Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Saturday, 1 November 2014

KISAH PENDITA YAHUDI MEMELUK ISLAM : HUTANG-ANJURAN BERLAKU BAIK SEMASA MENUNTUT HUTANG



Islamnya Zaid bin Sanah seorang Pendita Yahudi

Diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Abdullah bin Salaam r.a bahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w keluar bersama sahabat-sahabat baginda, di antaranya Ali bin Abi Thalib r.a. 
 
Tiba-tiba datang menemui beliau seorang Badwi dengan berkenderaan, lalu berkata; "Ya Rasulullah. di kampung itu ada sekumpulan manusia yang sudah memeluk Agama Islam dengan mengatakan bahawa jika memeluk Islam, mereka akan mendapat rahmat dan rezeki dari Allah. Tetapi sesudah mereka semua peluk Islam, terjadilah musim kering dan panas yang bersangatan sehingga mereka ditimpa bahaya kelaparan.
Saya khuatir ya Rasulullah jika mereka kembali kufur meninggalkan Islam kerana soal perut, kerana mereka memeluk Islam juga adalah kerana soal perut. Saya ingin agar kepada mereka engkau kirimkan bantuan untuk mengatasi bahaya kelaparan yang menimpa mereka itu."
 
Mendengar keterangan itu. Rasulullah s.a.w lalu memandang Ali bin Abu Thalib. Ali mengerti maksud pandangan itu sambil berkata, "Ya Rasulullah, tidak ada lagi bahan makanan pada kita."
 
Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi yang turut mendengarkan laporan orang Badwi dan jawapan Ali bin Abu Thalib lalu mendekatkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau suka, akan saya belikan kurma yang baik lalu kurma itu dapat engkau beli padaku dengan hutang dan dengan perjanjian begitu, begini."
 
Berkata Rasulullah s.a.w, "Jangan dibeli kurma itu sekiranya kau berharap aku berhutang kepadamu tetapi belilah kurma itu dan berilah kami pinjam dari engkau."
"Baiklah." jawab Zaid bin Sanah.
Zaid bin Sanah pun membeli buah kurma yang baik-baik lalu menyerahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan perjanjian-perjanjian tertentu dan akan dibayar kembali dalam jangka waktu yang tertentu pula. Sebaik saja Rasulullah s.a.w menerima kurma itu, lalu diarahkan supaya buah kurma tersebut diserahkan dan dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung yang ditimpa bencana itu.
 
Berkata Zaid bin Sanah, "Dua atau tiga hari sebelum tiba tempoh perjanjian pengembalian pinjaman seperti yang ditetapkan dalam perjanjian itu, Rasulullah s.a.w keluar menziarahi orang mati bersama Abu Bakar, Umar, Usman dan beberapa orang sahabat yang lain.
Setelah selesai menyembahyangkan jenazah tersebut, Rasulullah s.a.w pergi ke suatu sudut untuk duduk lalu saya menghampirinya dengan memegang erat-erat bajunya dan berkata kepadanya dengan sekasar-kasarnya. "Hai Muhammad, bayar hutangmu kepadaku, aku tahu bahawa seluruh keluarga Abdul Mutalib itu selalu melengah-lengahkan masa untuk membayar hutang!"
 
Mendengar kata-kataku yang kasar itu, saya lihat wajah Umar bin Khattab merah padam kemarahannya, lalu berkata, "Hai musuh Allah, engkau berkata begitu kasar terhadap Rasulullah dan berbuat tidak sopan. Demi kalau tidak kerana rasa hormatku terhadap Rasulullah s.a.w yang berada di sini, sungguh tentu akan ku potong lehermu dengan pedangku ini."
 
Rasulullah memandang kepadaku dalam keadaan tenang dan biasa saja, lalu berkata kepada Umar, "Hai Umar, antara saya dengan dia ada urusan hutang piutang yang belum selesai. Sebaik-baiknya engkau menyuruh aku membayar hutang itu dan menganjurkan kepadanya untuk berlaku baik menuntut hutangnya. Hai Umar, pergilah bersama dia ke tempat penyimpanan kurma, bayarlah hutang itu kepadanya dan tambahlah 20 gantang sebagai hadiah untuk menghilangkan rasa marahnya."
 
Setelah Umar membayar hutang itu dengan tambahan tersebut, lalu Zaid bin Sanah pun bertanya kepada Umar, "Kenapa ditambah hai Umar?" Berkata Umar, "Diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w tambahan ini sebagai imbangan kemarahan engkau."
 
"Hai Umar, kenalkah engkau siapa aku?" Tanya Zaid bin Sanah. "Tidak." Jawab Umar.
"Akulah Pendita Zaid bin Sanah."
"Engkau ini Pendita Zaid bin Sanah?" Tanya Umar agak terkejut. "Ya." Jawab Zaid bin Sanah ringkas.
"Kenapa engkau berlaku demikian rupa terhadap Rasulullah s.a.w? Engkau berlaku begitu kasar dan begitu menghina?" Tanya Umar lagi.
 
