Showing posts with label Umno. Show all posts
Showing posts with label Umno. Show all posts

Saturday, 23 August 2014

Dr Mahathir beri 7 sebab tarik balik sokongan kepada Najib, kata portal



Tun Dr Mahathir Mohamad menggariskan 7 sebab, dari bantuan tunai secara langsung ke perjanjian perdagangan, yang cukup membuatkan beliau kecewa dan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Portal berita Asia Sentinel hari ini memetik seorang ahli perniagaan yang mempunyai hubungan rapat dengan Umno berkata Dr Mahathir menghantar surat kepada Najib yang dilaporkan mengandungi 7 perkara.
Sebaliknya, Najib menghantar Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berjumpa Dr Mahathir dan memintanya menarik balik surat itu, tetapi bekas perdana menteri itu enggan.
"Dr Mahathir enggan menarik balik surat itu dan kebuntuan ini mengakibatkan pertentangan antara kedua mereka," kata Asia Sentinel.
Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung November ini dipercayai menyebabkan Dr Mahathir makin meningkatkan kempennya terhadap Najib.
Malah, Asia Sentinel berkata kemarahan Dr Mahathir meruap-ruap sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi, di mana Barisan Nasional hilang undi popular kepada Pakatan Rakyat untuk kali pertamanya dalam 44 tahun.
Kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib disebar luas oleh portal berita bebas walaupun media arus perdana di negara ini memilih untuk tidak melaporkannya.
Antara tuntutan dibuat Dr Mahathir termasuk memperbaharui tabung dana 1Malaysia Development Berhad yang menanggung hutang sehingga RM36 bilion.
Dr Mahathir juga tidak berpuas hati dengan syarikat konglomerat minyak dan gas negara Petronas kerana tidak memberi cukup kontrak kepada Bumiputera.
Kata Asia Sentinel, peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai penasihat Petronas pada Oktober tahun lepas bukan disebabkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, tetapi kerana beliau marahkan Najib.
"Dr Mahathir juga tidak suka Najib terlalu bertolak-ansur dengan Amerika Syarikat disebabkan perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang sedang berjalan."
Perdana menteri Malaysia yang berkhidmat paling lama iaitu 22 tahun itu dilaporkan terasa hati kerana tidak dijemput menghadiri majlis makan malam bersama presiden Amerika Barack Obama.
"Semasa lawatan Obama ke negara ini April tahun ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dijemput ke majlis makan malam tetapi Dr Mahathir tidak," kata portal itu.
Dr Mahathir juga dilaporkan tidak berkenan dengan tindakan Putrajaya memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan berpendapatan rendah berjumlah RM4 billion, melibatkan 6 juta penduduk.
Dia juga menuntut syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines yang mengalami masalah kerugian berbilion ringgit dan kehilangan 2 pesawat mengorban lebih 500 nyawa, diserahkan kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Asia Sentinel juga berkata Dr Mahathir menyalahkan Najib atas segala kejadian yang mengundang ketegangan kaum dan agama di negara ini.
"Bagaimanapun, sesuatu yang ironi di sini ialah Dr Mahathir menyokong kumpulan pejuang hak Melayu, Perkasa, yang diketuai  Datuk Ibrahim Ali," katanya.
"Perkasa kerap mengeluarkan kenyataan panas tentang keunggulan dan hak istimewa orang Melayu tetapi Putrajaya hanya berdiam diri."
Menurut Asia Sentinel, walaupun Dr Mahathir tidak lagi berkuasa sejak meletak jawatan pada 2003, negarawan berusia 89 tahun itu mempunyai rekod yang menggerunkan.
"Dr Mahathir memaksa bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn meletak jawatan. Pada zamannya, Dr Mahathir pernah menerima cabaran dari mereka seperti Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Tun Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semua mereka ini sama ada menteri kewangan atau timbalan perdana menteri yang pernah cuba menyingkirkan Dr Mahathir tetapi tidak berjaya." – 21 Ogos, 2014.

Sumber : Yahoo News

BACA JUGA : MAMPUKAH MAHATHIR MENUMBANGKAN NAJIB

Saturday, 23 March 2013

[GAMBAR] AHLI UMNO WAJIB TENGOK : 10 DALIL UMNO/BN WAJIB DITOLAK PADA PRU13 NI


1) MEMBUAT DEMO YANG TIDAK BERMORAL, PERKAUMAN, LUCAH, KEJI DAN GANAS, MENYEMAI BUDAYA SAMSENG/GANGSTER KEPADA ANAK-ANAK MUDA:
Jangan sampai di bawah ini menjadi ikutan anak-anak kita. Tapi inilah hakikat kepimpinan tidak bermoral dan keji diterapkan oleh UMNO/BN. Tiada satupun pemimpin UMNO yang membidas pendemo ini. Sokong le tu.


Perlakuan keji,lucah dan tak bermoral



Perbuatan biadap.


Menghalang dan memprovokasi konvoi Pakatan. Gangster taik kucing.


Putri Umno pun sama -apa nak dikato Abg pemuda yang ajar.

