Monday 15 August 2016

DIALOG USTAZ VS AWANG : KENAPA USTAZ BENCI ANWAR



Kenapa Ustaz bencikan Anwar Ibrahim


USTAZ : "Ana nak tegur sikit, enta jangan marah...." .
AWANG : "Eh, takkan saya nak marah.... nak tegur apa, Ustaz...? Silakan..." .  

USTAZ : "Ana tengok, enta terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim.... Tak boleh, syeikh.... Kita tak boleh taksub kepada manusia, haram hukumnya....!" . 

AWANG : "Ustaz, saya orang Islam.... Sebagai seorang Muslim, saya nak bagitahu bahawa saya tidak suka jika orang Islam lain difitnah sebegitu rupa.... Saya tidak suka kalau orang Islam lain dizalimi dan dianiaya begitu.... Itu saja.... Adakah itu yang Ustaz maksudkan saya taksub kepada Anwar...?" . 

USTAZ : "eer... Bukan itu maksud ana...." . 

AWANG : "Bila bercakap tentang penderitaan rakyat Palestine, Ustaz bertempik sampai nak terkeluar anak tekak, siap tumbuk meja sebab marahkan Israel.... Siap tumbuk dinding kerana marahkan tentera Yahudi...... Padahal kalau ustaz melolong dan meraung seluruh negara pun, orang Yahudi di Israel tak dengar pun......! Tapi bila Anwar difitnah dan dizalimi oleh orang Islam sendiri di depan mata kita, kenapa Ustaz tak tumbuk lantai....? Sekarang, siapa yang taksub....?" . 

USTAZ : "Kita tak boleh kata Anwar telah dizalimi..... Anwar bukannya baik sangat... Dia bukannya maksum.... Tidak mustahil kalau dia memang bersalah.... Kalau enta kata confirm Anwar tidak bersalah, itu tak betul.... Dia bukan Malaikat....!"  

AWANG : "Adakah Ustaz percaya Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu...?"  
USTAZ : "Bukan soal percaya atau tidak.... Enta juga tidak boleh kata confirm dia tak buat.... Sebab kita sama-sama tak tahu."  

AWANG : "Kalau tak tahu, kenapa dia dihukum....? Ustaz orang alim, mengaji sampai ke Mekah Madinah, ilmu tinggi langit, ijazah bergulung-gulung macam tikar.... Sekarang saya nak tanya, kitab mana yang bagitahu kita boleh menghukum orang sebab kita sama-sama tak tahu samada dia bersalah atau tidak...?"  

USTAZ : "Anwar pun ada buat salah..... Ada bukti.... Terang-terang dia gila kuasa, nak rampas Putrajaya."  

AWANG : "Kenapa tak hukum dia atas kesalahan nak rampas Putrajaya....? Kenapa buat fitnah kononnya dia telah meliwat....? Mazhab mana yang ajar kalau seseorang melakukan kesalahan, kita boleh reka tuduhan atas kesalahan lain kemudian hukum dia...? Hukum Islam mana yang benarkan begitu...? Ustaz pakai kaedah mana...?"  

USTAZ : "Er.... Bukan ana yang hukum dia.... Mahkamah telah buat keputusan, apa kita boleh buat....?"  

AWANG : "Saya tak suruh Ustaz buat apa-apa.... Saya cuma nak tanya, adakah Ustaz setuju dengan hukuman ke atas Anwar....?" 

USTAZ : "Kita sama-sama tak tahu....." 

AWANG : "Bukan soal kita tahu atau tak tahu.... Saya tanya, adakah Ustaz setuju dengan hukuman itu...?" 

USTAZ : "Ya, ana ikut keputusan mahkamah.... Ana bukan taksub macam enta....!" 

AWANG : "Adakah sekadar bersimpati kepada orang Islam yang dianiaya dengan kejam begitu, maka Ustaz anggap saya taksub...?" 

USTAZ : (Diam) . AWANG : "Ustaz, taksub bukan hanya menyokong seseorang, tetapi membenci seseorang tanpa sebab juga adalah sejenis ketaksuban.... Orang itu ialah seorang Muslim.... Dia difitnah dengan dahsyat, tetapi Ustaz bergembira dengan hukuman itu, maknanya Ustaz seorang yang busuk hati dan jahat.....!" . 

