengan Umno bagi meneruskan kerajaan MB Khalid Ibrahim di negeri itu. Puak-puak ulama yang sering kali diingtakan oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz agar jangan dipatuk dua kali ini kelihatannya seronok untuk dipatuk berkali-kali. Kali ini Umno Johor telah mematuk mereka. PAS mencuba untuk bermuktamar di Johor dengan harapan Umno akan berlembut kerana mereka berjasa menyokong Khalid Ibrahim di Selangor. Dengan berlanjutannya kemelut politik Selangor, Umno berjaya mengkayakan kroni di Selangor menerusi pembinaan loji Langat 2 dengan kos RM2 ? RM5 bilion. Sepatutnya layanan kepada PAS lebih lunak di Johor. Apatah lagi puak UG dalam PAS tidak henti-henti mengutuk Anwar dan menuduh pemimpin PKR itu mengamal kronisme. Namun berapakah harga yang dibayar oleh Umno atas jasa PAS ini? Kucing kurap Kosong. Umno tidak memandang pun jasa-jasa ustaz PAS membantai PKR dan DAP. Mereka tetap dilayan seperti kucing kurap di Johor. Pada awalnya PAS menyewa tanah Sutera Mall sebagai tapak muktamar ke 60. Tetapi atas tekanan pihak ?ketuanan melayu? pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75,000 pada 27 ogos 2014. Akibatnya, lokasi muktamar di pindahkan ke Parit Raja, Batu Pahat. Beratus-ratus perwakilan PAS yang telah menempah bilik di Johor Baharu terpaksa membatalkan tempahan; PAS Johor terpaksa meratakan tanah milik seorang ahli PAS sebagai tapak baharu dan perwakilan dalam muktamar kelak terpaksa berhimpit-himpit dalam suasana serba kekurangan. Kepada Nasrudin Tantawi bolehlah ditanyakan soalan adakah Umno boleh dipercayai lebih daripada PKR dan DAP? Melihat apa yang berlaku di Johor, ternyata layanan Umno tidak pernah berubah walaupun ustaz PAS menghentam Anwar dan sekutunya setiap hari. Umno jijik Umno sebenarnya jijik kepada ulama PAS yang hanya tahu membaca kitab dan berceramah. Sedangkan mereka ingin merompak kekayaan negara dan memberikan kemakmuran kepada anak cucu serta saudara mara sehingga tujuh keturunan. Amat pelik pemikiran sesetengah ulama PAS yang tidak langsung sedar kejijikkan Umno kepada PAS ini, dan ingin pula bersahabat. Umno hanya akan bersahabat dengan PAS di Selangor sehingga pilihan raya umum. Selepas itu mereka akan bertanding di semua kerusi PAS dan komponen Pakatan Rakyat yang lain. PAS jangan mimpi mereka akan dapat kerusi dari BN. Jika PAS inginkan kerusi maka Umno akan mengenakan syarat, ulama PAS mesti jadi seperti ulama Umno. Kerja mereka hanyalah membaca doa di majlis rasmi dan jangan ikut campur soal pemerintahan. Buang jauh-jauh angan-angan melaksanakan Hukum Hudud jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno. Jika tidak PAS akan ditendang seperti episod di Kelantan pada 1971 ? 1978. Sama-sama menubuhkan Barisan Nasional tetapi selepas itu Umno menghantar agennya memecahkan PAS kepada tiga parti; PAS, Hamim dan Berjasa. Bagi ulama muda PAS yang berada dalam puak UG fikirlah panjang-panjang sebelum menulis dalam facebook menghentam Anwar dan mengimpi ingin bekerjasama dengan Umno. Jika mereka ingin berfikir pendek maka lebih baik tinggalkan PAS masuk Umno. PAS tidak memerlukan ulama yang ingin jalan pintas untuk menjadi kaya-raya.

Sumber : Erapasca.com

p.s :

Pakcik sebenarnya dah mula meluat dengan puak-puak UG kat dalam PAS ni. Ada pulak yang tuduh 2 Adun yang sokong PKR pengkhianat. Dah tentu tu adalah rakan Pakatan. Dia yang sokong UMNO tak pulak. Apa yang pasti sokongan terhadap PAS pasni pasti hancur gara-gara puak UG ni. Puak UG ni, pendapat LUHAM (penasihat/peguam Undang-Undang PAS) pun dia tak percaya dan tolak. Macam dia pandai sangat undang-undang. Takyah mimpilah ke Putrajaya pada PRU 14 ni. Itu pasti. UMNO BN boleh relax je lepas ni, formula laluan mudah dah ditemui. 

Pakcik sebenarnya penat dah nak layan politik ni. Tapi puak-puak dungu dalam Pas ni betul2 meranapkan impian rakyat untuk ubah Kerajaan yang lebih baik dan telus. 

Baca INI : Pendapat Peguam PAS -LUHAM 
  Pendapat Bukan Melayu-Krisis PAS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...