Thursday, 28 January 2016
REZAB TABUNG HAJI : PAS BACKING VS AMANAH PEDULI - TEPUK DADA TANYA SELERA
KENYATAAN MEDIA
ISU RIZAB TABUNG HAJI: RAKYAT PERLU DIBERI PENJELASAN
1. Parti Amanah Negara (AMANAH) memandang serius laporan bahawa Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji berhubung rizab agensi itu yang berada pada paras negatif.
2. Laporan yang merujuk surat Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu juga turut menyebut bahawa Lembaga Tabung Haji juga tidak akan dapat membayar dividen kepada 8.8 juta pencarum jika tidak mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini.
3. Laporan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya para pencarum berkenaan kedudukan simpanan mereka.
4. Ia juga menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat berhubung keberkesanan Lembaga Tabung Haji untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas.
5. Lebih membimbangkan apabila Tan Sri Zeti berpendapat Lembaga Tabung Haji mungkin terpaksa melupuskan aset pelaburannya pada skala besar dan masa yang singkat untuk memenuhi tanggungjawab kepada pendeposit.
6. Lembaga Tabung Haji sebelum ini juga dikaitkan dengan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development (1MDB) apabila membeli tanah 0.64 ha di Tun Razak Exchange (TRX) pada harga RM188 juta, iaitu 43 kali ganda lebih tinggi daripada yang dibeli 1MDB daripada Putrajaya 5 tahun lalu.
7. Dengan segala perkembangan yang berlaku, Parti AMANAH berpendapat bahawa, semua rakyat perlu mendapat penjelasan daripada Lembaga Tabung Haji.
8. Untuk itu, mewakili AMANAH, saya telah menghantar surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom untuk diadakan satu pertemuan bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara ini.
"HARAPAN BARU"
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
28 Januari 2016
p/s : KITA BOLEH MENILAI PASUKAN MANA YANG LEBIH BAIK DI ANTARA KEDUANYA. KALAU PAKCIK TENTULAH PAKCIK PILIH AMANAH SEBAB AMANAH BERSIKAP PEDULI DAN PRIHATIN.
JIKA TIDAK KERANA UNDI CAI, SUDAH PASTI PAS TIDAK BERPECAH. CUMA KITA BERHARAP ADA PERSEFAHAMAN ANTARA KEDUANYA PADA PRU14 NANTI.
CUMA PAKCIK BERHARAP JANGANLAH ANTARA KEDUANYA SALING KUTUK MENGUTUK DAN FITNAH MEMFITNAH KERANA KEDUA-DUANYA PARTI BERTERASKAN ISLAM. NANTI YANG MALU ISLAM JUGA.
Monday, 20 July 2015
SKANDAL TABUNG HAJI -1MDB : SAMPAI SEKARANG TANAH 188JUTA BELUM TERJUAL
TABUNG HAJI: MANIPULASI DAN MUNGKIR JANJI PERINGKAT TINGGI
DALAM kita beraya, ramai
saudara-mara, suku-sakat dan kawan-taulan kita sedang bersiap sedia untuk ke
Tanah Suci mengerjakan haji. Kalau ikut laman web rasmi Lembaga Urusan Tahun
Haji (TH), penerbangan pertama musim haji tahun ini adalah pada 16 Ogos. Sejak
ditubuhkan pada tahun 1963, TH amat berjasa kepada umat Islam Malaysia. Ia
bukan sahaja membolehkan mereka mengerjakan haji dengan lebih selesa malah
membantu menjana ekonomi umat Islam melalui penabungan dan pelaburan. Walaupun
berlaku sekali dua penyelewengan dan salah tadbir, TH umunya diuruskan dengan
baik sehinggalah terbongkar rahsia penglibatannya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mei lalu.
Bakal haji: Amanah mereka di bahu Tabung Haji
Sejak itu nama TH tercemar dan ia terpaksa
berdolak-dalik serta berbohong dengan umat Islam dalam percubaannya
menghalalkan urus niaga dengan 1MDB itu. Ambil contoh Pengerusinya, Abdul Azeez
Abdul Rahim yang juga Ahli Parlimen Barisan Nasional (Baling), yang berkata Mei
lalu tanah Tun Razak Exchange (TRX) akan dijual dengan keuntungan dan ramai
pembeli menunjukkan minat. Tapi selepas hampir tiga bulan belum ada khabar
berita yang ia sudah dijual sebaliknya timbul dolak-dalik yang tanah itu tidak
perlu dijual kerana ia berupa pelaburan jangka panjang yang baik. Masalahnya
ini bukan calang-calang arahan dan bukan main-main punya janji. Arahan jual
dibuat oleh Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak sendiri dan janji untung
dibuat oleh Abdul Azeez.