USTAZ : "Ana ada sebab kenapa ana benci Anwar...!" .

AWANG : "Sila beritahu apa sebabnya..." 
USTAZ : "Anwar cuba mengkhianati perjuangan Islam.... Dia pecat Khalid Ibrahim dan mahu digantikan dengan bini sendiri.... Dia biadab dengan Tuan Guru Haji Hadi...." 

AWANG : "Alahai.... ok, dengar sini.... Ustaz tahu tak bahawa Anwar tak pernah tinggal Solat....? Ustaz tahu tak bahawa Anwar seorang Islam yang tidak pernah lupa untuk rukuk dan sujud kepada Allah 5 kali sehari semalam.....?" . 

USTAZ : "Alaa syeikh, orang yang Solat pun tidak semestinya masuk syurga.... Ada juga orang Solat masuk neraka..." 

AWANG : "Ustaz sendiri dah dapat tiket untuk masuk Syurga...? Kalau ada tiket lebih, bagilah saya satu....!" 

USTAZ : "Sekurang-kurangnya, dalam soal Agama, ana ikut Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.... Enta pertahankan Anwar, ikut Sunnah siapa.....?" 

AWANG : "Baik.... Ustaz dengar sini.... Selepas Penaklukan Kota Mekah, tahun 8 Hijrah, telah berlaku Perang Hunain.... Abu Sufian yang baru masuk Islam ikut serta dalam peperangan itu, dan di Hunain itulah sebelah mata Abu Sufian telah buta akibat terkena anak panah..... Akhirnya pasukan Islam telah menang dan mendapat harta rampasan yang banyak..... Ketika membahagikan ghanimah kepada para tentera Islam, Nabi SAW telah memberikan harta yang lebih kepada Abu Sufian, kerana untuk mengambil hatinya..... Hurkus bin Zuhair, dari bani Tamim, yang turut serta dalam Perang Hunain itu telah menegur tindakan Nabi SAW itu.... Katanya : 
"Ya Rasulullah! Takutlah kamu akan Allah... Wajib berlaku adil dalam pembahagian!"
 Nabi SAW menjawab : "Melampau! Siapa lagi yang lebih takutkan Allah melebihi aku...?"

Umar al-Khattab telah menyentap pedangnya dan meminta izin dari Nabi SAW untuk memenggal leher Hurkus bin Zuhair, kerana begitu biadab terhadap Nabi Allah.... Tetapi Nabi SAW tidak membenarkan Umar membunuh Hurkus, dan baginda bersabda kepada Umar : 

"Darahnya tidak halal untuk ditumpahkan, kerana dia seorang yang tekun mengerjakan Solat!"
 Sekarang Ustaz faham kenapa saya menentang kezaliman ke atas Anwar....? Sebab dia orang Islam yang sangat taat mengerjakan Solat...! Samada Solatnya diterima atau tidak, soal dia akan masuk syurga atau neraka, itu bukan urusan Ustaz...!!! Daripada Ustaz sibuk sediakan neraka untuk orang lain, baik Ustaz kira dosa sendiri dulu."
 
 
 

Sunday 22 May 2016

APARTMEN SRI IMPIAN LARKIN PERDANA JB : SOLD


SOLD








MOHON IKLAN :




HARGA : 250,000.00

NO PARCEL : BLOK C TINGKAT 10 NO .8

LUAS : 936 KAKI PERSEGI

BILIK : 3 BILIK 2 BILIK AIR

PENYEWA : ADA - 800 SEBULAN 


KEMUDAHAN : SECURITY GUARD 24 HRS , PARKING BERBUMBUNG

KEMUDAHAN SEKELILING : PUSAT PERNIAGAAN LARKIN PERDANA, PEJABAT-PEJABAT, BANK, RESTOREN, KLINIK, DLL

LAIN-LAIN : LOKASI STRATEGIK, 5 MINIT KE BANDARAYA JB, 2 MINIT KE TERMINAL BAS LARKIN, BERHAMPIRAN STADIUM LARKIN, KOLAM RENANG LARKIN, BERHAMPIRAN SEKOLAH-SEKOLAH.


CONTACT : 0106006786 (WASAP/SMS)

Thursday 14 April 2016

SEGMEN UNDANG-UNDANG : PELABURAN KOPERASI YANG TAK JELAS ADALAH TIDAK SAH- PELABUR RUGI RM30000.







