 |
| Gambar Hiasan |
Firman Allah SWT :
Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41) Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42) Serta naungan dari asap hitam (43) Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. (44) Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). (45) Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, (46) Dan
juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi
tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? (47) Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? (48) Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, (49) Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum. (50) Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), (51) Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (52) Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (53) Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54) Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. (55) Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. (56)
(Surah Al Wakiah : 41-56)