Zaid bin Sanah menjawab, "Hai Umar, segala tanda kenabian yang aku dapati dalam kitab Taurat sudah aku temui pada diri Rasulullah itu. Selain dua perkara yang aku sembunyikan dan tidak aku sampaikan kepada Rasulullah iaitu bahawa perasaan santunnya selalu mengalahkan perasaan marahnya. Makin marah orang kepadanya, makin bertambah rasa kasih sayangnya terhadap orang yang marah itu.
 
Dengan kejadian itu hai Umar yang sengaja diatur, aku sudah tahu dan lihat sendiri kedua sifat itu terdapat pada diri Muhammad itu. Aku bersumpah di depanmu hai Umar, bahawa aku sungguh-sungguh suka dan redha dengan Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai nabi dan ikutanku."
 
Umar dan Zaid bin Sanah pun kembali mendapatkan Rasulullah s.a.w. Sebaik saja berhadapan dengan Rasulullah s.a.w, lalu berkata Zaid bin Sanah, "Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba Allah dan rasulNya."
Zaid bin Sanah turut berjuang dan bertempur bersama Rasulullah s.a.w dan kaum muslimin hampir di setiap medan perang dan akhirnya mati syahid di medan Perang Tabuk.
 
Demikianlah caranya bagaimana Zaid bin Sanah, seorang Pendita Yahudi menganut Agama Islam , beriman dengan Rasulullah s.a.w dan bersumpah akan membela Islam sehingga akhir hayatnya. SubhanAllah .......
[Tulisan oleh: Farah Hanan Abd. Wahid - Majalah Dakwah, Julai 1993]
 
SUMBER : Fendi Tazkirah
 
Nota  Pengajaran :
 
1) Bagi yg memberi hutang tuntutlah hutang dengan baik dan sopan bukan dengan paksaan macam along. Itu ditegah dalam Islam
 
2) Bagi yang berhutang bertenang kalau di marah oleh pemberi hutang. Bayarlah hutang mengikut perjanjian.
 
3) Buatlah hitam putih perjanjian hutang supaya tak bergaduh pada masa akan datang.
 
4) Contohilah salah satu sifat hebat nabi iaitu  perasaan santunnya mengalahkan perasaan marahnya. Makin orang marah makin ia sayang pada orang itu.
 
 

Sunday, 17 March 2013

KISAH BENAR SI TANGGANG MODEN -ANAK DERHAKA BALASAN SEMASA DI DUNIA LAGI

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Israa ayat 23:
Maksud:
"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

Nabi saw. bersabda, "Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari )

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

INI KISAHNYA :


Salam.... Ni nak berkongsi sikit tentang kisah yang pernah berlaku di satu kg terpencil..... Sama-samalah kita menghayatinya..... Pada suatu hari, saya merasa hairan melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan,kata saya di dalam hati.Setelah injin motosikal di matikan,saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din,kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi,kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham," jawab saya.Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi,lalu menyambung, " di kubur dekat kampung Batu 10 tu,ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur itu.Sekarang ini orang tengah nak keluarkan dia...tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam itu ? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya.Kata beliau,memandangkan semalam adalah hari kelepasan sempena Hari Kebangsaan,budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.Bagaimana pun,ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang. " Bukannya banyak,RM 20 saja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit.Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya,perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.Sudah bertahun- tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis. " Maaak...kawan-kawan semuanya keluar.Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu. " Yalah,mak tahu...tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata. " Tak ada ," jawab ibunya. " Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras. " Bukan macam itu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan,gadis tersebut menyanggah,katanya," Ahhh...sudahlah emak ! Saya tak mahu dengar ! " " Kalau emak ada du... " ibunya menyambung,tapi belum pun habis kata-katanya,si gadis memintas lagi,katanya ; " kalau abang,boleh, tapi kalau saya minta duit,mesti tak ada !" Serentak dengan itu,gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.Si ibu jatuh ke lantai." Saida..Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada.Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.Di dalam bilik,di balingnya bantal dan selimut ke dinding.Dan Sementara diluar,suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian,barulah gadis tersebut keluar.Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher,tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik.Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak bersahut.Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.Melalui jiran-jiran,kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar. Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik itu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.

Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu. " Tapi bila budak perempuan itu tolong,mayat ibunya serta-merta jadi ringan.Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan. Tanpa bersusah payah,gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat.Ia seperti di paku ke tanah.Si gadis mula cemas. " Kenapa ini ayah ?" kata si gadis.Wajahnya serta-merta pucat lesi. " Apa pasal," Si ayah bertanya. " Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas. Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku. " Ayah,tarik tangan saya ni.Kaki saya terlekat...tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu,tetapi gagal.Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar,juga tidak berhasil. " Ayah...kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida,ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.

Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,kaki si gadis tetap terpasak di tanah.Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah,tolong saya...kenapa jadi macam ni ayah ? " kata si gadis sambil meratap. " Itulah,kamu yang buat emak sampai dia meninggal.Sekarang,ayah pun tak tahu nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun.Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak...ampunkan Saida emak,ampunkan Saida..." gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah emaknya.Air matanya sudah tidak boleh di tahannya lagi. " Maafkan Saida emak,maafkan,Saida bersalah,Saida menyesal...Saida menyesal..Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar.Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa.Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus. " Kita kambus sedikit saja,sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja...kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. "Habis anak saya ?" tanya si bapa. "Kita akan terus cuba tarik dia keluar.Kita buat dua-dua sekali,mayat isteri awak di sempurnakan,anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju.Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai,termasuk talkinnya.Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan,ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin di baca,dia menangis dan meraung kesedihan.Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara itu,orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat,aku balik kejap untuk makan.Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi. " Aku pun nak pergilah," kata saya.Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha,akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali.Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.Di dalam kepungan itu,anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu.Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. " Pssstt...Raie...Raie..Psstt," saya memanggil,Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh.Keluarga dia saja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu. " Sekejap saja.Bolehlah..."saya memujuk. Alhamdulillah,setelah puas di pujuk dia mengalah.Tanpa berlengah,saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.Namun demikian dada saya berdebar kencang.Pertama,risau,takut di halau keluar.Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya. Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.

Alhamdulillah,saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur. Bila di jenguk ke dalam,dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak...ampunkanlah Saida,Saida sedar,saida derhaka pada emak,Saida menyesal,Saida menyesal.." Selepas mengesat air jernih yang terus bercucuran daripada matanya yang bengkak,gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya." Emak...lepaskanlah kaki saya ni.Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga. Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis,di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan. " Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.Malah memandang ke atas pun tidak.Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida.Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah.Memang betul kata para alim ulama,dosa menderhakai ibi bapa akan di balas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana.Cuma 10-15 minit saja kerana Raie memberitahu,pegawainya mahu saya berbuat demikian.Mahu tidak mahu,terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,ampunkan saya saya,Ya Allah,lepaskanlah kaki ku ini,aku bertaubat,aku insaf..." Lantas saya menoleh buat kali terakhir.Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,tapi seperti tadi,tidak berhasil.Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya. Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan.Mereka merayu bermacam-macam cara,namun demi kebaikan keluarga gadis,permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam,akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.Saida masih begitu.Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan.Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.

Saya di beritahu,sejak siang,tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya.Seleranya sudah mati.Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran,Yassin dan berdoa.Namun telah di sebutkan Allah,menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.Saida tetap tidak dapat di keluarkan. Embun mula menitis.Saida kesejukan pula.Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.Namun dia tidak dapat tidur.Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Begitulah yang berlaku keesokannya.Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita. Setelah empat atau lima hari terperangkap,akhirnya Saida meninggal dunia.Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya. Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan.Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain. Kuburnya kini di penuhi lalang.Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. Wallahu A'lam.. *** Buat iktibar bagi kita yang selalu leka......

sumber: iluvislam.com 

My Ulasan : 

Wahai adik-adik dan tuan puan janganlah sesekali kita menderhaka kepada orang tua kita. Janganlah juga kita melukakan hati ataupun mengecilkan hati keduanya. Kerana balasan anak derhaka ini biasanya tunai didunia lagi seperti kes di atas.

Kalau kita jarang melawat orang tua kita, lawatlah selalu sementara mereka masih ada. Kalau orang tua kita sudah meninggal dunia, doakanlah setiap lepas solat mohon Allah merahmati  dan mengampuni dosa orang tua kita. Jangan jadi si tanggang.

Sunday, 3 February 2013

KISAH BENAR : MIMPI DISOAL MUNGKAR NANGKIR





Kisah Benar - Wanita Mimpi Menghadapi Kematian

Thursday, 10 January 2013

VID OF THE WEEK 09- SELAGI NYAWA DIKANDUNG BADAN PELUANG UNTUK KEMBALI PADA TUHAN TIDAK PERNAH TERTUTUP

Islam tidak pernah meletakkan perantaraan antara Manusia dengan Tuhan. Bila-bila masa saja siapa saja insan itu di mana saja dia berada, bangsa apa dia, keturunan apa dia, siapa mak bapak dia, siapa saja datuk neneknya,  jika dia ingin berhubung dengan Allah Azzawajalla atau kembali kepada Allah maka tidak pernah ada halangan.