Setiap hari berlalu tanah itu tidak dijual,
Abdul Azeez “berbohong” kepada khalayak dan ingkar kepada Perdana Menteri. Hakikatnya,
dalam keadaan sekarang dan dengan kontroversi 1MDB yang makin memuncak, tidak
banyak pihak yang berani membeli tanah TH itu. Lagipun mengapa harus beli atas
tangan sedangkan masih banyak tanah TRX yang belum dijual. TH beli tanah seluas
0.63 hektar itu dengan harga RM188.5 juta sebagai sebahagian daripada operasi
rahsia untuk menyelamatkan 1MDB yang berhutang RM42 bilion dan ketandusan wang.
Selepas dipersoalkan oleh rakyat jelata yang peduli dan digerudi oleh media
atas talian, TH mengaku ia bukan sekadar membeli tanah malah telah memberi
“hutang” sebanyak RM920.8 juta 1MDB dengan membeli sukuk Bandar Malaysia.
Sukuk adalah surat hutang syariah dan Bandar
Malaysia adalah tapak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi yang
dijual murah kepada 1MDB.
TH Mangsa Manipulasi Peringkat
Tinggi
Kerajaan menjual tapak TRX kepada 1MDB dengan
harga sekitar RM60 sekaki persegi tetapi 1MDB menjual kepada TH pada kadar
RM2,774 sekaki persegi – 46 kali ganda. Jadi semuanya keterdedahan (exposure)
TH kepada hutang 1MDB sebanyak RM42 bilion itu ialah RM1,109.3 bilion. TH
sebenarnya telah “kena main” dan dianaktirikan. Ia membayar RM2,774 sekaki
persegi berbanding RM2,300 yang dibayar oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)
di tapak yang sama. Sentuhan Sang Kelembai 1MDB menyebabkan ramai penyimpan dan
bakal penyimpan hilang keyakinan kepada TH.
Ketua Pegawai Eksekutif TH, Ismee Ismail sendiri
mengaku kepada akhbar Berita Harian bahawa ramai penyimpan mengeluarkan
simpanan mereka apabila rahsia urus niaga TH-1MDB terbongkar. Simpanan bulanan
merosot kepada RM40 juta dalam bulan Mei berbanding purata RM71 juta bagi empat
bulan pertama tahun ini. 1MDB sudah menjadi “toxic” (beracun) kerana 1MDB. Tambah
membimbangkan ialah Ismee juga adalah ahli lembaga pengarah 1MDB. Nampak wujud
percanggahan kepentingan (conflict of interest) dan unsur persekongkolan. Inilah
bencana sumpahan Gedembai 1MDB ke atas TH. Badan Islam itu terpaksa berbohong
dan bersembunyi-sembunyi dengan para penyimpannya dan dengan seluruh rakyat
jelata. Jadi apa yang ditakuti dan dipertikaikan oleh banyak pihak apabila
Abdul Azeez dilantik menjadi Pengerusi TH pada tahun 2013 kini menjadi
kenyataan.
Sumbang Mahram Korporat
(Corporate Incest)
Ciri-ciri sumbang mahram korporat yang melibat
Mohd Najib, Abdul Azeez dan Ismee ini terbukti merosakkan, di samping
mempersenda urus tadbir korporat (corporate governance) dan kewibawaan
pengurusan entiti-entiti yang terlibat.
Ismee juga ahli lembaga pengarah1MDB
Walaupun kekusutan membabitkan 1MDB dan
entiti-entiti lain yang bersekedudukan dengannya boleh dirungkai melalui
“corporate restructuring” (penyusunan semula korporat), tetapi nawaitu yang
membawa kepada penubuhan 1MDB tidak boleh dilupakan begitu saja.Apakah niat
sebenar Mohd Najib dan para penasihatnya (termasuk Jho Low) menubuhkan 1MDB
dengan modal berbayar RM1 juta tetapi berhutang hingga RM42 bilion? Di manakah
amalan urus tadbir mengenai “debt to equity ratio” (nisbah hutang kepada
modal)?
Jawapannya diberikan oleh Mohd Najib sendiri
apabila beliau tidak menafikan akaun AmBank Islamic atas nama beliau yang
pernah mengandungi simpanan RM2.63 bilion. Setiap hari berlalu dan Mohd Najib membisu
mengenai akaun itu, semakin ramai orang akan membuat andaian dan percaya
wujudnya pertalian antara urus niaga luar biasa 1MDB dan berbilion ringgit wang
1MDB yang tidak dapat disahkan (unaccounted for). Adalah hak dan budi bicara
beliau serta jentera propaganda beliau mencetuskan pelbagai tipu-helah bagi
meyakinkan audiens yang tidak tahu apa-apa mengenai ekonomi, perniagaan dan
kewangan canggih.
