Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Monday, 20 July 2015

SKANDAL TABUNG HAJI -1MDB : SAMPAI SEKARANG TANAH 188JUTA BELUM TERJUAL





TABUNG HAJI: MANIPULASI DAN MUNGKIR JANJI PERINGKAT TINGGI

DALAM kita beraya, ramai saudara-mara, suku-sakat dan kawan-taulan kita sedang bersiap sedia untuk ke Tanah Suci mengerjakan haji. Kalau ikut laman web rasmi Lembaga Urusan Tahun Haji (TH), penerbangan pertama musim haji tahun ini adalah pada 16 Ogos. Sejak ditubuhkan pada tahun 1963, TH amat berjasa kepada umat Islam Malaysia. Ia bukan sahaja membolehkan mereka mengerjakan haji dengan lebih selesa malah membantu menjana ekonomi umat Islam melalui penabungan dan pelaburan. Walaupun berlaku sekali dua penyelewengan dan salah tadbir, TH umunya diuruskan dengan baik sehinggalah terbongkar rahsia penglibatannya dengan 1Malaysia  Development Berhad (1MDB) Mei lalu.



Bakal haji: Amanah mereka di bahu Tabung Haji

Sejak itu nama TH tercemar dan ia terpaksa berdolak-dalik serta berbohong dengan umat Islam dalam percubaannya menghalalkan urus niaga dengan 1MDB itu. Ambil contoh Pengerusinya, Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (Baling), yang berkata Mei lalu tanah Tun Razak Exchange (TRX) akan dijual dengan keuntungan dan ramai pembeli menunjukkan minat. Tapi selepas hampir tiga bulan belum ada khabar berita yang ia sudah dijual sebaliknya timbul dolak-dalik yang tanah itu tidak perlu dijual kerana ia berupa pelaburan jangka panjang yang baik. Masalahnya ini bukan calang-calang arahan dan bukan main-main punya janji. Arahan jual dibuat oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sendiri dan janji untung dibuat oleh Abdul Azeez.



Abdul Azeez (kanan) orang kepercayaan Mohd Najib

Setiap hari berlalu tanah itu tidak dijual, Abdul Azeez “berbohong” kepada khalayak dan ingkar kepada Perdana Menteri. Hakikatnya, dalam keadaan sekarang dan dengan kontroversi 1MDB yang makin memuncak, tidak banyak pihak yang berani membeli tanah TH itu. Lagipun mengapa harus beli atas tangan sedangkan masih banyak tanah TRX yang belum dijual. TH beli tanah seluas 0.63 hektar itu dengan harga RM188.5 juta sebagai sebahagian daripada operasi rahsia untuk menyelamatkan 1MDB yang berhutang RM42 bilion dan ketandusan wang. Selepas dipersoalkan oleh rakyat jelata yang peduli dan digerudi oleh media atas talian, TH mengaku ia bukan sekadar membeli tanah malah telah memberi “hutang” sebanyak RM920.8 juta 1MDB dengan membeli sukuk Bandar Malaysia.
Sukuk adalah surat hutang syariah dan Bandar Malaysia adalah tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi yang dijual murah kepada 1MDB.

TH Mangsa Manipulasi Peringkat Tinggi
Kerajaan menjual tapak TRX kepada 1MDB dengan harga sekitar RM60 sekaki persegi tetapi 1MDB menjual kepada TH pada kadar RM2,774 sekaki persegi – 46 kali ganda. Jadi semuanya keterdedahan (exposure) TH kepada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion itu ialah RM1,109.3 bilion. TH sebenarnya telah “kena main” dan dianaktirikan. Ia membayar RM2,774 sekaki persegi berbanding RM2,300 yang dibayar oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di tapak yang sama. Sentuhan Sang Kelembai 1MDB menyebabkan ramai penyimpan dan bakal penyimpan hilang keyakinan kepada TH.

Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ismee Ismail sendiri mengaku kepada akhbar Berita Harian bahawa ramai penyimpan mengeluarkan simpanan mereka apabila rahsia urus niaga TH-1MDB terbongkar. Simpanan bulanan merosot kepada RM40 juta dalam bulan Mei berbanding purata RM71 juta bagi empat bulan pertama tahun ini. 1MDB sudah menjadi “toxic” (beracun) kerana 1MDB. Tambah membimbangkan ialah Ismee juga adalah ahli lembaga pengarah 1MDB. Nampak wujud percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan unsur persekongkolan. Inilah bencana sumpahan Gedembai 1MDB ke atas TH. Badan Islam itu terpaksa berbohong dan bersembunyi-sembunyi dengan para penyimpannya dan dengan seluruh rakyat jelata. Jadi apa yang ditakuti dan dipertikaikan oleh banyak pihak apabila Abdul Azeez dilantik menjadi Pengerusi TH pada tahun 2013 kini menjadi kenyataan.

Sumbang Mahram Korporat (Corporate Incest)
Ciri-ciri sumbang mahram korporat yang melibat Mohd Najib, Abdul Azeez dan Ismee ini terbukti merosakkan, di samping mempersenda urus tadbir korporat (corporate governance) dan kewibawaan pengurusan entiti-entiti yang terlibat.



Ismee juga ahli lembaga pengarah1MDB

Walaupun kekusutan membabitkan 1MDB dan entiti-entiti lain yang bersekedudukan dengannya boleh dirungkai melalui “corporate restructuring” (penyusunan semula korporat), tetapi nawaitu yang membawa kepada penubuhan 1MDB tidak boleh dilupakan begitu saja.Apakah niat sebenar Mohd Najib dan para penasihatnya (termasuk Jho Low) menubuhkan 1MDB dengan modal berbayar RM1 juta tetapi berhutang hingga RM42 bilion? Di manakah amalan urus tadbir mengenai “debt to equity ratio” (nisbah hutang kepada modal)?




Di manakah ciri-ciri kecukupan modal (capital adequacy)?
Jawapannya diberikan oleh Mohd Najib sendiri apabila beliau tidak menafikan akaun AmBank Islamic atas nama beliau yang pernah mengandungi simpanan RM2.63 bilion.  Setiap hari berlalu dan Mohd Najib membisu mengenai akaun itu, semakin ramai orang akan membuat andaian dan percaya wujudnya pertalian antara urus niaga luar biasa 1MDB dan berbilion ringgit wang 1MDB yang tidak dapat disahkan (unaccounted for). Adalah hak dan budi bicara beliau serta jentera propaganda beliau mencetuskan pelbagai tipu-helah bagi meyakinkan audiens yang tidak tahu apa-apa mengenai ekonomi, perniagaan dan kewangan canggih.

Tetapi rakyat jelata yang celik ekonomi, perniagaan dan kewangan tidak boleh diyakinkan lagi. Mereka boleh membezakan antara kaca dan permata. –