Kalah bicara yang menggembirakan..
Tengok tajuk kali ni pasti ramai yang pelik. Apa tidaknya, setiap peguam inginkan kemenangan dalam kes yang dikendalikannya apatah lagi bayaran guaman yang tinggi dikenakan..Hati kecil saya terdetik-detik untuk menulis pengalaman saya kali ini walaupun tidak sehebat mana, saya harap anda semua ambil pengajaran penting.


Saya dilantik mewakili sebuah koperasi yang agak hebat satu masa dahulu dengan pelaburan jutaan ringgit dan pelabur-pelabur yang cukup ramai. Koperasi ini pernah diiktiraf antara yang terbaik di negara ini. Malangnya, setelah beberapa tahun beroperasi dengan gah, akibat salah tadbir dan angkara beberapa kerat anggota pengurusan koperasi tersebut, koperasi tersebut terpaksa diambil alih oleh Ketua Pendaftar Koperasi Malaysia berdasarkan Seksyen 69 (3) Akta Koperasi 1993 untuk ditadbir. Saya tak mahu menyentuh lanjut perkembangan koperasi tersebut memandangkan koperasi tersebut adalah anakguam saya dimana saya perlu memelihara professionalisme dan etika antara peguam dan klien.

Akibat perkara tersebut, koperasi kerugian besar, pelaburan entah kemana, aset-aset tak dapat dikenalpasti dan paling malang mereka yang menggerakkan koperasi ini yang dahulunya ke hulu hilir berkempen menambah ahli, tidak lagi boleh diharapkan untuk memulihkan koperasi. Natijahnya, paling menderita adalah para pelabur. Ada yang mencarum duit pusaka, gadai harta benda, wang gaji dan lain-lain semata-mata tertarik untuk melabur.

Kes saya ini adalah membela koperasi tersebut melawan tuntutan seorang warga emas dari negeri Melaka yang mencarumkan wang KWSPnya dan wang pencennya dalam koperasi tersebut atas nama pelaburan Mudharabah. Dalam pernyataan tuntutannya, pakcik ni bagitau bahawa dia diberi taklimat bahawa pelaburannya akan dilaburkan dalam satu pelaburan yang menjanjikan keuntungan. tiada langsung dimaklumkan akibat jika pelaburan rugi. . Sedangkan Al Mudharabah bererti perkongsian untung rugi. Dalam kes ini, pelaburan yang dimasuki pakcik ni rugi dan dia dimaklumkan bahawa oleh kerana pelaburan ini adalah al Mudharabah maka pelaburannya hangus. Pakcik ini tak dimaklumkan operasi al Mudharabah samada melibatkan wang pokok akan hangus atau tidak jika pelaburan mengalami kerugian. Saya rasa konsep Mudharabah ini perlu diperhalusi oleh pihak berkuasa agama dengan lebih mendalam agar pelabur tidak keliru..Jangan gunakan skim murni agama ini untuk tipu pelabur!
Berbalik kes pakcik ni, dia tuntut RM30 ribu lebih wang pelaburannya. Kes dibicarakan di Tribunal Koperasi yang ditubuhkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) di Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. 3 orang Hakim bersidang. Saya datang ke tribunal dengan kapasiti peguam yang banyak kendalikan kes-kes dan pada pandangan saya ketika itu, kes pakcik ni kecil je. Tambahan saya dah buat kajian undang-undang kes ini termasuklah perkara teknikal yang akan saya bangkitkan. Bagi saya pakcik ni pasti tak tau apa-apa.

Tiba hari perbicaraan, saya kemukakan hujah bahawa pakcik ni tak berhak untuk tuntut wang pelaburan beliau berdasarkan prinsip Mudharabah. Tambahan pula, dividen yang diperolehi pakcik ni pun agak banyak hampir menyamai wang pokoknya. Walaubagaimanapun, pakcik ni berhujah dengan tanpa saya duga, mengemukakan bukti bahawa skim Mudaharah tidak boleh terpakai dalam pelaburan beliau memandangkan penerangan terhadap beliau tentang pelaburan Mudharabah oleh pegawai koperasi tidak mencukupi malah pakcik tu hanya dijanjikan keuntungan..Saya berhujah balas bahawa apabila seseorang menandatangani borang pelaburan dimana di situ terdapat penerangan skim Mudaharabah secara bertulis ia memadai untuk mengikat seseorang pelabur dengan skim ini, apabila beliau menurunkan tandatangannya di situ.