Tetapi rakyat jelata yang celik ekonomi, perniagaan
dan kewangan tidak boleh diyakinkan lagi. Mereka boleh membezakan antara kaca
dan permata. –
Sumber : http://kadirjasin.blogspot.com/
Friday, 17 July 2015
LUPAKAN SEGALA SENGKETA ERATKAN SILATURRAHIM
SELAMAT HARIRAYA 2015/1436 MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN BUAT SEMUA.
Wednesday, 15 July 2015
Monday, 29 June 2015
HUKUM MAKAN BELANGKAS? DARAH BELANGKAS BERNILAI $5000 SELITER-WOW
Hukum Makan Belangkas
APA ITU BELANGKAS?
Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut
masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi
pantai kerana tidak menggigit.
Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik
belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui
di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.
Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk
badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor
yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci).
Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai
sistem keimunan yang menakjubkan.
Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas'
bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja.
Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor
jantan dan seekor betina.
Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah
membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah
memutuskan seperti berikut:
- Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang
dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan
manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas
adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur.
Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya
air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan
insang.
- Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang
menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh
hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan
bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan (HALAL).
NILAI PERUBATAN
Belangkas darahnya berwarna biru dari belangkas berharga
RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter
darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di
Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah
kerana saiz lebih besar. Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu
membunuh belangkas tersebut.
Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan
virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah
berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.
Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam.
Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas
dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang /
membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana
belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada
deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK. Hanya bahagian tertentu sahaja
boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara
menyediakan makanan laut dari belangkas ini.
Sarjana Sains (Akuakultur), Institut Akuakultur Tropika (IAT)
Universiti Malaysia Terengganu telah lama menyelidik nilai perubatan belangkas
ini. Universiti Malaysia Terengganu sedang memohon geran sebanyak RM3 juta
untuk tujuan penyelidikan dan merancang untuk membina sebuah makmal bernilai
RM10 juta untuk menghasilkan kit anti-toksin untuk dipasarkan.
500 nelayan di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan dibantu bagi
menternak belangkas. Nelayan terbabit dijangka mendapat pendapatan RM 1200
sebulan apabila projek ternakan ini berjaya.
p.s
Lepas ni mai kita cuba makan telur/daging belangkas. Dulu masa pakcik kecik2 terkonang kita ramai2 pergi tepi pantai tanjung mas tangkap belangkas. Cume sekarang ni macam dah pupus.
Friday, 10 April 2015
Tuesday, 24 March 2015
HUDUD- HUKUMAN REJAM : PENCERAHAN TERBAIK OLEH USTAZ WAN JI
Hukum rejam – Wan Ji Wan Hussin
Jika kita perhatikan kepada nas-nas
yang cerita tentang rejam, ia tidak ada satu pun termaktub dalam al-Quran.
Nas-nas tentang rejam, semuanya termaktub dalam hadis.
Antara nas-nas tersebut adalah
seperti berikut:
Pertama, Nabi SAW menyatakan supaya
kita perlu ambil dari apa yang diajar oleh Nabi SAW, iaitu dikenakan hukuman
sebat seratus rotan bagi orang yang belum berkahwin, sedangkan rejam bagi
mereka yang sudah berkahwin. (sahih muslim, hadis no: 3199, Ibn majah, hadis
no: 2540, musnad ahmad, hadis no: 15345)
Kedua, dalam hadis dari Musawir bin
Abdillah bahawa dia bertanya Abu Barzah, apakah Rasulullah SAW pernah merejam.
Dia menjawab Rasulullah SAW merejam seorang lelaki bernama Maiz bin Malik.
(musnad ahmad, hadis no: 18960)
Ketiga, Umar bin al-Khattab juga
pernah berkata tentang hukuman rejam kepada penzina yang berkahwin. Ia bukan
sekadar dilakukan oleh Rasulullah SAW, malahan dilakukan oleh Umar sendiri.
