Saturday, 20 October 2012

PROTON SUV? COMING SOON – MEMANG AWSEM


































CANTIKKAN PROTON SUV NI. WALAUMACAMANAPUN KALAULAH KETA NI BETUL  PROTON SUV. KALAU BETUL MEMANG CANGGIH DAN MANTAP. PAKCIK INGAT PUN NAK ORDER SATU HEHE..BAK KATA OMPUTEH “ AWSEM”. KERETA DI PAMERKAN DI PAMERAN KERETA CHINA BARU-BARU NI ATAS JENAMA RAKAN PROTON IAITU YOUNGMAN. KAT SANA SUV NI DIPANGGIL 'T5'.

KALAU KERAJAAN SEKARANG BUAT 'DERG' AJE TAKNAK TURUNKAN HARGA KERETA MAKA JOM KITA RAMAI-RAMAI UNDI PAKATAN RAKYAT  PADA NEXT PRU13 NI. PAKATAN DAH BERJANJI UNTUK TURUNKAN HARGA KERETA TERUTAMANYA PROTON. BILA LAGI RAKYAT NAK MERASA KERETA HARGA MURAH. KAN KAN KAN.  BILA NAK PILIHARAYA NI TAK SABO RASANYA…



TURUNKAN HARGA KERETA AKAN JADI MANIFESTO PR : 
 (DIKOPIPES DARI blog:  duniacacamarba.blogspot.com)


[KD] KUALA LUMPUR 25 Julai: KEADILAN bercadang memasukkan penurunan harga kenderaan sebagai salah satu manifesto Pakatan Rakyat.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai import, jualan dan duti eksais.

“Kereta bersaiz enjin di bawah 1,500 cc akan dikenakan duti eksais 60 peratus, cukai jualan 10 peratus jika dikilang di Malaysia, dan akan meningkat 100 peratus jika kenderaan itu diimport. “Ini bermakna kereta yang berharga RM40,000, rakyat (perlu) membayar cukai RM16,500 akibat dasar Umno BN,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Penerangan, Sim Tze Tzin.
Menurut Rafizi, cadangan tersebut sudah dibincang di peringkat parti dan akan diputuskan oleh  pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Dasar Umno BN punca kenderaan mahal
Rafizi berkata, harga kenderaan melambung tinggi disebabkan ‘dasar automotif Umno BN’ yang lebih mementingkan kroni daripada mengambil kira penderitaan rakyat. Katanya, harga kenderaan tempatan dinaikkan agak tinggi disebabkan pentadbiran kerajaan tidak mahu rakyat menggunakan kereta import.

Tambahnya, Umno BN turut menaikkan duti import kenderan luar dengan alasan untuk menggalakkan penggunaan kereta tempatan.  Bagaimanapun,  setelah Zon Perdagangan Bebas Asean (Afta) ditandatangani, kerajaan berhadapan dilema untuk menurunkan duti kenderaan yang diimport kerana takut permintaan kenderaan tempatan terjejas.

“Justeru Umno BN memperkenalkan duti eksais kononnya untuk mengimbangi pengurangan cukai import. “Tindakan itu dibuat setelah kerajaan menerima nasihat daripada syarikat perunding Ethos Consultancy yang didakwa mempunyai kaitan dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya.

Kereta mahal jadi beban

Rafizi berkata, kajian oleh Jabatan Statistik mengenai pendapatan dan kemudahan isi rumah pada 2009 mendapati, hutang kenderaan kedua terbesar selepas rumah iaitu berjumlah RM134.2 bilion pada akhir Mei lalu. Katanya, jumlah hutang kenderaan meningkat RM16 bilion atau 14 peratus dalam tempoh 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.

Tambah beliau, 71.9 peratus keluarga di negara ini menggunakan kenderaan sedangkan 53 peratus daripada keseluruhan keluarga berpendapatan kurang RM3,000.  “Keadaan ini membayangkan harga kenderaan yang mahal menjadi beban hutang utama rakyat pada ketika sebahagian besar rakyat berpendapatan di bawah RM3,000,” katanya.