Sumber : http://kadirjasin.blogspot.com/



Wednesday, 15 July 2015

VID OF THE DAY - MELAYU TAK SOKONG UMNO LAGI










Thursday, 11 September 2014

UG - KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO : PAS DI LAYAN MACAM KUCING KURAP DI JOHOR



Puak Unity Government (UG) dalam PAS yang ingin menubuhkan kerajaan campuran PAS - Umno di Selangor harus sedar diri sebelum terlambat. Sebelum ini, mereka menganggap bersekutu dengan Cina DAP dan Melayu PKR tidak mendatangkan kebaikkan. Oleh itu, apabila berlaku krisis kepimpinan di Selangor puak UG berpendapat adalah lebih baik mereka bersekutu dengan Umno bagi meneruskan kerajaan MB Khalid Ibrahim di negeri itu. Puak-puak ulama yang sering kali diingtakan oleh Mursyidul Am PAS Nik Aziz agar jangan dipatuk dua kali ini kelihatannya seronok untuk dipatuk berkali-kali. Kali ini Umno Johor telah mematuk mereka. PAS mencuba untuk bermuktamar di Johor dengan harapan Umno akan berlembut kerana mereka berjasa menyokong Khalid Ibrahim di Selangor. Dengan berlanjutannya kemelut politik Selangor, Umno berjaya mengkayakan kroni di Selangor menerusi pembinaan loji Langat 2 dengan kos RM2 ? RM5 bilion. Sepatutnya layanan kepada PAS lebih lunak di Johor. Apatah lagi puak UG dalam PAS tidak henti-henti mengutuk Anwar dan menuduh pemimpin PKR itu mengamal kronisme. Namun berapakah harga yang dibayar oleh Umno atas jasa PAS ini? Kucing kurap Kosong. Umno tidak memandang pun jasa-jasa ustaz PAS membantai PKR dan DAP. Mereka tetap dilayan seperti kucing kurap di Johor. Pada awalnya PAS menyewa tanah Sutera Mall sebagai tapak muktamar ke 60. Tetapi atas tekanan pihak ?ketuanan melayu? pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75,000 pada 27 ogos 2014. Akibatnya, lokasi muktamar di pindahkan ke Parit Raja, Batu Pahat. Beratus-ratus perwakilan PAS yang telah menempah bilik di Johor Baharu terpaksa membatalkan tempahan; PAS Johor terpaksa meratakan tanah milik seorang ahli PAS sebagai tapak baharu dan perwakilan dalam muktamar kelak terpaksa berhimpit-himpit dalam suasana serba kekurangan. Kepada Nasrudin Tantawi bolehlah ditanyakan soalan adakah Umno boleh dipercayai lebih daripada PKR dan DAP? Melihat apa yang berlaku di Johor, ternyata layanan Umno tidak pernah berubah walaupun ustaz PAS menghentam Anwar dan sekutunya setiap hari. Umno jijik Umno sebenarnya jijik kepada ulama PAS yang hanya tahu membaca kitab dan berceramah. Sedangkan mereka ingin merompak kekayaan negara dan memberikan kemakmuran kepada anak cucu serta saudara mara sehingga tujuh keturunan. Amat pelik pemikiran sesetengah ulama PAS yang tidak langsung sedar kejijikkan Umno kepada PAS ini, dan ingin pula bersahabat. Umno hanya akan bersahabat dengan PAS di Selangor sehingga pilihan raya umum. Selepas itu mereka akan bertanding di semua kerusi PAS dan komponen Pakatan Rakyat yang lain. PAS jangan mimpi mereka akan dapat kerusi dari BN. Jika PAS inginkan kerusi maka Umno akan mengenakan syarat, ulama PAS mesti jadi seperti ulama Umno. Kerja mereka hanyalah membaca doa di majlis rasmi dan jangan ikut campur soal pemerintahan. Buang jauh-jauh angan-angan melaksanakan Hukum Hudud jika PAS mahu bekerjasama dengan Umno. Jika tidak PAS akan ditendang seperti episod di Kelantan pada 1971 ? 1978. Sama-sama menubuhkan Barisan Nasional tetapi selepas itu Umno menghantar agennya memecahkan PAS kepada tiga parti; PAS, Hamim dan Berjasa. Bagi ulama muda PAS yang berada dalam puak UG fikirlah panjang-panjang sebelum menulis dalam facebook menghentam Anwar dan mengimpi ingin bekerjasama dengan Umno. Jika mereka ingin berfikir pendek maka lebih baik tinggalkan PAS masuk Umno. PAS tidak memerlukan ulama yang ingin jalan pintas untuk menjadi kaya-raya.

Sumber : Erapasca.com

p.s :

Pakcik sebenarnya dah mula meluat dengan puak-puak UG kat dalam PAS ni. Ada pulak yang tuduh 2 Adun yang sokong PKR pengkhianat. Dah tentu tu adalah rakan Pakatan. Dia yang sokong UMNO tak pulak. Apa yang pasti sokongan terhadap PAS pasni pasti hancur gara-gara puak UG ni. Puak UG ni, pendapat LUHAM (penasihat/peguam Undang-Undang PAS) pun dia tak percaya dan tolak. Macam dia pandai sangat undang-undang. Takyah mimpilah ke Putrajaya pada PRU 14 ni. Itu pasti. UMNO BN boleh relax je lepas ni, formula laluan mudah dah ditemui. 