(Sunan Ibn Majah, hadis no : 2543, musnad ahmad, hadis no: 20261)
Keempat, seorang lelaki bernama
al-Syaibani bertanya kepada Abdullah bin Abi Awfa tentang pernahkah Rasulullah
SAW merejam. Dia menjawab bahawa Nabi SAW pernah merejam. Lalu al-Syaibani
bertanya lagi, apakah sebelum atau selepas turunnya surah al-Nur yang
menceritakan hukuman zina adalah sebat seratus rotan. Lalu, Abdullah itu
menjawab bahawa dia tidak tahu. (al-Bukhari, hadis no: 6335, muslim, hadis no:
3214) Kalau dalam riwayat Ahmad pula, dinyatakan Rasulullah SAW merejam lelaki
yahudi dan perempuan yahudi yang berzina. (musnad ahmad, hadis no: 18338)
Jika kita lihat dalam al-Quran,
tidak terdapat satu pun ayat yang menyatakan hukuman bunuh kepada penzina.
Hukuman tersebut sekadar sebat seratus sebatan sepertimana dalam surah al-Nur,
ayat 2. Namun begitu, yang wujud dalam al-Quran adalah penjagaan nyawa manusia,
sepertimana dalam surah al-An’am ayat 151 dan surah al-Isra’, ayat 33. Dalam
al-Quran, bunuh hanya disebut dalam dua kesalahan sahaja, iaitu muharabah dalam
surah al-maidah, ayat 33 dan qisas dalam surah al-Baqarah, ayat 178. Namun,
apabila kita merujuk pula kepada hadis-hadis, didapati terdapat pengamalan
rejam bagi penzina yang mohsan. Perlu kita sedari, Sesungguhnya hukuman bunuh
merupakan hukuman yang cukup berat. Penilaiannya berat itu boleh diterima akal
dan fitrah manusia. Makanya, dalam perkara yang begitu penting, masakan tidak
termaktub dalam al-Quran yang bersifat mutawatir, tetapi sekadar riwayat yang
bersifat ahad? Lebih-lebih lagi, dalam kaedah usul dalam mazhab Hanafi menyatakan
bahawa hadis ahad yang bersifat zanni tidak boleh mentakhsiskan umum al-Quran
yang bersifat Qatie.
Memahami perkara itu, tidak hairan al-Imam Abu Zuhrah ada
mengupas hukum rejam kepada orang berzina bukan hukuman hudud, tetapi merupakan
pensyariatan kaum terdahulu (syar' man Qablana) yang dimansukhkan dengan ayat
sebat seratus rotan berdasarkan ayat 2 dari surah al-Nur. Menurut al-Qaradawi,
dalam komentar al-Imam Abu Zuhrah tentang hukum rejam, beliau menyatakan, “Ia
(rejam) adalah syariah yahudi yang dinasakhkan dengan agama rahmat (Islam)”
(Fatawa al-Zarqa’, halaman 393) Alasan menunjukkan bahawa ia adalah amalan kaum
terdahulu adalah merujuk kepada beberapa hujah berikut: Pertama, sifat syariat
untuk yahudi itu sendiri bersifat keras, seperti bertaubat dengan cara bunuh
diri. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 54, “Dan
(ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, sesungguhnya
kamu telah menganiaya dirimu sendiri kerana kamu menjadikan anak lembu (sembahanmu),
maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan bunuhlah dirimu. Hal
itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; maka Allah
akan menerima taubatmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha
Penyayang.”
Kedua, hadis kisah Abdullah bin
Salam yang membangkang keputusan yang dibuat oleh ilmuan yahudi yang tidak
melakukan hukuman rejam terhadap dua orang yahudi; lelaki dan perempuan yang
berzina. Lalu, dalam kejadian tersebut, ilmuan yahudi itu diminta hadir kepada
Nabi SAW untuk membawa kitab rujukan mereka supaya dibaca dihadapan Nabi SAW.
