Soalan:Assalamualaikum Tuan Haji Lokman. Saya Mohamad Ali umur 42 tahun dan saya mengalami masalah kekerapan membuang air kecil dan tidak lawas. Saya belum pergi ke klinik tapi ramai kawan-kawan saya mengatakan mungkin ada masalah prostat bengkak. Saya berasa hairan kerana setahu saya masalah prostat bengkak hanya berlaku pada pesakit yang dah berumur dan tua sedangkan saya belum mencecah umur 50. Saya ingin bertanya pendapat tuan tentang masalah saya ini dan seterusnya berubat dengan cara rawatan Al-Quran?Jawapan:Waalaikummussalam. Masalah tidak lawas dan kekerapan buang air kecil boleh disebabkan oleh berbagai punca dan perlu di diagnos dengan teliti. Kelemahan pundi kencing boleh menyebabkan masalah kekerapan pembuangan air kecil kerana injap pundi kencing yang lemah. Simtom prostat kanser juga sama dengan prostat bengkak namun penyakit ini berbeza kerana prostat bengkak (Benign Prostatic Hyperplasia - BPH) tidak merbahaya dan tidak boleh merebak ke tempat lain kerana ianya bukan kanser. Sebaiknya, buatlah pemeriksaan “Prostate Specific Antigen” (PSA) untuk mengenal pasti sama ada ianya kanser ataupun tidak.Sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan kes prostat dikesan berlaku pada kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas. Manakala purata umur kaum lelaki yang kebiasaannya dikenal pasti menghidapi kanser prostat adalah lebih kurang umur 68 tahun. Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat . Penyakit dan masalah yang utama adalah BPH (Pembesaran Kelenjar Prostat ) dan kanser prostat. Adakalanya walaupun muda belia, prostat boleh juga bengkak oleh jangkitan kuman yang dikenali sebagai prostatitis. Pengenalan & Ciri-ciri UmumBPH adalah penyakit untuk kaum lelaki sebab hanya kaum lelaki sahaja yang mempunyai kelenjar prostat. Kelenjar prostat ini terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke zakar. Fungsi kelenjar prostat ialah untuk membantu sistem reproduksi lelaki dengan menghasilkan cecair untuk membawa sperma dari testis ke zakar ketika ejakulasi. Bila prostat semakin membengkak, ia boleh menekan dan membuat saluran uretra bertambah sempit dan ini menyebabkan masalah bila membuang air kecil.Kebanyakan lelaki mengalami pertumbuhan prostat sepanjang hayat. Bila prostat membesar dan saluran uretra semakin tertekan dan sempit, pundi kencing mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing sepenuhnya sehingga benar-benar kosong. Dalam beberapa kes, sekatan dari pembesaran prostat boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing berulang dan secara beransur-ansur menyebabkan kerosakan pada pundi kencing atau pun buah pinggang. PuncaPerubatan moden tidak pasti apa yang menyebabkan prostat membesar dan membengkak. Ia mungkin disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan hormon testosteron apabila lelaki semakin berumur. Pembesaran prostat mungkin juga disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan sel-sel (hiperplasia). Walau bagaimanapun, sebab yang tepat bagi peningkatan ini tidak diketahui. Pelbagai faktor yang mungkin terlibat, termasuk androgen (hormon lelaki), estrogen, faktor-faktor pertumbuhan dan lain-lain masalah.Sepanjang pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat pesakit prostat bengkak, belum ada lagi terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus atau gangguan sihir menyebabkan masalah prostat bengkak. Tanda-tandaBiasanya terdapat tanda-tanda yang sederhana diperingkat awal. Mungkin aliran air kencing sedikit perlahan, atau perlu menunggu beberapa saat untuk mula membuang air kecil. Semakin berumur ianya boleh menjadi lebih bermasalah dan komplikasi. Kira-kira separuh daripada semua lelaki berusia lebih 75 tahun mempunyai beberapa gejala.Tidak semua masalah kesukaran membuang air kecil di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh pembesaran prostat. Khususnya, jika anda kencing berdarah atau sakit dibahagian ari-ari, ia mungkin disebabkan oleh masalah pundi kencing, buah pinggang, atau jangkitan kuman di prostat. Anda mungkin mengalami BPH jika gejala-gejala seperti di bawah berlaku.
