Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Wednesday, 13 August 2014

PENYAKIT PROSTAT BENGKAK- (PENYAKIT SUSAH NAK KENCING)



Soalan:

Assalamualaikum Tuan Haji Lokman. Saya Mohamad Ali  umur 42 tahun dan saya mengalami masalah kekerapan membuang air kecil dan tidak lawas. Saya belum pergi ke klinik tapi ramai kawan-kawan saya mengatakan mungkin ada masalah prostat bengkak. Saya berasa hairan kerana setahu saya masalah prostat bengkak hanya berlaku pada pesakit yang dah berumur dan tua sedangkan saya belum mencecah umur 50. Saya ingin bertanya pendapat tuan tentang masalah saya ini dan seterusnya berubat dengan cara rawatan Al-Quran?

Jawapan:

Waalaikummussalam. Masalah tidak lawas dan kekerapan buang air kecil boleh disebabkan oleh berbagai punca dan perlu di diagnos dengan teliti. Kelemahan pundi kencing boleh menyebabkan masalah kekerapan pembuangan air kecil kerana injap pundi kencing yang lemah. Simtom prostat kanser juga sama dengan prostat bengkak namun penyakit ini berbeza kerana prostat bengkak (Benign Prostatic Hyperplasia - BPH) tidak merbahaya dan tidak boleh merebak ke tempat lain kerana ianya bukan kanser. Sebaiknya, buatlah pemeriksaan “Prostate Specific Antigen” (PSA) untuk mengenal pasti sama ada ianya kanser ataupun tidak. 
Sebanyak 98 peratus daripada keseluruhan kes prostat dikesan berlaku pada kaum lelaki yang berusia 55 tahun ke atas. Manakala purata umur kaum lelaki yang kebiasaannya dikenal pasti menghidapi kanser prostat adalah lebih kurang umur 68 tahun. Seperti kelenjar yang lain, beberapa masalah dan penyakit boleh timbul dalam kelenjar prostat . Penyakit dan masalah yang utama adalah BPH (Pembesaran Kelenjar Prostat ) dan kanser prostat. Adakalanya walaupun muda belia, prostat boleh juga bengkak oleh jangkitan kuman yang dikenali sebagai prostatitis.

Pengenalan & Ciri-ciri Umum

BPH adalah penyakit untuk kaum lelaki sebab hanya kaum lelaki sahaja yang mempunyai kelenjar prostat.  Kelenjar prostat ini terletak di bawah pundi kencing di sekeliling uretra, saluran yang membawa air kencing dari pundi kencing ke zakar. Fungsi kelenjar prostat ialah untuk membantu sistem reproduksi lelaki dengan menghasilkan cecair untuk membawa sperma dari testis ke zakar ketika ejakulasi.  Bila prostat semakin membengkak, ia boleh menekan dan membuat saluran uretra bertambah sempit dan ini menyebabkan masalah bila membuang air kecil.
Kebanyakan lelaki mengalami pertumbuhan prostat sepanjang hayat. Bila prostat membesar dan saluran uretra semakin tertekan dan sempit, pundi kencing mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing sepenuhnya sehingga benar-benar kosong. Dalam beberapa kes, sekatan dari pembesaran prostat boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing berulang dan secara beransur-ansur menyebabkan kerosakan pada pundi kencing atau pun buah pinggang.

Punca

Perubatan moden tidak pasti apa yang menyebabkan prostat membesar dan membengkak. Ia mungkin disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan hormon testosteron apabila lelaki semakin berumur.  Pembesaran prostat mungkin juga disebabkan oleh peningkatan dalam bilangan sel-sel (hiperplasia). Walau bagaimanapun, sebab yang tepat bagi peningkatan ini tidak diketahui. Pelbagai faktor yang mungkin terlibat, termasuk androgen (hormon lelaki), estrogen, faktor-faktor pertumbuhan dan lain-lain masalah.
Sepanjang pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat pesakit prostat bengkak, belum ada lagi terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus atau gangguan sihir menyebabkan masalah prostat bengkak.