Pakcik sebenarnya penat dah nak layan politik ni. Tapi puak-puak dungu dalam Pas ni betul2 meranapkan impian rakyat untuk ubah Kerajaan yang lebih baik dan telus. 

Baca INI : Pendapat Peguam PAS -LUHAM 
  Pendapat Bukan Melayu-Krisis PAS

Saturday, 23 August 2014

Dr Mahathir beri 7 sebab tarik balik sokongan kepada Najib, kata portal



Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan 7 sebab, dari bantuan tunai secara langsung ke perjanjian perdagangan, yang cukup membuatkan beliau kecewa dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Portal berita Asia Sentinel hari ini memetik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno berkata Dr Mahathir menghantar surat kepada Najib yang dilaporkan mengandungi 7 perkara.
Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan.
"Dr Mahathir enggan menarik balik surat itu dan kebuntuan ini mengakibatkan pertentangan antara kedua mereka," kata Asia Sentinel.
Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung November ini dipercayai menyebabkan Dr Mahathir makin meningkatkan kempennya terhadap Najib.
Malah, Asia Sentinel berkata kemarahan Dr Mahathir meruap-ruap sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi, di mana Barisan Nasional hilang undi popular kepada Pakatan Rakyat untuk kali pertamanya dalam 44 tahun.
Kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib disebar luas oleh portal berita bebas walaupun media arus perdana di negara ini memilih untuk tidak melaporkannya.
Antara tuntutan dibuat Dr Mahathir termasuk memperbaharui tabung dana 1Malaysia Development Berhad yang menanggung hutang sehingga RM36 bilion.
Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan syarikat konglomerat minyak dan gas negara Petronas kerana tidak memberi cukup kontrak kepada Bumiputera.
Kata Asia Sentinel, peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas pada Oktober tahun lepas bukan disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tetapi kerana beliau marahkan Najib.
"Dr Mahathir juga tidak suka Najib terlalu bertolak-ansur dengan Amerika Syarikat disebabkan perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang berjalan."
Perdana menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu 22 tahun itu dilaporkan terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis makan malam bersama presiden Amerika Barack Obama.
"Semasa lawatan Obama ke negara ini April tahun ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dijemput ke majlis makan malam tetapi Dr Mahathir tidak," kata portal itu.
Dr Mahathir juga dilaporkan tidak berkenan dengan tindakan Putrajaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah berjumlah RM4 billion, melibatkan 6 juta penduduk.
Dia juga menuntut syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines yang mengalami masalah kerugian berbilion ringgit dan kehilangan 2 pesawat mengorban lebih 500 nyawa, diserahkan kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Asia Sentinel juga berkata Dr Mahathir menyalahkan Najib atas segala kejadian yang mengundang ketegangan kaum dan agama di negara ini.
"Bagaimanapun, sesuatu yang ironi di sini ialah Dr Mahathir menyokong kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa, yang diketuai  Datuk Ibrahim Ali," katanya.
"Perkasa kerap mengeluarkan kenyataan panas tentang keunggulan dan hak istimewa orang Melayu tetapi Putrajaya hanya berdiam diri."
Menurut Asia Sentinel, walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa sejak meletak jawatan pada 2003, negarawan berusia 89 tahun itu mempunyai rekod yang menggerunkan.
"Dr Mahathir memaksa bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan. Pada zamannya, Dr Mahathir pernah menerima cabaran dari mereka seperti Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semua mereka ini sama ada menteri kewangan atau timbalan perdana menteri yang pernah cuba menyingkirkan Dr Mahathir tetapi tidak berjaya." – 21 Ogos, 2014.

Sumber : Yahoo News

BACA JUGA : MAMPUKAH MAHATHIR MENUMBANGKAN NAJIB

Sunday, 27 April 2014

PROJEK IC YANG GAGAL?





MyKad: Pesara tentera, rakan didakwa cubaan menipu

17 April 2014

KUALA LUMPUR - Seorang pesara tentera dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki berhubung pengeluaran kad pengenalan Malaysia (Mykad) tahun lepas.
 