Rawatan ModenPesakit dengan gejala ringan tidak memerlukan rawatan selain daripada pemerhatian dan pengawasan untuk memastikan keadaan mereka tidak bertambah buruk. Beberapa pilihan rawatan boleh didapati jika gejala bertambah teruk. Umumnya, cara rawatan adalah berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada keadaan dan tahap saiz prostat yang membengkak.Ubat-ubatan yang sedia ada berfungsi dengan dengan melonggarkan otot prostat dan leher pundi kencing. Ini boleh meningkatkan aliran air kencing dan merehatkan otot dalam prostat untuk mengurangkan ketegangan pada tiub air kencing. Ubat-ubat ini juga berfungsi menghalang penukaran testosteron kepada dihydrotestosterone hormon (DHT), yang memberi kesan kepada pertumbuhan kelenjar prostat. Dihydrotestosterone bertanggungjawab untuk membuat prostat membesar. Oleh itu, bila jumlah hormon dihydrotestosterone dapat dikurangkan ia akan membuat prostat mengecut. Pembedahan adalah sebahagian daripada pilihan jika tanda-tanda semakin buruk, atau jika ubat-ubatan tidak membantu. Kira-kira satu dalam empat lelaki dengan pembesaran prostat akan menjalani pembedahan pada peringkat tertentu. Dalam operasi ini, hanya bahagian tengah prostat dikeluarkan (mewujudkan saluran yang luas untuk air kencing mengalir), meninggalkan bahagian luar belakang. Terdapat banyak jenis pembedahan yang boleh membuang tisu prostat. Pakar bedah anda akan membincangkan pembedahan yang paling sesuai untuk anda dengan lebih terperinci. Kaedah-kaedah lain termasuk menggunakan gelombang mikro, gelombang frekuensi radio, ultrasound berintensiti tinggi dan tenaga elektrik voltan tinggi. Rawatan Penyakit Prostat Bengkak (BPH) Dengan Menggunakan ayat-ayat Al-QuranDaripada penerangan diatas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit prostat bengkak yang banyak berkaitan dengan hormon dan faktor usia. Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah sesuatu yang normal dan ia merupakan kitar hidup bagi setiap manusia. Proses penuaan berlaku apabila terdapat pengurangan fungsi organ dan tisu tubuh secara menyeluruh. Oleh itu ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Didalam Islam banyak diterangkan dalam Al-Quran tentang proses penuan seperti ayat dibawah: Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). - Ghafir 40: 67 Masalah umum bagi usia lanjut adalah keadaan fisikal yang lemah dan tak berdaya sebagaimana firman Allah swt dalam ayat dibawah: "Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." - Ar-Rum 30:54 Sains pula menunjukkan bahawa proses penuaan dipengaruhi oleh enzim yang terdapat didalam sel badan dimana sel-sel badan kita akan sentiasa membahagi dan setiap kali ia membahagi, ianya semakin memendek. Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini boleh menimbulkan penyakit pada beberapa bahagian tubuh. Dengan membaca ayat suci Al-Quran akan menghasilkan frekuensi yang akan menggetarkan sel-sel yang rosak untuk mengembalikan keseimbangannya. Perubahan pada getaran inilah yang dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan yang cepat ke atas hormon sel badan. Ini akan dapat mengurangkan bahaya keradangan dalam badan, mengseimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan. “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fithrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fithrah itu. Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” - Ar-Rum 30: 30 Hasilnya, pengamal Al-Quran yang dinyatakan di atas akan kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga, dapat memperbaiki tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, sistem immuniti yang kuat, kurang risiko kanser dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penuaan. Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit prostat bengkak akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang sendiri untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang penyakit yang lain seperti kanser prostat yang kadang-kadang mempunyai gejala yang sama. PenutupKepada semua pesakit prostat, janganlah berputus asa dalam mencari cara dan berikhtiar untuk merawat penyakit prostat. Janganlah menganggap penyakit prostat itu tidak dapat lagi ditolong dan hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” - Ar-Ra’d 13: 11 Dalam pengalaman kami merawat pesakit prostat, ramai di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari segi emosi, mental dan fisikal. Kebanyakkan pesakit dapat merasakan perbezaan ketara dimana badan terasa lebih sihat dan jiwa lebih tenang setelah berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan. ang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu hanya boleh berlaku dengan izin Allah swt. Maka, jikalau ada masanya kita merasakan masalah penyakit prostat itu sudah tidak dapat lagi kita tahan dan perasaan putus asa mula menguasai perasaan kita, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa-apa yang berlaku merupakan suatu ujian daripada Allah swt. InshaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu pesakit yang mempunyai masalah prostat ini. Sekian. Sumber- alhidayah-medic.com |
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan Am. Show all posts
Wednesday, 13 August 2014
PENYAKIT PROSTAT BENGKAK- (PENYAKIT SUSAH NAK KENCING)
Thursday, 23 May 2013
RAHSIA PEMBUATAN ROKOK - MENGANDUNGI HEMOGLOBIN BABI
RAHASIA PEMBUATAN ROKOK
Fakta mencengangkan ini diungkapkan peneliti dari Eindhoven, Belanda,
Christien Meindertsma, dan lalu didukung oleh Profesor Kesehatan
Masyarakat dari University of Sydney, Simon Chapman.
Hemoglobin
atau protein darah babi, ternyata digunakan untuk membuat filter rokok
agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk
paru-paru seorang perokok. Menurut Chapman, industri rokok dunia memang
kerap merahasiakan bahan-bahan yang mereka gunakan.
"Menurut mereka, ini adalah bisnis dan rahasia dagang kami," kata Chapman seperti dilansir News.com, Kamis (01/04/2010).
Prof Chapman mengatakan penelitian ini memberitahu dunia tentang
rahasia pembuatan rokok, dan untuk meningkatkan kepedulian terhadap umat
Muslim dan Yahudi yang taat, karena babi sangat diharamkan bagi kedua
agama tersebut.
"Masyarakat Yahudi dan Muslim pasti akan menanggapi hal ini dengan sangat serius, dan juga para vegetarian," pungkas Chapman.
Tak ayal temuan ini menjadi bahan diskusi serius para ulama Islam dan para agamawan Yahudi di berbagai negara.*
Sumber : detik.com
P/s : Dulu pakcik pun perokok juga tapi dah berenti bila terbaca artikel macam di atas pada tahun kalau tak silap 1999. Kebetulan bulan puasa pulak hari itu, jadi pakcik nekad berhenti terus merokok sebab tak gamak nak hisap hemoglobin babi. Betul atau tidak fakta tu, itu no 2, yang pertama merokok membahayakan kesihatan anda dan keluarga anda. Lagi sebulan lebih masuk bulan Ramadan kepada yang berazam nak berhenti boleh cuba Ramadan tahun ini.
RAHASIA PEMBUATAN ROKOK
Fakta mencengangkan ini diungkapkan peneliti dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma, dan lalu didukung oleh Profesor Kesehatan Masyarakat dari University of Sydney, Simon Chapman.
Hemoglobin atau protein darah babi, ternyata digunakan untuk membuat filter rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk paru-paru seorang perokok. Menurut Chapman, industri rokok dunia memang kerap merahasiakan bahan-bahan yang mereka gunakan.
"Menurut mereka, ini adalah bisnis dan rahasia dagang kami," kata Chapman seperti dilansir News.com, Kamis (01/04/2010).
Prof Chapman mengatakan penelitian ini memberitahu dunia tentang rahasia pembuatan rokok, dan untuk meningkatkan kepedulian terhadap umat Muslim dan Yahudi yang taat, karena babi sangat diharamkan bagi kedua agama tersebut.
"Masyarakat Yahudi dan Muslim pasti akan menanggapi hal ini dengan sangat serius, dan juga para vegetarian," pungkas Chapman.