Tanda-tanda

Biasanya terdapat tanda-tanda yang sederhana diperingkat awal. Mungkin aliran air kencing sedikit perlahan, atau perlu menunggu beberapa saat untuk mula membuang air kecil. Semakin berumur ianya boleh menjadi lebih bermasalah dan komplikasi. Kira-kira separuh daripada semua lelaki berusia lebih 75 tahun mempunyai beberapa gejala.
Tidak semua masalah kesukaran membuang air kecil di kalangan kaum lelaki adalah disebabkan oleh pembesaran prostat. Khususnya, jika anda kencing berdarah atau sakit dibahagian ari-ari, ia mungkin disebabkan oleh masalah pundi kencing, buah pinggang, atau jangkitan kuman di prostat.
Anda mungkin mengalami BPH jika gejala-gejala seperti di bawah berlaku.
  • Kerap kencing, contohnya kencing setiap 30 minit atau kurang terutamanya pada waktu malam dan selalunya jumlah air kencing adalah sedikit sahaja
  • Rasa ingin kencing yang datang secara mendadak
  • Pancutan air kencing tidak kuat walaupun diteran dengan kuat
  • Sukar untuk memulakan kencing
  • Kencing tidak tus (masih ada air kencing menitis keluar walaupun anda sudah kencing sehingga habis)
  • Perlu meneran untuk mengeluarkan air kencing
  • Perasaan bahawa anda perlu kencing lagi walaupun baru sahaja melakukannya.
Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah BPH, walau bagaimanpun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan berjumpalah doktor atau datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Rawatan Moden

Pesakit dengan gejala ringan tidak memerlukan rawatan selain daripada pemerhatian dan pengawasan untuk memastikan keadaan mereka tidak bertambah buruk. Beberapa pilihan rawatan boleh didapati jika gejala bertambah teruk. Umumnya, cara rawatan adalah berbeza antara seorang pesakit dengan pesakit yang lain kerana ia bergantung kepada keadaan dan tahap saiz prostat yang membengkak.
Ubat-ubatan yang sedia ada berfungsi dengan dengan melonggarkan otot prostat dan leher pundi kencing. Ini boleh meningkatkan aliran air kencing dan merehatkan otot dalam prostat untuk mengurangkan ketegangan pada tiub air kencing. Ubat-ubat ini juga berfungsi menghalang penukaran testosteron kepada dihydrotestosterone hormon (DHT), yang memberi kesan kepada pertumbuhan kelenjar prostat. Dihydrotestosterone bertanggungjawab untuk membuat prostat membesar. Oleh itu, bila jumlah hormon dihydrotestosterone dapat dikurangkan ia akan membuat prostat mengecut.
Pembedahan adalah sebahagian daripada pilihan jika tanda-tanda semakin buruk, atau jika ubat-ubatan tidak membantu. Kira-kira satu dalam empat lelaki dengan pembesaran prostat akan menjalani pembedahan pada peringkat tertentu. Dalam operasi ini, hanya bahagian tengah prostat dikeluarkan (mewujudkan saluran yang luas untuk air kencing mengalir), meninggalkan bahagian luar belakang.
Terdapat banyak jenis pembedahan yang boleh membuang tisu prostat. Pakar bedah anda akan membincangkan pembedahan yang paling sesuai untuk anda dengan lebih terperinci. Kaedah-kaedah lain termasuk menggunakan gelombang mikro, gelombang frekuensi radio, ultrasound berintensiti tinggi dan tenaga elektrik voltan tinggi.