Abdul Wahab Yusuf, 59, dan Budi Harto M Yusof, 45, seorang pemastautin tetap, didakwa secara bersama cuba menipu Mohammad Rozli Yusuf, 46, untuk mempercayai bahawa mereka boleh mendapatkan Mykad bagi warga Indonesia bernama 'Memek' dan 'Yono' melalui Persatuan Amal Kebajikan Bajau Sabah (Pakbis), sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Mykad.

Perbuatan itu mendorong Mohammad Rozli memberi wang tunai RM5,000 sebagai wang pendahuluan untuk mendapatkan Mykad itu.

Abdul Wahab juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cuba menipu Mohammad Rozli bagi mendapatkan Mykad untuk warga Indonesia bernama 'Roni' melalui Pakbis sehingga mendorong Mohammad Rozli memberi wang pendahuluan RM2,500.

Budi Harto, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan cuba menipu Mohammad Rozli bagi mendapatkan Mykad warga Indonesia 'Aminah' dan 'Abbas' melalui Pakbis sehingga mendorong lelaki itu memberi wang pendahuluan RM1,200 kepadanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di K Residence, Avenue K, Jalan Ampang dan di Hotel Putra Muda, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini antara 2.35 petang, 22 Januari 2013 dan 7 malam, 14 Mac 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan Abdul Wahab dikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan manakala Budi Harto dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Nur Lokman Samingan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.  - Bernama


Note : Adakah ini salah satu projek IC yang orang dok heboh tapi gagal. Kenalah siasat sendiri pakcik taknak tuduh siapa2. Tapi kenapa gagal ekk.  Putugas PR kenalah followup kes ni .

Flashback citer projek IC ni : Kat Sini











KLIK GAMBAR UNTUK LAGI BESAR



Friday, 11 April 2014

Vid of The week -Bila Beruk-Beruk Menjadi Ahli Parlimen Maka Parlimen Menjadi Sarkas..layann





Nota : nak jadi wakil rakyat kenalah professional. Kalau terjerit2 macam monyet baik jadi monyet kat sarkas jangan jadi wakil rakyat . Buat malu Malaysia di depan wakil rakyat Australia. GST adalah isu nasional dan perlu dibahaskan dengan hujah dan fakta. Bukannya terjerit2 dan terkinja2. Aduhai wakil rakyat ku.

Wednesday, 5 March 2014

DR MAHATHIR DAN ANWAR IBARAT FIRAUN DAN NABI MUSA





Penderitaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kekejaman Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) tidak ubah seperti Nabi Musa yang dibesarkan Firaun dan kemudian disingkirkan daripada istana, kata bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Dr Razali Nawawi.
Bekas presiden Abim yang pertama itu berkata, angkara fitnah yang dilemparkan Firaun ke atas Nabi Musa, memaksanya lari meninggalkan istana menuju ke Iraq.
"Saya kata (perumpamaan) mereka ini seperti Firaun dengan Musa. Nabi Musa anak angkat kepada Firaun duduk dalam istananya tetapi apabila dilihat nabi ini membahayakan, dia membuat fitnah dan Nabi Musa terpaksa membawa diri sampai ke Iraq.
"Beginilah Anwar. Apabila Dr Mahathir nampak Anwar ini bahaya, macam-macam dia berbuat fitnah. Fitnah yang tidak pernah dilakukan orang lain sebelumnya," katanya sewaktu berkempen di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.
Anwar pada 1998 dipecat sebagai timbalan perdana menteri selepas dikatakan terlibat dalam kes liwat membabitkan Azizan Abu Bakar, Sukma Darmawan dan beberapa individu lain.
Pada 2008, Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan Anwar mendakwa diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu dan pada 7 Ogos tahun sama, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, bagaimanapun pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Anwar tidak bersalah dalam kes tersebut.
Dr Razali berkata berulang kali mengingatkan kepada Anwar agar berhati-hati dengan permainan politik Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
"Saya kenal dia sejak 1969 dan sejak itu kami berkawan di dalam Abim. Saya presiden dan dia setiausaha agung.
"Saya ingatkan kepada Anwar berhati-hati dengan Dr Mahathir dan Daim ini tetapi dia kata dia boleh uruskannya," katanya.
Dr Razali berkata banyak pemimpin dunia hari ini mengalu-alukan kepimpinan Anwar dan berasa senang untuk berunding dengan ketua umum PKR itu.
"Saya pernah bertemu dengan timbalan presiden Sudan dan beliau berkata selagi Dr Mahathir hidup, Anwar akan susah," katanya yang selesa berjubah dan berkain serban putih di kepala. -TMI