Tak ayal temuan ini menjadi bahan diskusi serius para ulama Islam dan para agamawan Yahudi di berbagai negara.*
Sumber : detik.com
P/s : Dulu pakcik pun perokok juga tapi dah berenti bila terbaca artikel macam di atas pada tahun kalau tak silap 1999. Kebetulan bulan puasa pulak hari itu, jadi pakcik nekad berhenti terus merokok sebab tak gamak nak hisap hemoglobin babi. Betul atau tidak fakta tu, itu no 2, yang pertama merokok membahayakan kesihatan anda dan keluarga anda. Lagi sebulan lebih masuk bulan Ramadan kepada yang berazam nak berhenti boleh cuba Ramadan tahun ini.
Monday, 8 April 2013
BN PUN JANJI NAK TURUNKAN HARGA KERETA, IANYA REALISTIK KATA MUKHRIZ- PULAKDAH HARI TU KATA KALAU PR BUAT NEGARA BANKRAP
Janji kerajaan BN turun harga
kereta realistik, kata Mukhriz
8 April 2013
Datuk Mukhriz Dr Mahathir
KUALA
LUMPUR - Janji Barisan Nasional (BN) untuk menurunkan harga kereta antara 20
hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu
dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata, kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di sini semalam.
Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti. - Bernama
Beliau berkata, kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di sini semalam.
Manifesto BN bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ yang dilancarkan oleh pengerusinya Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berjanji untuk menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
Menyentuh tentang penubuhan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, Mukhriz, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah berkata, ia antara lain bertujuan membantu kira-kira 2,000 pengundi Jerlun di Lembah Klang balik ke kawasan masing-masing bagi menunaikan tanggungjawab semasa PRU-13 nanti. - Bernama
(Sumber : Sinar Harian)
Ulasan :
PULAKDAH. Dulu pada mula-mula Pakatan (Keadilan) istihar untuk turunkan harga kereta maka seluruh chief-chief Umno dan BN melalak melolong mengatakan mana boleh, nanti negara bankrap. Mana boleh nanti Proton bankrap. Mana boleh nanti Kedai Used Car gulung tikar. Alih-alih harini Dato Mukriz, Menteri Perdaganagn Antarbangsa, cakap boleh pulak turunkan harga kereta 20-30% sama pulak yang Pakatan cadangkan.
Maka jelaslah di sini bahawa apa jua cadangan dan janji-janji Pakatan Rakyat adalah benar, realistik dan diakui oleh Barisan Nasional sehingga mereka pun terpaksa mencilok idea dan janji-janji Pakatan. Maknanya tuduhan negara akan Bankrap adalah palsu dan fithah BN semata-mata untuk menakutkan rakyat.
Mari kita tunggu apa komen dari Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan, Dato Ismail Sabri. Dulu dia kata macam ni :
Kesimpulannya apa jua janji manisfesto dalam Pakatan adalah realistik dan praktikal setelah dibuat kajian dan penyelidikan oleh pakar-pakar. Inya sama sekali tidak akan menbankrapkan negara. Janji Pakatan hanyalah untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Kalau tidak masakan BN nak tiru seperti menurunkan harga kereta ni. Dan momokan bahawa negara akan bankrap jika Pakatan mentadbir adalah pembohongan dan cerita karut UMNO untuk menakutkan rakyat.
Syabas Pakatan Rakyat.
ABU, ABCD, TOLAK UMNO TOLAK BN
INI KALILAH TUKAR
Sila tambah pengetahuan anda :
- Selepas 55 Tahun baru BN nak turunkan harga kereta??
- Penyokong Tegar Umno Wajib Kena Tahu NI
- 10 Dalil Umno/Bn Wajib DiTolak
- Ringkasan Janji-Janji Pakatan PRU13
- Pendedahan Bapa Saiful - Najib Belum Jawab??
- Skandal Mega Terbaru Umno -Puspahanas
- Kontraversi Deepak Jaikishan
- 20 meter padu air percuma ini banyaknya [Gambar]
- Warga Johor Tengok Macam Ni Pakatan Memerintah
- Pengumuman Perdana Menteri Selepas PRU13
Subscribe to:
Comments (Atom)