Rawatan Penyakit Prostat Bengkak (BPH) Dengan Menggunakan ayat-ayat Al-Quran

Daripada penerangan diatas, dapatlah kita fahami serba sedikit tentang penyakit prostat bengkak yang banyak berkaitan dengan hormon dan faktor usia. Sains dan agama mengajar kita bahawa proses penuaan adalah sesuatu yang normal dan ia merupakan kitar hidup bagi setiap manusia. Proses penuaan berlaku apabila terdapat pengurangan fungsi organ dan tisu tubuh secara menyeluruh. Oleh itu ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Didalam Islam banyak diterangkan dalam Al-Quran tentang proses penuan seperti ayat dibawah:
Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya). - Ghafir 40: 67
Masalah umum bagi usia lanjut adalah keadaan fisikal yang lemah dan tak berdaya sebagaimana firman Allah swt dalam ayat dibawah:
"Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah yang Maha mengetahui lagi Maha Kuasa." - Ar-Rum 30:54
Sains pula menunjukkan bahawa proses penuaan dipengaruhi oleh enzim yang terdapat didalam sel badan dimana sel-sel badan kita akan sentiasa membahagi dan setiap kali ia membahagi, ianya semakin memendek. Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama, dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini boleh menimbulkan penyakit pada beberapa bahagian tubuh.
Dengan membaca ayat suci Al-Quran akan menghasilkan frekuensi yang akan menggetarkan sel-sel yang rosak untuk mengembalikan keseimbangannya. Perubahan pada getaran inilah yang  dapat menghalang atau melambatkan proses penuaan yang cepat ke atas hormon sel badan. Ini akan dapat mengurangkan bahaya keradangan dalam badan, mengseimbangkan hormon dalam badan dan meningkatkan proses metabolisme badan secara keseluruhan.
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fithrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fithrah itu. Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” - Ar-Rum 30: 30
Hasilnya, pengamal Al-Quran yang dinyatakan di atas akan kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga, dapat memperbaiki tahap kesihatan, kulit tidak cepat berkedut, sistem immuniti yang kuat, kurang risiko kanser dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan penuaan.
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit prostat bengkak akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.  Ayat-ayat tersebut adalah:
  • Surah Mukminun ayat 75 hingga 100
  • Surah An-Nahli ayat 90 hingga 110
  • Surah Al-Hajj ayat 31 hingga 55
  • Surah Al-Furqan ayat 16 hingga 31
  • Surah As-Soffat ayat 66 hingga 140
  • Surah As-Syu’araa ayat 201 hingga 227
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah An-Nahli tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang seterusnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang sendiri untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang penyakit yang lain seperti kanser prostat yang kadang-kadang mempunyai gejala yang sama.

Penutup

Kepada semua pesakit prostat, janganlah berputus asa dalam mencari cara dan berikhtiar untuk merawat penyakit prostat. Janganlah menganggap penyakit prostat itu tidak dapat lagi ditolong dan hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” - Ar-Ra’d 13: 11
Dalam pengalaman kami merawat pesakit prostat, ramai di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari segi emosi, mental dan fisikal. Kebanyakkan pesakit dapat merasakan perbezaan ketara dimana badan terasa lebih sihat dan jiwa lebih tenang setelah berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan mengamalkan ayat-ayat Al-Quran yang diberikan.
ang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu hanya boleh berlaku dengan izin Allah swt. Maka, jikalau ada masanya kita merasakan masalah penyakit prostat itu sudah tidak dapat lagi kita tahan dan perasaan putus asa mula menguasai perasaan kita, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa-apa yang berlaku merupakan suatu ujian daripada Allah swt.
InshaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu pesakit yang mempunyai masalah prostat ini.
Sekian.

Sumber- alhidayah-medic.com

Sunday, 11 May 2014

14 KHASIAT AIR KELAPA MUDA & CARA NAK BIKIN VIRGIN OIL (MINYAK KELAPA DARA)




14 khasiat air kelapa yang terbukti saintifik




Pokok kelapa sememangnya terkenal dengan seribu satu kegunaan. Selain daripada itu, airnya juga turut memberikan khasiat kepada tubuh badan manusia. Antara kebaikan air kelapa terhadap tubuh badan anda adalah……

(1) Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.

(2) Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.

(3) Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.

(4)  Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.

(5) Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.

(6) Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.

(7) Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.

(8) Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.

(9) Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.

(10) Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.

(11) Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.

(12) Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.

(13) Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.

(14) Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.

Sumber :

CARA MEMBUAT MINYAK KELAPA DARA/VIRGIN COCONUT OIL SENDIRI

Korang mesti pernah dengar tentang minyak kelapa dara kan? Hasil pencarian aku dengan Cik Google ini antara khasiatnya adalah :
  • Anti-penuaan
  • Menyiembangkan badan sekaligus mendapat berat badan yang ideal
  • Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh badan
  • Membunuh organisma perosak seperti virus, bacteria, kulat dan protozoa(cacing)
  • Mengurangkan keadaan mudah lapar
  • Mengurangkan kandungan lemak badan
  • Melindungi tubuh daripada serangan kanser
  • Menghasilkan tenaga segera
  • Memperbaiki hubungan suami isteri dan juga sebagai pelincir
  • Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
  • Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
  • Melembut dan mengurangkankan kekeringan dan kekenduran kulit
  • Mengatasi masalah monopaus
  • Meningkatkan kesuburan
  • Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
  • Melegakan pernafasan
  • Melembapkan dan menggebukan kulit
Tapi kena makan 2 biji 3 kali sehari. Baru boleh nampak kesan dia.