Tribunal akhirnya membuat keputusan bahawa pelabur mestilah diberikan penjelasan sewajarnya terhadap sesuatu pelaburan. Apa yang berlaku dalam kes ini, sikap pegawai koperasi yang bukan sahaja tidak bersikap "full and frank disclosure" mengelirukan pelabur oleh yang demikian tidak mengikat pelabur dengan skim tersebut. Malah pelabur boleh membuat laporan polis. Tribunal membenarkan tuntutan pakcik tu. Saya kalah kes. Saya hanya mampu memaklumkan tribunal bahawa, anakguam saya (koperasi) tidak berupaya membuat bayaran kepada pakcik tu dan sekiranya ada perintah pelaksanaan (execution) pun, koperasi tersebut tetap tidak berupaya memandangkan ramai kakitangan diberhentikan dan pelaburan-pelaburan ditutup. Pakcik itu hanya menjawab "kita akan betemu di akhirat nanti".. Saya mengalirkan airmata..

Apa yang saya nak bawa arini ada 2 perkara. Pertama, walaupun pakcik tu tak guna peguam tetapi apabila keadilan dan kebenaran di pihaknya ia pasti tiba jua akhirnya. Sehebat mana pun kita membela, sepetah mana pun kita berhujah, ia tidak dapat menolak kebenaran hakiki. Kedua, ingatlah bahawa apa yang berlaku pada koperasi ini perlu menginsafkan semua, samada pentadbir, pemimpin organisasi, penaja koperasi, pelabur dan seluruh masyarakat, bahawa sesebuah koperasi itu perlu ditadbir sejujurnya, ikhlas dan taqwa kepada Allah melebihi kepentingan diri, kerana hutang kita kepada rakyat yang bergolok gadai, menggunakan seluruh wang pencen mahupun melabur atas nama perjuangan pasti akan dipersoalkan Allah suatu hari kelak.

Pakcik..Terima kasih kerana menyedarkan saya.. 

SUMBER : peguamkita.blogspot


Komen pakcik : nanti...

Thursday 28 January 2016

REZAB TABUNG HAJI : PAS BACKING VS AMANAH PEDULI - TEPUK DADA TANYA SELERA







KENYATAAN MEDIA
ISU RIZAB TABUNG HAJI: RAKYAT PERLU DIBERI PENJELASAN


1. Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji berhubung rizab agensi itu yang berada pada paras negatif.



2. Laporan yang merujuk surat Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu juga turut menyebut bahawa Lembaga Tabung Haji juga tidak akan dapat membayar dividen kepada 8.8 juta pencarum jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini.

3. Laporan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya para pencarum berkenaan kedudukan simpanan mereka.

4. Ia juga menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat berhubung keberkesanan Lembaga Tabung Haji untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas.

5. Lebih membimbangkan apabila Tan Sri Zeti berpendapat Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.

6. Lembaga Tabung Haji sebelum ini juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development (1MDB) apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188 juta, iaitu 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.


7. Dengan segala perkembangan yang berlaku, Parti AMANAH berpendapat bahawa, semua rakyat perlu mendapat penjelasan daripada Lembaga Tabung Haji.

8. Untuk itu, mewakili AMANAH, saya telah menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom untuk diadakan satu pertemuan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.

"HARAPAN BARU"

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
28 Januari 2016


p/s  :  KITA BOLEH MENILAI PASUKAN MANA YANG LEBIH BAIK DI ANTARA KEDUANYA. KALAU PAKCIK TENTULAH PAKCIK PILIH AMANAH SEBAB AMANAH BERSIKAP PEDULI DAN PRIHATIN.  

JIKA TIDAK KERANA UNDI CAI, SUDAH PASTI PAS TIDAK BERPECAH. CUMA KITA BERHARAP ADA PERSEFAHAMAN ANTARA KEDUANYA PADA PRU14 NANTI.

CUMA PAKCIK BERHARAP JANGANLAH ANTARA KEDUANYA SALING KUTUK MENGUTUK DAN FITNAH MEMFITNAH KERANA KEDUA-DUANYA PARTI BERTERASKAN ISLAM. NANTI YANG MALU ISLAM JUGA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...