Mengancam keselamatan Pemimpin Pakatan-budaya samseng dan ganas



2) MENYOKONG  PEMIMPIN YANG TERBUKTI TAK  BERMORAL DAN MENGHINA ISLAM :
Chua Soi Lek, Presiden MCA yang mengaku berzina dengan pelacur, terang-terang menghina hudud tetapi tiada seorangpun Pemimpin UMNO menentang atau membidas. Mereka diam membisu seolah2 mangiyakan. Janganlah semata-mata nak meraih sokongan pengundi Cina Agama digadaikan. Sebaliknya anda baca penyataan pemimpin DAP di bawah ni.


Klik untuk besar



3) MENGHINA, MEMFITNAH ORANG ALIM, MEMUTARBELIT CAKAP PEMIMPIN PAKATAN :
Ucapan Tuan Guru Nik Aziz selalu diputarbelit oleh media UMNO demi menampakkan keburukan Tuan Guru mata rakyat.





4) BERSEKONGKOL DENGAN MAKSIAT DAN MENGGALAKKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN :
Remaja-remaja kita disajikan dengan hiburan terlampau seperti K Pop. Di TV hari-hari mensajikan hiburan, nyayian, program realiti. Macamana nak lahirkan ramai pemuda-pemudi  yang ada jati diri dan menjadi aset negara. Nilai agama dikemudiankan, hiburan didahulukan.



Hiburan macam ni ke nak diterapkan kepada anak muda??

Tarian terlampau yang ditaja UMNO guna duit rakyat..pembaziran

Macam omputih, kan haram puan hajah.

,

Aik Ustazah salam Pak Lah. Boleh aje kalau UMNO



5) MENUDUH DAP (KERAJAAN PULAU PINANG)  MENINDAS MELAYU/ISLAM TETAPI HAKIKAT ADALAH SEBALIKNYA  :
Lim Guan Eng dituduh perkauman dan anti Islam/Melayu. hakikatnya Kerajaan Pualau Pinang memberi sumbangan kepada pelajar hafiz di Pulau Pinang yang belum dibuat oleh Kerjaan BN sebelum ini. LGE juga percaya bahawa orang Islam yang pegang ajaran Islam tidak akan makan rasuah.





Al hafiz pun dapat sumbangan oleh Kerajaan DAP Penang, tak pernah dibuat Kerajaan Gerakan BN.

5 Kali ganda peruntukan Hal Ehwal Islam di bawah DAP


6) MEMBEBANKAN SARA HIDUP RAKYAT MARHAEN (BARANG NAIK-BN) :
Rakyan di bawah Kerajaan BN dibebankan dengan harga air yang mahal, bil lektirk mahal, kereta denagn cukai melampau, biasiswa dihapuskan diganti PTPTN (hutang), minyak mahal, gula, tepung beras semakin naik harga dll.
Harga minyak yang mahal walau Negara pengeluar minyak

Harga air paling mahal di Negeri BN (Johor) manakala harga air paling murah Negeri Pakatan(Penang). Melaka(BN) kedua termahal manakala Selangor (Pakatan) pula memberi air percuma.

Air percuma/murah tak mustahilkan di bawah Pakatan. Tarak tipu punya.




7) MENUDUH NEGARA AKAN HURU HARA JIKA PAKATAN MEMERINTAH, SEBALIKNYA UMNO YANG AKAN BUAT HURU HARA  JIKA KALAH :




8) MEMBERI IC PERCUMA UNTUK PENDATANG ASING -PROJEK IC MAHATHIR
Ini taktik paling busuk yang digunakan untuk mengekalkan kemenangan UMNO/BN seperti yang berlaku di Sabah 'Projek IC Mahathir'. Ianya tidak mustahil digunakan secara meluas di Semenanjung- ini yang dinamakan pengundi HANTU. Menghianati rakyat semata-mata untuk menang.




Sumber berita



9) TIDAK MENERAPKAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN, PENDIDIKAN ISLAM DIABAIKAN. ISLAM DIKEMUDIANKAN :









10) GAGAL MENGAMALKAN PEMERINTAHAN YANG BERSIH DAN AMANAH SEBALIKNYA BUDAYA RASUAH MEMBIAK DAN TIDAK MUSTAHIL NEGARA AKAN BANKRAP DI BAWAH PENTADBIRAN UMNO.
Semakin lama UMNO memerintah semakin hampir negara menuju kebankrapan bukan menuju wawasan 2020. Skandal-skandal rasuah dan penyelewengan berleluasa. PKFZ,NFC , PUSPAHANAS, TAIB MAHMUD, KHIR TOYO, SCORPENE sekadar menyebut yang mega-mega.

RM500Juta duit rakyat (hangus) digunakan untuk bayar komisen belian.


Kerugian duit rakyat yang dirugikan oleh BN dalam skandal PKFZ mencecah 2 Billion




250 juta duit rakyat disalahgunakan oleh Kroni


Hakmilik tak terpelihara-Tolong sebarkan ke 1Malaysia.

Friday, 4 January 2013

PUSPAHANAS -SKANDAL MEGA TERBARU UMNO?




SKANDAL PUSPAHANAS ? PROJEK BELUM SIAP TANAH DAH KENA SAPU-KONSEP PENSWASTAAN KERAJAAN UMNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...