Sunday 27 April 2014

PROJEK IC YANG GAGAL?





MyKad: Pesara tentera, rakan didakwa cubaan menipu

17 April 2014

KUALA LUMPUR - Seorang pesara tentera dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki berhubung pengeluaran kad pengenalan Malaysia (Mykad) tahun lepas.
 
Abdul Wahab Yusuf, 59, dan Budi Harto M Yusof, 45, seorang pemastautin tetap, didakwa secara bersama cuba menipu Mohammad Rozli Yusuf, 46, untuk mempercayai bahawa mereka boleh mendapatkan Mykad bagi warga Indonesia bernama 'Memek' dan 'Yono' melalui Persatuan Amal Kebajikan Bajau Sabah (Pakbis), sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan Mykad.

Perbuatan itu mendorong Mohammad Rozli memberi wang tunai RM5,000 sebagai wang pendahuluan untuk mendapatkan Mykad itu.

Abdul Wahab juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan cuba menipu Mohammad Rozli bagi mendapatkan Mykad untuk warga Indonesia bernama 'Roni' melalui Pakbis sehingga mendorong Mohammad Rozli memberi wang pendahuluan RM2,500.

Budi Harto, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, turut mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan cuba menipu Mohammad Rozli bagi mendapatkan Mykad warga Indonesia 'Aminah' dan 'Abbas' melalui Pakbis sehingga mendorong lelaki itu memberi wang pendahuluan RM1,200 kepadanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di K Residence, Avenue K, Jalan Ampang dan di Hotel Putra Muda, Jalan Raja Muda Abdul Aziz di sini antara 2.35 petang, 22 Januari 2013 dan 7 malam, 14 Mac 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan Abdul Wahab dikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan manakala Budi Harto dibenarkan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 Mei ini untuk sebutan.

Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohd Nur Lokman Samingan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.  - Bernama


Note : Adakah ini salah satu projek IC yang orang dok heboh tapi gagal. Kenalah siasat sendiri pakcik taknak tuduh siapa2. Tapi kenapa gagal ekk.  Putugas PR kenalah followup kes ni .

Flashback citer projek IC ni : Kat Sini











KLIK GAMBAR UNTUK LAGI BESAR



Friday 11 April 2014

Vid of The week -Bila Beruk-Beruk Menjadi Ahli Parlimen Maka Parlimen Menjadi Sarkas..layann





Nota : nak jadi wakil rakyat kenalah professional. Kalau terjerit2 macam monyet baik jadi monyet kat sarkas jangan jadi wakil rakyat . Buat malu Malaysia di depan wakil rakyat Australia. GST adalah isu nasional dan perlu dibahaskan dengan hujah dan fakta. Bukannya terjerit2 dan terkinja2. Aduhai wakil rakyat ku.

Tuesday 8 April 2014

JADI JUTAWAN SEBAB JUAL JAGUNG DALAM CAWAN





PADA suatu petang, ketika Nelson sedang menguruskan kedai permainan kanak-kanak miliknya di Asia Jaya, Petaling Jaya, Selangor, dia didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa sebuah bakul penuh berisi jagung. Perkenalan spontan itu memberi ruang kepada lelaki itu meluahkan kesukarannya memasarkan jagung yang ditanamnya.

Tanpa berfikir panjang, Nelson terus membeli beberapa tongkol jagung daripada lelaki itu lalu membawa pulang ke rumah. Malam itu, Nelson sekeluarga menikmati jagung kukus yang dibelinya pada siang tadi. Kelembutan dan kemanisan jagung itu memikat hati Nelson. Dia bertemu semula penjual jagung itu dan bersetuju melantik lelaki tersebut sebagai pembekal utama jagung.

Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 1980-an. Nelson kemudiannya membuka gerai kecil di hadapan kedai permainannya untuk menjual jagung. Tidak memakan masa yang panjang, jagung Nelson mempunyai pengikut setia, malah hasil jualan makanan itu lebih laris berbanding perniagaan permainan kanak-kanak. Tiga tahun kemudian, Nelson mengubah keutamaan bisnesnya daripada kedai permainan kepada gerai jagung.
Sambutan menggalakkan jagung tersebut mendorong Nelson, 57, atau Datuk Nelson Kwok Teng Toong membawa bisnes kecilnya ke dalam sebuah pasar raya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Tahun 1985 menjadi permulaan kepada pengenalan jenama Nelson Corn (jagung manis) di Jaya Supermarket.