Tapi kan kalau nak beli harga dia pun boleh tahan jugak la kan. Pastu ada macam-macam jenis. Tapi aku pernah try jugak minum ni. Terjumpa seorang nenek ni masa aku beli keropok kat Pasar Siti Khadijah. Dia tengah menjaja minyak tu dalam botol kecik je masa tu. Adala dalam masa 6 tahun lepas kot. Masa tu aku dengan kakak aku tgh jalan-jalan sambil cakap apa tah. Lepas tu nampak nenek tu dah tua sangat. Dia bawak benda dalam botol kaca macam botol pewarna kecik-kecik tu ala yang macam Star Brand color yang buat kuih tu. Dia cakap minyak kelapa dara ni sangat bagus untuk kesihatan. Masa tu minyak ni tak famous lagi. Dia cakap anak dia buat sendiri. Murah je dia jual sebotol tu RM5. Aku pun beli sebab kesian kat dia. Kakak aku beli 5 botol sebab katanya nak minum sebab dia boleh hilangkan senggugut.Lepas setahun baru minyak kelapa dara ni fofular. Mana la aku nak cari makcik ni...

Baru-baru ni masa tengah blogwaking aku terjumpa satu blog ni yang tunjuk kan cara nak buat minyak kelapa dara sendiri. Ceh senang je rupanya...Tapi depa jual mahal la pulak...Ok ni aku nak share macam mana nak buat minyak kepala dara sendiri. Yeay...bila dah pandai buat jangan lupa aku ok...

Sumber :

Mula-mula beli santan kat kedai sebanyak 3 kg ok...
1) Pastu masuk kan dalam bekas :




2) Tutupkan bekas tu :




  


3)  Biarkan dalam masa 2 - 3 jam, sampai ia terpisah pati dan air :



Perhatian 

4) Bila ia dah jadi macam tu, kena masukan bekas tu kedalam fridge untuk keraskan bahagian atas tu. Pati tu akan mengeras pada suhu 22-23 degree celsius :





  



5) Bila dah keras, tebuk jadikan lubang kat atas pati tu dengan garfu ataupun lidi pun boleh. Keluarkan air  lebihan tadi :



6) Lepas dikeluarkan air tadi ia akan jadi macam ni :





7) Tutup bekas dan biarkan selama 24-36 jam kat luar fridge :




 8) Lepas proses ni dia akan keluar lapisan minyak dan pati santan :





9) Lepas tu boleh sendukkan atau asingkan minyak dengan pati santan tu :



  
10) Nak senang lagi gunakan corong minyak tu, pastu letak kapas atau kain bersih untuk tapis :




11) Lapik kan dengan kain putih bersih untuk asingkan minyak dan pati santan :




12) Pastu tengok dah dapat sebotol besar, asli lagi tanpa campuran :


Sumber :

p/s : Selamat Mencuba

Tuesday, 29 January 2013

VID OF THE WEEK 10- SIX PACK ABS EXERCISE- KHAS BUAT MACHO MAN 18SX



Khas untuk kekawan yang boroi aka buncit yang bukan mengandung. Senaman mengempiskan perut yang terbaik untuk anda lakukan supaya nampak macho. Hanya ambil masa 8 minit. Selamat mencuba.





POSTED : SELASA, 29/01/2013@8.30PM




Monday, 17 December 2012

TIPS KESIHATAN – KADAR DENYUTAN NADI ANDA ( WAJIB TAHU)




TIPS KESIHATAN – KADAR DENYUTAN NADI ANDA ( WAJIB TAHU)    

KLASIFIKASI SKOR KADAR NADI REHAT
Bagi individu yang aktif, sihat, dan tinggi tahap kecergasannya mempunyai kadar nadi rehat yang rendah. Kadar nadi rehat ini boleh diambil sebaik sahaja bangun daripada tidur tanpa melakukan apa-apa aktiviti lain walaupun memberus gigi. Kadar nadi rehat yang rendah bermakna jantung tidak banyak bekerja semasa kita tidur. Sebaliknya bagi mereka yang tidak sihat, jantungnya masih perlu bekerja keras walaupun sedang berehat dan tidur, apatah lagi semasa bekerja. Bagi menentukan seseorang itu sihat atau sebaliknya, berikut dinyatakan klasifikasi skor kadar nadi rehat individu:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...