 

Thursday, 18 October 2012

KESIANNYA SEKOLAH AGAMA RAKYAT


Bilik darjah pelajar sekolah agama Johor di rumah kedai

  • Zulaikha Zulkifli
  • 9:22AM Okt 18 2012
LAPORAN AUDIT Kelemahan kerajaan negeri dalam menguruskan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) menyebabkan 24 buah sekolah agama di seluruh negeri itu ditempatkan di pelbagai premis termasuk di sebuah bangunan rumah kedai.

Laporan Ketua Audit Negara dalam aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor tahun 2011 mendapati, bangunan tambahan sekolah agama Kota Masai, Johor Bahru - sebuah rumah kedai itu menempatkan lebih 3,000 pelajar dan mengalami masalah kekurangan bilik darjah.

"Pemerhatian Audit mendapati sekolah yang menumpang di balai raya, surau dan bangunan sekolah milik Kementerian Pelajaran Malaysia  yang tidak lagi digunakan tidak menghadapi masalah sehingga kini kerana bilangan murid yang tidak terlalu ramai dan kemudahan asas yang mencukupi.

"Bagaimanapun di SA (sekolah agama) Kota Masai, suasana
pembelajaran adalah kurang selesa disebabkan gangguan bunyi bising daripada kedai dan bengkel kereta berhampiran kerana ditempatkan di bangunan rumah kedai yang disewa," laporan audit dipetik.

Selain masalah pembelajaran, keselamatan murid juga tidak terjamin disebabkan tiada kawalan keselamatan.

Menurut laporan audit, kedudukan sekolah tersebut menumpang adalah disebabkan tiada tapak yang diwakafkan untuk pembinaan sekolah agama.

Selain itu, kerja membaik pulih kerosakan sekolah juga tergendala akibat kekurangan peruntukan.

Menurut laporan itu, jumlah peruntukan yang diluluskan ialah sebanyak RM5.43 juta. Bagaimanapun, permohonan bagi membaik pulih kerosakan dianggar berjumlah RM10.47 juta.Baca seterusnya :kilik sini






KOMEN : KESIANNYA ANAK-ANAK KITA NAK BELAJAR AGAMA. NILAH CONTOH PEMERINTAH YANG TAK AMBIL BERAT TERHADAP KEPENTINGAN  PENDIDIKAN AGAMA TERHADAP ANAK-ANAK KITA. KEDUNIAAN DIUTAMAKAN AGAMA DIPINGGIRKAN.

SABAR YA ADIK-ADIK KITA AKAN UBAH BILA PR MEMERINTAH NANTI. SUDAH TENTU PAS AKAN MENINGKATKAN TARAF SEKOLAH AGAMA INI NANTI.  KERAJAAN SEKARANG TAHU UNTUK BELI KAPAL SELAM BERBILLION, BUAT PELABUHAN CANGGIH BERBILLION, BUAT REL KERETAPI BERBILLION, NAK BANTU SEKOLAH AGAMA DUA TIGA JUTA PUN TAK BOLEH. JOM UBAH

Wednesday, 17 October 2012

KERETA UNTUK DIJUAL : NISSAN CEFFIRO ’99 TIP TOP RM22500 SAHAJA






KEPADA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI DIRECT OWNER :
ZULKIFLEE :  016 6022550

BUTIR-BUTIR KERETA :
JENIS :                   NISSAN CEFFIRO 2.0  AUTOMATIC
TAHUN :                1999
HARGA :                RM22,500.00 BOLE NEGO LAGI
KONDISI :             SANGAT BAIK (SERVIS IKUT JADUAL)
                                DIRECT OWNER
                                ACCIDENT  FREE

VALUE ADDED :    TINTED
                                 SPORT RIM
                                 VIDEO  DVD
                                 CAT BARU






Tuesday, 16 October 2012

TAZKIRAH 10 MINIT-HAKIKAT TAKDIR [KEKERASAN SEMANGAT PERJUANGAN ITU TIDAK DAPAT MENEMBUS TIRAI TAKDIR-SEGALA APA YANG TERJADI SEMATA-MATA DENGAN TAKDIR ALLAH]

Marilah kita menghayati tazkirah oleh Ust  Agym  10 minit aje:





BARANG SIAPA YANG MENJADI LEBIH BAIK DARI SEMALAM MAKA DIA BERUNTUNG
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...