Note : Bila kita dah baca citer ni, jangan terus percaya dan jangan terus menolak. Kita ada otak fikirkan, nilaikan dan ambil iktibar. Mungkin betul mungkin tidak tapi bagi pakcik macam betul aje.. WaAllahu'alam. 

Kenapa ek Tun dan Daim amat membenci DS Anwar dan takut sangat Anwar jadi PM?? Takut biasanya kerana salah atau takut Anwar bongkar rahsia Tun dan Daim. Daim dalam Diam ada berbillion duit kat oversea. Ada banyak Bank lagi kat Afrika wow kaya tu. Bagi Tun pulak kan DS Anwar dah memaafkan Tun lama dah. Dan yang paling kelakar baru-baru ni Tun cakap undi Anwar makna undi Amerika. Kah kah kah... malulah statement macam ni keluar dari bekas PM kita.

Sekarang ni kecoh pulak Anwar nak join UMNO semula dan team-up dgn Najib. Anwar nak jadi TPM dan Menteri Kewangan (ni yang Zaid Ibrahim tulis kat blog dia). Tujuannya nak blok pakatan Tun dan Mahyudin (TPM) nak jatuhkan Najib. Kalau ini terjadi maka dunia politik kat Malaysia ni akan semakin meriah. Jangan rakyat jadi mangsa sudahlah. Jangan Malaysia jadi huru hara sudahlah. Tapi rasanya tak mungkin DS Anwar(PKR) nak join UMNO balik pulak.

Apapun terjadi kita tunggu dan lihat. Sebagai rakyat kita mahu kepimpinan yang terbaik, telus, bijak dan yang paling utama bebas rasuah. Penerapan nilai Islam dalam pentadbiran hendaklah diutamakan. Rasanya PAS sahaja yang mampu buat seperti terbukti di Kelantan.

Thursday, 26 December 2013

SAIFUDDIN : BN MUNGKIR JANJI JIKA TOL NAIK




SAIFUDDIN: BN MUNGKIR JANJI JIKA TOL NAIK



Bekas timbalan menteri pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah berkata BN memungkiri janji sekiranya meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar tol lebuhraya di seluruh negara.
Katanya, BN telahpun membuat akujanji semasa pilihan raya untuk meneliti semula kadar bayaran tol.

“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat tidak baik,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya dengan pemegang konsesi lebuh raya.

Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat, bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.

"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini, bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,” katanya lagi.

Sumber : Malaysiakini

Komen : Mentang-mentang dah menang... selagi apa ada yang boleh naik semua BN nak naikkan. Gula, minyak, GST, Bil Letrik, Tol dan banyak lagi akan menyusul semuanya naik. Ni lah padah menangkan BN pada PRU13 yang lepas. Juragan-juragan Umno mana ada terasa barang baik sebab diaorang semua hartawan. Balik2 rakyat juga yang tertipu.

Kelangsungan dari kenaikan barangan asas di atas maka segala barang-barang dapur, makanan, transport, baju seluar, daging ayam, perabot,barang kegunaan dll akan naik harga. Maka jadilah rakyat Malaysia rakyat sengsarawan. Buktinya baru2 ni pakcik makan kat Precint 9 Putrajaya lauk ikan sayur tak masuk air harga RM10.00. Air mineral botol kecil RM1.50. Tu baru intro kenaikan. Inilah balasan UMNO pada orang Melayu yang mengundi BN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...