Apabila dibaca, didapati hukuman yang termaktub dalam taurat tentang kesalahan
zina adalah rejam sehingga mati. (al-Bukhari, hadis no: 3363, Muslim, hadis no:
3211, Sunan Abu Daud, hadis no: 3142, Ibn Majah, hadis no: 2548, Musnad ahmad,
hadis no: 17794) Melihat kepada perkara ini, kita akan dapati mengikut syariat
terdahulu, khususnya taurat, hukuman bagi penzina dengan rejam merupakan
syariat yang diamalkan dalam syariat yahudi. Makanya, tidak ditolak kemungkinan
beberapa hadis yang menyatakan berlaku rejam kepada penzina yang dilakukan oleh
Rasulullah SAW itu sebenarnya merujuk kepada keadaan di awal Islam. Lalu, ia
dimansukhkan dengan firman Allah dari surah al-Nur, ayat ke-2 yang menyatakan
bahawa hukuman penzina adalah dengan sebat seratus rotan sahaja. Ia lebih
dilihat amat sesuai dengan syariat nabi Muhammad SAW yang bersifat kesucian
dari sebarang kesyirikan dan toleransi atau samhah. (Musnad Ahmad, hadis no:
21260) Ia dikuatkan lagi, dengan hadis al-Syaibani yang bertanya kepada
Abdullah bin Abi Awfa yang mengakui bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan
rejam kepada penzina. Tetapi, bila ditanya oleh al-Syaibani, apakah tindakan
itu dilakukan sebelum penurunan surah al-Nur ataupun selepas. Dijawab oleh
Abdullah bin Abi Awfa dengan jawapan, “aku tidak tahu” (al-Bukhari, hadis no:
6335, muslim, hadis no: 3214) Ini dilihat pada hadis riwayat al-bukhari, yang
tidak dinyatakan siapa yang direjam oleh Rasulullah SAW tersebut. Tetapi, jika
dilihat pada matan hadis dalam riwayat imam Ahmad pula, dinyatakan dan disebut
orang yang direjam oleh Rasulullah SAW itu adalah yahudi yang berzina. (musnad
ahmad, hadis no: 18338)
Jika kita melihat epada amalan para
sahabat pula, kita akan dapati ada satu hadis menyatakan hukuman rejam ini
dilakukan oleh Umar bin al-Khattab. (Sunan Ibn Majah, hadis no: 2543, musnad
ahmad, hadis no: 20261) Sesuatu athar atau pengalaman sahabat, ia tidak boleh
dibuang terus, sebaliknya perlu diperhatikan maksudnya apabila didapati
menyanggahi dengan umum al-Quran. Memandangkan Nabi SAW dan para sahabat
seperti Umar dan Ali adalah pemimpin kerajaan, tindakan mereka mengamalkan
hukuman ini dinilai sebagai takzir, bukan hudud. Makanya, tindakan mereka itu
tertakluk di bawah maksud pengurusan pemerintah berdasarkan kepada kemaslahatan
rakyat. Mendakwa hukuman rejam ini dibawah hudud agak ganjil jika dilihat dari
susunan peri-penting mengikut susunan dalam hal maqasid. Ini kerana, mengikut
susunan, menjaga nyawa itu lebih didahulukan berbanding menjaga maruah.
(al-Amidi, al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, jilid 3, halaman 158) Berzina adalah
perkara yang berkaitan dengan penjagaan bagi maruah, sedangkan rejam itu
sendiri melibatkan kepada penjagaan nyawa. Jika didakwa dalam syariat Muhammad
ada hukum rejam, maka ia seperti menyalahi dengan susunan ini.
Tidak dinafikan, hukum rejam
sememangnya wujud dalam nas hadis yang ulama seperti Syaikh Mustafa al-Zarqa
nyatakan sebagai hukuman taz’ir, makanya ia terletak kepada pemerintah dalam
pelaksanaan tersebut. Namun begitu, sesuatu perlaksanaan pastikan tidak
menafikan maqasid ammah. Antaranya, tidak mendatangkan kerosakan yang lebih
besar dan jangka panjang, seperti imej islam yang bakal dilihat seperti ganas
dan seumpamanya. Dr Abdullah bin Bayyah ada menyatakan, “antara tujuan syariah
adalah menjaga imej baik bagi agama Islam”.
Wallahualam. sumber : Warga Marhaen 22/03/2015
Komentar Pakcik :
1) Pada pendapat pakcik (maaf kalau salah) jika betul hukuman rejam itu takda nas dalam al quran, maka ia wajib dibetulkan dan enakmen hudud Kelantan perlu dipinda supaya ianya harmoni dengan kehendak ajaran Islam seperti yg dinyatakan oleh Ust Wan Ji.
2) Adalah lebih sempurna jikalau Hudud itu dilaksanakan apabila PR berkuasa di mana undang-undang Ilahi ini diberi penerangan dan kefahaman yang sempurna kepada rakyat Islam dan bukan Islam. Janganlah terburu-buru.
3) Kepada yang tidak memahami atau tahu apa itu hudud carilah pengetahuan dahulu sebelum menentang baik kamu Muslim atau Non Muslim.
4) Pada pendapat pakcik orang yang menentang hudud adalah penjenayah-penjenayah kerana mereka takut akan hukuman hudud itu sendiri. Kalau tak buat salah buat apa nak takut.
5) Yang paling pakcik pelik ialah Non Muslim (DAP,MCA, GERAKAN dll) yang menentang hudud, dah terang lagi nyata undang-undang hudud ini tidak terpakai kepada Non Muslim, dia pulak lebih2 nak tentang. Jadi pakcik cadangkan hudud ini terpakai kepada semua Muslim dan non Muslim.
Subscribe to:
Posts (Atom)