"Hari pertama operasi sahaja, sudah ramai orang beratur. Waktu itu saya dan isteri yang berniaga. Jagung dikukus mengikut pesanan pelanggan dan saya masih ingat bekalan jagung tidak cukup untuk menampung permintaan orang ramai.

"Ketika itu jagung masih dijual mengikut tongkol. Satu tongkol berharga RM1.20 dan ia boleh terjual sebanyak 1,000 tongkol sehari. Hujung minggu jagung mesti habis dijual
.
Ladang sendiri
Lapan tahun beroperasi di Jaya Supermarket, Nelson yakin sudah tiba masa untuk mengembangkan perniagaannya ke negeri lain. Dilema tercetus apabila masalah ketahanan jagung mengekang kelancaran pembukaan cawangan baharu.

Tanpa ladang sendiri, Nelson bergantung sepenuhnya kepada pembekal yang terdiri daripada petani-petani kontrak. Jagung yang dibawa ke luar Selangor mengecut dengan pantas dan membuatkan rasa aslinya hilang

Keuntungan perniagaan merosot dan hal tersebut menggugat keselesaan Nelson.
Mujur anak kedua daripada empat adik-beradik itu mampu menyelamatkan perniagaan tersebut daripada tersungkur. Program penyelidikan dan pembangunan dilaksanakan bagi mencari penyelesaian terhadap isu ketahanan jagung.

Solusi terbaik ditemui. Maka teknik pengasingan biji jagung daripada tongkol digunakan. Biji-biji jagung itu kemudiannya disejuk beku untuk dihantar ke cawangan Nelson di luar kawasan Lembah Klang.
Sejak itu, terciptalah budaya memakan jagung di dalam cawan. Percaya atau tidak, Nelson Corn ialah perusahaan makanan ringan berasaskan jagung pertama di dunia menggunakan pendekatan sedemikian.
Pulau Pinang menjadi cawangan pertama selepas Jaya Supermarket. Ia diikuti dengan pembukaan Nelson Corn di Kompleks PKNS, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Menerusi program francais, Nelson kemudiannya menyenaraikan Nelson Corn sebagai sebuah perusahaan francais di Malaysia.

Hari ini, selepas 28 tahun bergelumang dengan jagung, jenama Nelson Corn telah berkembang di 16 buah negara dengan jumlah kedai melebihi 800 buah dan dijangka akan terus bertambah.

"Nelson Corn juga berjaya dibawa masuk ke Mesir dan Vietnam. Saya tidak menyangka perniagaan ini mampu berkembang dengan jayanya selepas memperkenalkan jenama ini di Indonesia pada tahun 1998.
"Penerimaan positif membuatkan saya lebih berani untuk meluaskan empayar Nelson Corn. Arab Saudi menjadi destinasi luar negara kedua dan sekarang ia telah memiliki lebih 400 cawangan di sana," kongsi Nelson yang juga membuka cawangan di Tanah Suci Mekah.

Baka jagung
Seiring perkembangan perniagaannya, Nelson turut membuat keputusan untuk memiliki ladang jagung sendiri. Empat tahun lalu, ladang jagung berkeluasan 97 hektar di Chemor, Perak dijadikan pusat penanaman dan pemprosesan utama Nelson Corn.

Jagung gred N28 hasil penyelidikan khusus digunakan bagi memastikan setiap produk keluaran Nelson Corn terjamin kualitinya. Malah bekalan jagung daripada kira-kira 161 hektar ladang petani kontrak turut disyaratkan menggunakan baka jagung yang sama.
Kawalan piawaian tersebut membolehkan setiap jagung yang dieksport ke cawangan luar negara tidak mempunyai perbezaan dari segi kualiti dan rasa.

"Kalau anda ke luar negara dan mencuba jagung Nelson di negara tersebut, anda pasti merasai keenakan yang sama. Semua cawangan di luar negara menggunakan jagung yang dibekalkan dari Malaysia.
"Ia membolehkan pelanggan membezakan kualiti jagung Nelson berbanding jenama lain. Saya mahu mengekalkan keseragaman ini sampai bila-bila," jelas Nelson.

Menyedari masalah golongan petani di Malaysia yang berdepan kesukaran memasarkan hasil tanaman mereka, Nelson mewujudkan program bantuan dengan nama Balik Kampung Tanam Jagung.
Mungkin ia kedengaran lucu kerana frasa itu sering merujuk kepada jenaka sinis terhadap individu yang gagal dalam sesuatu pekerjaan. Nelson cuba membuktikan kebenaran di sebalik kenyataan itu dan mahu petani sedar bahawa menceburi bidang pertanian dan perladangan mampu menjana pendapatan yang menguntungkan.