Muslim nak bertaubat kepada Tuhan tak perlu istiharkan diri, nak minta pada Tuhan juga tak perlu perantaraan. Manakah agama yang lebih memberikan ruang untuk manusia balik kepada Tuhan lebih daripada apa yang diberi oleh Islam.








Sila tengok juga :
Tengok Ni Macamana Pakatan Memerintah
Kehebatan Air Zam-Zam
Vid of the week : Hak Anda Bila Kena Tahan Polis
Berdialog Dengan Jin


Posted : Khamis, 10/01/2013@8.15pm


Tuesday, 20 November 2012

KISAH BENAR- TAUBAT NASUHA SEORANG PRAMUGARI



Gambar Hiasan


Firman Allah SWT :

Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41) Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42) Serta naungan dari asap hitam (43) Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. (44) Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). (45) Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, (46) Dan juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? (47) Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? (48) Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, (49) Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum. (50) Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), (51) Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (52) Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (53) Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54) Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. (55) Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. (56)
(Surah Al Wakiah : 41-56)

Thursday, 15 November 2012

KISAH MAYAT KELUAR ULAT DAN KAIN KAFAN JADI SINGKAT-KISAH IKTIBAR JANGAN MENDAPAT HARTA SECARA MENIPU

Gamabar Hiasan


KISAH ANEH SEMASA MENGURUSKAN JENAZAH 

Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.

Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : 


Thursday, 8 November 2012

AMANAT TUAN GURU NIK AZIZ PADA ANWAR BILA JADI PERDANA MENTERI



Pesanan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat sentiasa tersemat di hati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

" ANWAR KAMU DAH RASA APA ITU KEMISKINAN, KAMU DAH RASA PENDERITAAN, KAMU JUGA DAH RASA BETAPA SAKITNYA DIPUKUL.

Wednesday, 7 November 2012

ROH ZIZAN DALAM HANTU KAPCAI ADALAH TAHYUL ,KHURAFAT



Untuk pengetahuan penonton hantu zizan yang digambarkan oleh filem ini adalah tahyul semata-mata.  

KALAU DAH TENGOK CERITA HANTU KAPCAI INI JANGANLAH PERCAYA KONSEP ROH YANG DIKETENGAHKAN DALAM FILEM INI. IANYA BERCANGGAH DENGAN APA YANG DIAJAR OLEH ISLAM ANGGAPLAH HIBURAN SEMATA-MATA TENGOK BOLEH TAPI PERCAYA JANGAN. 

 FAKTA BAGI ORANG YANG MATI IALAH :

Tuesday, 6 November 2012

KEHEBATAN SOLAT TAHAJJUD-KISAH BENAR



BANTUAN ITU DATANG SETELAH SHALAT TAHAJJUD


Hidayatullah.com–Petang menjelang maghrib beberapa hari lalu, istriku terlihat resah. Beberapa kali mundar-mandir dari dapur ke ruang tamu. Raut wajahnya tampak kalut. Karena kehairanan saya pun bertanya kepadanya. “Ada apa juga umi. Dari tadi kelihatan bingung?”.

“Anu, Abi. Beras di dapur sudah habis. Bingung besok tidak ada yang hendak dimasak,” jawabnya sambil menunjukkan karung beras yang sudah kosong melompong.

Kekhawatiran istriku bisa dimaklumi. Pasalnya, jika besok tidak ada beras yang dimasak, maka tiga belas anak yayasan yang kami asuh terancam bakal tidak makan. Itu berarti, mereka akan berangkat sekolah dengan perut kosong.

Tuesday, 16 October 2012

TAZKIRAH 10 MINIT-HAKIKAT TAKDIR [KEKERASAN SEMANGAT PERJUANGAN ITU TIDAK DAPAT MENEMBUS TIRAI TAKDIR-SEGALA APA YANG TERJADI SEMATA-MATA DENGAN TAKDIR ALLAH]

Marilah kita menghayati tazkirah oleh Ust  Agym  10 minit aje:





BARANG SIAPA YANG MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM MAKA DIA BERUNTUNG

Wednesday, 10 October 2012

ALLAH PEMBERI REZEKI


Assalamualaikum dan selamat pagi. Mari kita rehat-rehat kan otak kita yang berserabut dengan mendengar ceramah 6 minit ni. Pakcik amat minat Ustaz Agymm ni. Mari kita dengar salah satu ceramah beliau terbaik.




Janganlah kita jeles orang lain kaya. Syukur apa ada dan berusahalah untuk berjaya. Ingatlah kejayaan atau kekayaan yang paling utama adalah kejayaan di akhirat. Dunia hanya sementara akhiratlah yang kekal buat selama-lamanya (tiap-tiap minggu khatib cakap ni masa baca khutbah Jumaat tapi adakah kita mengambil tahu?

P.s : Kalau ada masa dengarkan ceramah ustaz ni dalam tajuk al hikam lagi bes.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...