Di bawah program tersebut, Nelson menggalakkan petani-petani untuk menanam jagung N28 dan akan membeli semula hasil tanaman mereka untuk diproses menjadi produk-produk Nelson Corn.

Pemandu van
Menyelak layar hidup Nelson, menemukan rentetan kisah yang menarik. Sebelum berkecimpung dalam bidang perniagaan, Nelson yang menamatkan pengajian setakat tingkatan enam pernah berkhidmat sebagai pemandu van.

Selama empat tahun, dia membawa dan menghantar bekalan air kacang soya dari kilang pembekal ke pasar raya dan kedai-kedai runcit. Selepas itu, Nelson beralih profesion menjadi kerani sebelum memutuskan untuk membuka kedai permainan kanak-kanak.

Meskipun bapanya seorang pemborong ikan masin dan ikan bilis, tidak pernah sekali dia dipanggil bagi menguruskan perniagaan keluarga tersebut. Bapa Nelson mahu anak-anaknya belajar berdikari dan merasai pengalaman bekerja dari bawah sebelum bercadang menguruskan perniagaan sendiri.

Nota : Pada pendapatan pakcik kat Malaysia ni siapa pun nak jadi kaya boleh, tak kira ko sape, melayu ke cina ke india ke atau Pati sekalipun . Tau pati apa? Pendatang Asing Tanpa Izin. Yang penting rajin berusaha dan tekun dan Pati pun dah banyak jadi jutawan kat Malaysia ni.

Yang penting nak kena ingat ialah tidak ada 'short cut' nak jadi kaya. Macam Nelson ni ambil masa 8 tahun baru nak kembangkan perniagaan dan setelah 28 tahun baru berjaya dengan ada 800 kedai jagung kat 16 negara termasuk di Arab Saudi!!. Ada beran...Lagi satu bak kata orang tua2 yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak takkan datang melayang. Kena usaha beb.

sumber : simplebisnesman

Tuesday 1 April 2014

AWAS- PENIPUAN MENYAMAR MAYBANK2U




Salam semua dan selamat sejahtera. Ceritanya begini :

Pagi tadi macam biasa pakcik bukak email pakcik. Dalam list inbox ada 3 email :


Tipah Tertipu




Pakcik terus bukak dulu email dari M2U sebab dari maybank kan mesti penting, Kat mesej pun tulis " Dear Customer yourM2U  account profile will expire today .." . Pakcik pun buka email tu seperti kat bawah ni :


Macam real kan dari Maybank


Pakcikpun terus tekan kan link dalam email tu. Isi id dan password dan terus ke profile. Kat situ takda gambar yang macam biasa kita lihat bila login (pelik gak). Pakcik pun tukar beberapa soalan rahsia. Tup-tup ada call, pakcik angkat rupanya dari Maybank. Dia beritahu betul ke pakcik ada login Maybank2U. Pakcik jawab : Ya. Sebenarnya arahan dari email itu adalah scam/penipu. Dia segera suruh pakcik tukar password. Pegawai tu kata Maybank takda bagi email kat customer, link yang dibuka takda gambar pilihan kita (kosong). Jadi itulah pishing email. Dia suruh tutup email tu dan login semula macam biasa dan tukar password.

Alhamdulillah selamat pakcik, terus aje tutup page tu dan login semula dan tukar password. Macam real aje kerja penipu ni kan. Oleh itu kepada pengguna Maybank2U sila pastikan yang berikut :

PASTIKAN :

1) TELEFON ANDA SENTIASA DI UPDATE PADA BANK DAN DIBUKA (BILA ADA KES2 TERTENTU BANK AKAN SENANG BAGITAU MACAM KES PAKCIK) bayangkan kalau pakcik tutup telefon tadi atau no tel dah tukar. Sapan duit pakcik banyak gek tu walau tak berjuta.

2) JANGAN LOGIN ACCOUNT MENGGUNAKAN LINK DALAM EMAIL. Gunakan   http://www.maybank2u.com.my/

3)  JANGAN MALU2 CONFIRM DULU DENGAN BANK KALAU ADA KES2 MENCURIGAKAN.

p.s tolong sebar-sebarkan untuk menghapuskan penipuan ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...